December 12, 2011

mungkinkah terhenti?

malam ni saya tak dapat tidur nyenyak..
fikiran berkecamuk, otak tak dapat berhenti berfikir..

salah saya ke?
nak tanya lagi? ye salah saya la!
nak salahkn siapa lagi?

malam ni saya rasa sangat nak putus asa..
putus asa untuk berdakwah, untuk menasihati dan mengingatkan..
kerana kata-kata saya yang sungguh tidak berhemah
dan kerana itu, orang dah tak mahu dengar nasihat saya..

kebenaran itu sgt perit untuk ditelan..
dan the truth is mulut saya memang direct, kata-kata saya memang tajam
tapi kalau saya tak cakap macam tu, smpi bila awak takkan terasa dengan silap yang awak buat

saya cakap tgjwb kecil tak boleh dipandang remeh!
ya, kalau x camna nak pegang tggjwab yg lebih besar?
sampai bila nak tak nak buat kerja?

tapi saya?
saya rasa saya tak mampu dah nak jaga hubungan dgn org terdekat.
adakah mampu sy menjaga hubungan jika menjadi seorang pemimpin nanti?

saya tahu saya tak sehebat ex-pemimpin kamu.. saya tak pandai berkata-kata seperti dia, orang semua tak diam masa saya berkata-kata, orang tak respect..
saya minta maaf, saya patah hati nak pegang jawatan yang perlu menghandle banyak hati..
saya tak layak, sila pilih orang lain, terima kasih atas sokongan..


Allah, kuatkan aku :"(
memang jalan dakwah ini tak mudah..
mungkinkah perjalananku terhenti di sini?

p/s: tolong, saya perlukan kata2 semngat, saya hampir putus semangat. T.T saya patah hati :'(

December 6, 2011

Taubat sang pemalas


“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.
“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.
“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.
“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.
“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.
“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.
“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.
“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.
“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.
“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.
“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.
“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.
Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.
“Tahu takpe!” hati berkata.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

December 5, 2011

saya belum bersedia

bismillahirrahmanirrahim...


sedang membuat nota histo, tapi tergerak nak type post, mungkin disebabkn respond2 sahabat pd post fb sy, sy belum bersedia..


banyak perkara saya belum bersedia!
yang paling penting, saya belum bersedia untuk menghadapNya :( terasa diri tak cukup bekalan, tetapi apa2 pun boleh berlaku kan? pemergian allahyarham illham elani sangat terkesan di hati.. gurauan rakan-rakannya jugak menusuk menyebakkan dada, siapa sangka ketidaksediaan kita tak dipedulikan malaikat maut, bila tiba masa kita, kita akan pergi jua..

saya juga belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar..
ada orang akan fikir, tanggungjawab sebagai isteri, ada orang fikir tanggungjawab sebagai ketua, macam macam lah yang orang fikir..
saya tak pasti adakah ketidaksediaan saya ini hanya dibayangkan bisikan hati yang hanya menidakkan :(
memang benar orang kata, bila dah tercampak dalam situasi dan tanggungjawab itu, kita akan belajar dengan sendirinya..

tapi,


saya tak rasa saya dah menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang solehah dan taat padaNya..
saya juga belum sempurna menjalankn tggungjawab sebagai seorang anak yg solehah, call mak pun jarang2..
belum menjadi seorang ahli beit yang memudahkan ahlibeitnya yang lain,
belum menjadi sahabat yang sentiasa mengingatkan sahabatnya kepadaNya,
dan saya masih belum pandai mengawal emosi 
serta bermacam-macam lagi perkara yg belum bersedia


maafkan saya, saya belum bersedia..
AJKT mahupun SR adalah terlalu berat buat saya untuk masa ni.. seriously, sy bimbang tak mampu nak jaga ahli2 di bawah saya, saya bimbang tak dapat amar makruf nahi mungkar dalam kalangan mereka, saya bimbang bila saya ada kuasa, sy masih lagi hanya mampu membenci dgn hati dan bukkanya dengan tangan, saya bimbang orang sekeliling saya yang bakal berkongsi hak mereka dengan orang lain yang berganda-ganda ramainya.. sgt risau dapat nak tunaikan hak2 semua :(


doakan saya :(


p/s: terkesan dengan kata-kata sahabat
Saban petang ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh ke tempat yang tinggi menghadap arah Konstantinopel, kemudian ibunya akan berkata:“Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkau lah orangnya” 
Kitalah yang perlu menggerakkan diri kita, mengangkat diri kita ke tahap yang boleh mengubah suasana, merasa bertanggungjawab dan melakukan sesuatu untuk ummah.Salahuddin ke-2 itu tiada.Yang ada hanyalah kita.
saya akan cuba menyediakan diri, betul kata kak nawwar, benda takkan tersedia dengan sendirinya.. :( 

December 3, 2011

i care!

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menderma darah buat kali ke 2..
yg pertamanya ketika di plkn dulu, dapat juga menderma 2 pack , sy tak tahu berapa liter..
yang bestnye dapat excuse tak payah pegi kawad, weeehee~

pernah 2 kali selepas itu sy direject sbb sy tak cukup umur, masa tu kt shopping mall jalan ngn kgkwn2, rasanya masa tu lg seminggu je nak cukup 18tahun.. haha
then, kat ksp pun x lepas sbb Hb x cukup..

dah byk kali lalu kt lobby mousah tu, tgk org arab derma darah..
xde nampak pulak dak melayu derma darah..
hari tu sy tnya org tu, dgn gembira dy ajak sy menderma..

nak dijadikan cerita, punya lah gembira budak2 egypt ni kan, x sudah-sudah cakap jzkk..
mungkin sbb saya berdarah O, so sy rasa macam rugi kalau sy x menderma :D hehe
dapat jumpa dengan 3 org kuat ASM..
pdhal dorg x tahu sy ni kuat mengambil dr mereka.
dapat juga saya memberi kepada mereka akhirnya..
salah seorg drpd mereka beri sy ayat ni, dr surah al-Maidah, cerita tentang Qabil membunuh si Habil

"bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya" [5:32]

jzkk buat sahar abou ella, terasa bermakna sumbangan ni :)

saya bersyukur kerana diberi kesihatan daripadaNya untuk menyumbang..
selama ni saya rasa saya hanya menyumbang dr sudut mental tp dr sudut fizikal tu jarang sekali..
bila dapat beri darah tu, rasa wah gembiranya!
pada mulanya agak risau sbb macam2 cerita sy dengar,
jarum besar lah, kne infection lah,
takut juga dapat hepatitis ke kan, tp kalau dah tu nasib Allah tentukan kat kita apa boleh buat kan..
dan jarumnye xde lah besar pun cuma dorang kurang proper tp ok je, sy x nangis dan menjerit pun. =.="

buat masa ni, saya masih berkira-kira untuk mewasiatkn pendermaan organ selepas saya mati nanti..
rasa mcm ok je, tp mcm x sggup kena tanam x cukup sifat..
tp sebenarnya bila kite menderma, adalah juga pencen kubur untuk kita bila dah mati nanti ye.. inshaAllah!
aaaaaaa, tak tahu lg nak derma organ ke tak! organ ntah cantik ntah buruk..
ntah lung dah antracotic dah, ntah heart AS dah byk dah, ntah liver buruk sbb byk makan junk fook, plus kidney yg dah teruk sbb makan MSG byk.. =.=
huu~ semoga Allah beri kekuatan..

p/s: jom simpan pencen kubur ! tak dapat memberi byk, sedikit pun alhamdulillah :)
sesungguhnya tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang dibawah
= tgn yg mberi itu lebih baik drpd tgn yg mnerima :D

p/p/s: jom share sebanyak mungkin :) sharing tu kan caring! :P

November 29, 2011

heart-pain

bismillahirrahmanirrahim...


ya, saya sangat marah ! benci ! rasa meluat sangat !
bukan sangat bahkan gila !
apa yang dia buat semuanya buruk di mata saya !!!


saya bersyukur Allah jauhkan saya daripada dia..
biar dia pergi jauh dari saya..
tak nak dah saya tengok muka dia..
saya betul-betul tak sangka dia sanggup tikam saya dari belakang!
bukan sembarangan orang, dia kawan baik saya sendiri!


pelarian 2 bulan amat mengajar saya erti kehidupan..
erti kesabaran dan erti kemaafan...
mungkin kekurangan saya kerana saya seorang yang pendendam..
tapi saya rasa setiap orang yang alami apa yg saya rasa, akan tahu betapa perit sakit hati ini..
memang unforgivable!
tika itu, dapat saya tahu siapa sahabat siapa yang pentingkan diri..
dalam kesusahan itu, siapa yang benar2 setia bersama kita..


dalam pelarian itu, hati ini masih tak tenang..
saya hanya mampu meluahkan perasaan pada orang terdekat tanpa menyelesaikan masalah yang membelenggu..
sehinggalah pada suatu hari, selepas pulang dari kelas, saya terdiam mendengar nasihat seorang insan..
tika itu, saya tersedar dari mimpi ngeri..


saya sedar, bahawa saya sangat negatif..
sangat berburuk sangka dengan orang
sangat pendendam dan pemarah..


"kalau kita marah orang, tak guna, biar Allah yang balas semuanya.. kalau marah bukan dapat apa-apa, kita sendiri yang sakit hati.. jangan fikir negatif, nanti semua benda jadi negatif..."
"cuba fikir semula, kenapa awak marah? kenapa awak nak marah? kenapa awak mesti marah? rasa tak boleh nak terima kekurangan diri sendiri? rasa ego tak boleh terima kelebihan orang lain?"
"mengapa perlu iri hati? kenapa nak dengki dgn orang lain? kenapa still x bersyukur dengan apa yang Allah turunkan untuk kita?"
"kenapa kena stress? hanya orang yang fikirkan stress akan stress! sedangkan orang yang fikir bahagia, akan bahagia!"
" kita sibuk perhatikan orang lain, cuba perhatikan diri sendiri.. audit diri sendiri sebelum audit orang lain"



saya sedar, saya terlalu mementingkan diri
terlalu mengharap orang berbuat baik pada saya, tetapi saya sendiri tak memberi yg terbaik buat orang lain..
selau mencari kesalahan orang lain tanpa menghitung kekurangan diri saya sendiri..
seringkali merungut dan bukannya mencari hikmah di sebalik setiap yang berlaku..
betapa negatifnya saya... :(



dan tiap kali mendengar masalah orang lain, baru saya sedar, betapa beruntungnya dan betapa nikmatnya hidup saya bila nak dibandingkan dengan hidup orang lain..
mendengar keluhan orang lain yang kurang deria, kurang bahagia, membuatkan saya lebih bersyukur..
dan kata-kata yang tajam tetapi bermakna itu, menjadi titik tolak dalam diri saya untuk memaafkan orang yang saya tak sangka saya dapat maafkannya..
jazakillah kheir wahai sang pemberi nasihat...


worth downloading and listening :)
recommended : slot islam itu indah


p/s: saya nak mula simpan pencen kubur dari sekarang, anda pula bagaimana? masih terfikir2 dan bertangguh2 untuk berkongsi dan memberi? bila dah mati nanti terputus pahala bila manfaat kat orang lain juga terputus.. : O


p/p/s: when i am mad at you, i tend not to look at your face, because i want the anger to go away.. please dont see me for a while, enough time  for self-healing :)

November 27, 2011

saya juga penting!

bismillahirrahmanirrahim..


selalu kita rasa lemah..
selalu juga kita rasa kita jahat..
dan selalu kita rasa menyesal dengan masa lampau kita yang jahil..

kita rasa tak layak nak nasihat orang..
kita rasa kita tak boleh nak join orang lain amar makruf nahi mungkar..
kita rasa tak sanggup dan cukup kuat nak ajak orang buat kebaikan...

kita rasa dosa kita memang teruk..
kita rasa maksiat yang kita buat, memang orang takkan sangka kita pernah buat..
kita rasa, kita sangat jahat sampai orang tak boleh nak dengar nasihat kita..
kita rasa sejarah hitam sering menghantui setiap perkara baik yang kita nak buat..

pernahku mengadu, " Y, amie tak cukup baik, amie rasa amie x boleh buat, amie rasa dosa amie sgt teruk, lagi teruk drpd orang yang Y suruh amie nasihat"

ya, ketika itu, rasanya memang saya tak layak nak nasihat org.. rasa down bila dibayangi dosa-dosa lampau..
tapi kini saya tahu, sebenarnya saya juga amat penting pada orang sekeliling..
siapa kata kita yg pernah berdosa ini tidak penting?

percayalah, masih ramai kawan-kawan lama kita yang memerlukan kita..
masih ramai geng-geng jahiliah kita yang akan mencari kita..

sungguh! mereka akan mencari orang yang pernah mengalami apa yang mereka rasakan..
mereka akan lebih percaya pada kita, yang tahu bagaimana peritnya meninggalkan jahiliah..
dan bukan ramai yang boleh terima nasihat org yang tak pernah lalui apa yang mereka lalui..
bak kata mereka, "kau mana tahu, kau x pernah rasa apa yg aku rasa"

really, the one who feels, knows better :)

kalau kita yang pernah berdosa ini pula?
"aku pernah rasa apa yang kau rasa.."
"aku pernah rasa putus harap pada Tuhan, nak terima taubat aku ke tak"
"aku pernah rasa betapa peritnya nak break up dgn pakwe aku"
"aku pernah rasa camna susahnya nak tinggalkan kawan-kawan, geng-geng aku"
"aku pernah alami kepayahan untuk berubah, sebagaimana yang akan kau alami "

dulu, saya rasa saya tak layak nak pegang SC.. saya rasa sangat cetek ilmu, cetek iman dan cetek segala bagai.. bak kata someone,"baca Quran pun merangkak-rangkak, memang tak layak kahwin!"
lama-lama, Allah buka hati saya, mungkin melalui sahabat-sahabat lain..Allah beri kekuatan kepada saya..

bukanlah bermakna saya rasa saya dah layak tetapi kini saya rasa pentingnya saya pada ummat..
dan sahabat2 pendakwah juga memerlukan penyokong..
kalau bukan saya yang sokong , siapa lagi?

dan kadang-kadang, kawan-kawan tak boleh dan tak berani nak minta bantuan dengan sahabat-sahabat yang syadid dan thiqoh, mungkin kerana pendekatan  yang berbeza..
peranan kita untuk menjadi orang pengantara :)

saya gembira, saya dapat sokong perjuangan sahabat saya :)
saya gembira, saya dapat menjadi pendokong adik-adik seIslam saya :)

saya gembira, saya dapat hulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan..
dan seringkali saya ucapkan, " akak pernah alami apa yang awak semua rasa.."
ya, saya tak malu mengaku dengan mereka, kerana saya tak mahu mereka berputus asa dengan rahmatNya

bagaimana pula dengan anda, wahai insan-insan yang masih berkira-kira dan teragak-agak untuk berdakwah dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?

hulurkanlah tangan kepada mereka, mereka memerlukan kita, insan yang pernah berdosa ini..
jangan pernah rasa rendah diri dgn diri sendiri, tiap yang berlaku telah Allah takdirkan untuk kita..
percayalah, kita juga punya peranan dalam ummat!



selamat berjuang!

p/s: Allah sentiasa ada di samping kita, mintalah padaNya :)


November 26, 2011

too late


Too Late

You're dying,
And you don't even know it, never saw it coming
But you were so young, so much life, so much loving
So much hope, so much sorrow, I guess so much for tomorrow, 
Your family will miss you dearly, still can't believe that you're gone
The news hasn't sunk in; they still think you're coming home
When things don't go our way, the entire world must be wrong
They say it wasn't your time, but to Allah we belong 
Your soul left your body, before you had the chance to say goodbye
It caught you unexpected, within the blink of an eye
You were busy with the world, when you felt a tingle in your spine
Your heart began to race, your eyes became blind
Coming closer to the light, was this a trick from your mind?
Or did you really just cross this life's finish line. 
The cost of deception is that everyone's gotta die
In a world where everybody is just trying to stay alive
Even if you aren't ready, it could come at anytime 
Doesn't ask for your permission, doesn't need you to co-sign 
The dirt is getting ready and your hole has been assigned
Your mother helps to wash your body one last time 
Prayed your janazh, it was raining cats and dogs
They put you in the ground and now you're all alone
Hearing footsteps of your friends as they begin to moan
We wish you all the best, so sad you had to go 
People talk about death, but what about when death talks to you
Rips the soul from your body, will you finally say it's true?
The good may die young; the bad still gotta die too
Every soul shall taste a sip from this restless brew
This is the day that you were promised, your grand debut 
No turning back now, no make-ups, no re-dos 
From this point on there is no need to review
It's just do or die or in your case just do
The real proof, absolute moment of truth 
And just like that, perfectly on cue
Two angels enter your grave, sit you up and ask you
Who is your Lord?
But in this world you only worshipped you, 
Obedient to your desires, a slave to your own views
What is your religion?
Don't say it was this deen, 
Your last name never stopped you from your wicked routines
Who is your prophet?
You heard the people say his name, 
But you never stopped to defend him when they spoke it in vain
You didn't pray the long nights; you didn't fast the long days
You didn't even bother trying to seek forgives for mistakes
You didn't have any fear, you weren't sincere 
That Quran on your bookshelf was just a souvenir 
In fact it was quite clear that you loved this place
And never thought you would have to witness what awaits
Well get ready for your fate, the promise of your Lord is great
When you're brought right back forth from that dirt you came
And make no mistake, the scale makes no mistakes
Indeed every deed shall receive its due weight 
So deceive as you please until you see it's too late
You would squeeze the seven seas for the chance to prostrate
Where are your American idols, let them keep you safe 
Or perhaps you will find mercy in the money you chased 
You never stopped to take a break and see into your future, 
Walal-akhiratu khayrun laka mina al-oola
But now look at you; you are the definition of a loser
Doomed to dwell in hell, oh well at least it suits you
Every moment awake, you receive your reward 
To feed on a fire whose fuel is men and stones
Boiling puss, in chains and yoke
Skinned ripped from flesh, from flesh till bone 
Begging the keepers of hell to lighten the load
But this is exactly what you asked for 
You choose the torment, you refused to repent
You had the answers to the test and you still didn't prep
For eternity you will rest in the lowest depths,
Step by step, I must confess
You're dying, but you haven't died yet
But with every single heartbeat you get closer to your final breath 
Yesterday you were one day closer to your grave
Today who even knows if you'll even make it home ok
I just pray that you are ready for your final exam 
Until then don't you dare die except in a state of Islam
Heaven and Hell are just the choices that we make
So turn back to you Lord, before it's too late

maa

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, alhamdulillah, dah selesai exam MCQ endocrine..
sungguh, rasa lain mnjawab kali ini..
mungkin sebab dah lama rasanya tak exam.
and exam kali ni case-based.. means kalau x dpt diagnose tu, habis laaa~
apa2 pun, bertawakallah kita ya setelah berusaha :)
cuma sakit hati melihat kawan2 arab saudi yg meniru depan mata terang tang-tang..
rasa nak marah dia depan2 tu jee... huish
lecturer dah marah pun buat tak tahu je..
agaknya tak rasa bersalah ke meniru tu? huhuu
semoga Allah beri hidayah pd mereka..

malam tadi kami serumah tgk cerita sama2..
teringat dulu kami selalu sama2 tgk cerita kekasihku seru, pastu menjerit ramai2, menyorok blkg bantal ramai2.. smpikan internet kami pun kami namakan adamaya sbb dulu duk tgk adamaya.. haha
kalau masing2 dah bawa haluan masing-masing, mesti dah tak dpt nak buat camni lagi kan :D
yup, sy nak recommen cerita taare zameen par kt semua..
saya nak sgt semua org tgk cerita ni, supaya semua boleh terima wujudnya manusia dyslexia..
agar semua dapat layan kanak-kanak dgn sebaik-baiknya..
wah, rasa nak jaga anak elok2, baik2, nak asuh baik2 :D heeeeeee~



pg ni pulak tgk cerita yg kawan sy suruh tgk, tajuknya senyawa..
scary dan psycho gila cerita ni..
pasal org yang tak boleh mengandung dan akhirnya rela dimadukan..
byk pngjrn yg boleh dpt drpd cerita tu..
semuanya berbalik pd keredhaan menerima ketentuan Tuhan..
apa2 pun klau x faham agama memang susah laa..

bila tgk cerita2 poligami ni, mmg terasa juga hati..
agaknya kalau ditakdirkan tak boleh mengandung, snggup ke nak bermadu?
atau ditakdirkan sahabat baik kite tak bertemu jodh, snggup ke nak berkongsi kasih suami dengannya?
yup, dulu saya konfiden menjawab soalan cikgu..
teringat cikgu halijah tanya dalam kelas, "agaknya siapa yg sanggup dimadukan"
dengan yakin sy mengangkat tangan, cikgu pun terkejut sbb sy sanggup
tapi setelah melalui banyak pengalaman hidup, lama-lama terkikis juga keyakinan sy itu..
bukanlah bermakna saya menolak mentah-mentah poligami..
cuma sy sering mengharapkan, andai dia tahu keperitan saya berkongsi kasih sayang dengan org lain, sy harap dia tak menambah lagi kekurangan kasih sayang yang sedia saya alami..
walau apa pun, semuanya di tangan Allah, andai itu ditakdirkan untuk saya, mungkin ada hikmahnya itu..

bercerita tentang kasih sayang, memang hidup ini memerlukan kepada kasih dan sayang..
boleh ke saya nak mengaku saya mendapat kurang kasih sayang? boleh ke?
mungkin sbb dari kecil saya dah hidup berjauhan dengan keluarga..
masuk asrama sejak form 1, mak ayah jarang menjenguk di hujung minggu..
ulang alik ke asrama dengan bas, report card pun kawan mak yg amekkan..
even time dapat anugerah graduasi pun hampir2 mak ayah x dpt datang, tumpah lg air mata ni..
sedangkan adik beradik lain, senang je org nak menjenguk dan menjemput.. mungkin faktor lokasi yg menghalang.. sekolah jauh drpd org lain...

nak2 lepas spm, kena campak masuk plkn, kat rompin pahang..
yup, sgt jauh dr rumah..
tp sekurang2nya, pernah juga mak ayah datang melawat.. tu pun lg 2 minggu nak habis plkn.. haha
agaknya saya memang ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi anak yang kuat dan tabah :)

tak lama lepas plkn, dpt prep dekat kuantan.. syukur ada sedara mara kat sana, dapatlah menumpang kasih sayang dgn org lain.. dan family pun rajin melawat kt sana, ade la 2 kali kot dlm masa 3 bulan tu :D

dan kini, saya dah kat egypt.. jeles tgk adik akak selalu sgt balik rumah..
jelesnya... xpe lah, mungkin kekangan masa dan jarak ni menjadikan sy lebih menghargai org di sekeliling saya.. buat sy lebih menghargai waktu2 yang ada di rumah, untuk memberikan yg terbaik buat keluarga..
tiap kali mengadu, akak sy akan ckp, "takpe, awak kan tough" huh~ tough lah sgt.. homesick!

bila rasa masa yg diluang untuk keluarga sangat sikit, dan memikirkan mak yang sangat tabah, kadang2 sy rasa tak sanggup nak tinggalkan mak sendirian..
kalau sy nak kahwin, boleh tak saya nak kahwin dengan org2 yang dekat je? senang sy nak jenguk2 mak, tak pun duduk dengan mak ke? boleh tak? huuu~
kalau dekat nak ulang alik balik rumah mak mertua pun dekat.. haha
semoga Allah jodohkan sy dengan lelaki yang faham erti berkongsi kasih syg yg saya dan keluarga saya alami..

anyway, selamat belajar genitourinary.. tolong, sy segan!

p/s: lagu ni x wujud zaman sy masuk hostel, tp sy tetap nak dedicate lagu ni kt mak, even mak x bukak blog amie.. i love you mak! :)



p/p/s : ada kawan cakap, " dulu kau yg beria sgt nak kawen!" hmm, bukan aku taknak, tp dah jodoh tak panjang.. kau tahu ke betapa perit rasanya putus tunang? perlu ke nak ungkit keexcited-an aku dulu, mengingatkan balik aku pd sejarah lama ? :( *takpe lah kawan, sy tahu awak tak niat nak kecilkn hati sy...

November 17, 2011

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
sudah selesai exam praktikal, minggu depan giliran MCQ..
yg dah lepas cuma boleh bertawakal, yang akan dtg, kita usaha dulu sehabis baik..

alhamdulillah, acit diberi rezeki oleh Allah, acit dpt 5A dalam UPSR..
sdgkan semua orang tahu dia sgt pemalas, suka tgk tv je..
mungkin ini berkat doa seorang ibu, ya saya percaya pada itu..
kite selalu minta mak doakan kite, tp kite ade tak doakan mak ayah?
doakan kesejahteraan dia, at the same time, cuba jd anak solehah..
anak yang menyumbang pahala kpd ibu bapanya..
bukan anak yg menyumbg dosa lagi-lagi anak2 perempuan yg penuh dgn fitnah dunia ni..
saya nak jadi anak solehah, sy sayang mak ayah saya <3

terbuka blog senior saya, bercerita bab smiley..
sangat tersentuh dan terasa membacanya..
kadang-kadang kite tak sedar sekecil-kecil benda
kita ambil remeh temeh benda yang sebenarnya akan merosakkan yang besar itu akhirnya..

pesanan saidatina Aisyah RA : sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang.

tersentuh sgt hati apabila teringat kata-kata ini..
agaknya mampukah aku menjadi wanita sebaik itu?

jazakillah kheir ukhti, segala puji dan syukur ku panjatkan kepadaNya..
diberi kekuatan dariNya untuk meremove seseorang yang sgt mendatangkan masalah hati..
mungkin untuk tidak dipandang, sy sukar untuk mengawal penglihatan orang lain melainkan dengan cuba berpakaian sebiasa mungkin dan menjaga akhlak, tetapi saya tahu saya boleh berusaha dengan menjaga pandangan..
rasa bersalah, adakah melihat updates dan gmbr kawan2 (mahupun orang yg kita minat) termasuk dlm pndgn itu? kalau logik, mestilah ye, sebab pandangan itu apa2 sahaja yang dipandang kan..

walau apa pun, sy tahu jika saya kurangkan dan menjaga pandangan ini, akan berkurang masalah hati yang saya alami ni.. semoga Allah terus beri kekuatan untuk saya, redha untuk melepaskan apa yang bukan ditakdirkan untuk saya, dan menjadi yang terbaik untuk sesiapa mahupun apa2 yang telah ditakdirkanNya untuk saya...dan saya pun tak cukup baik untuk orang seperti dia.. tapi bagaimana nak tahu kita atau dia sama2 baik atau sama2 sesuai atau tidak, berserah sahajalah kepadaNya...

eventhough it's hard but i have to accept,
it's time to let you go, i wont hold on you anymore..
cause there will be someone someday, inshaAllah...
nak cakap frust pun tak patut sebenarnya, sebab kita tak boleh sama sekali rasa putus asa dgn rhmat Allah, jangn pernah rasa menyesal dgn setiap perkara yang Allah tetapkan untuk kita.. ye amie, jangan frust! jangan frust! jangan frust! ok dah, jangan fikir, nanti makin sedih..
btw, sy suka lagu ni :)



p/s: doakan saya kuat dan terus kuat, dan terus kuattttt !
p/p/s: doakan Allah permudahkan segalanya.. :)

October 20, 2011

cuit...

bismillahirrahmanirrahim..

sejak kebelakangan ni, hati ni mudah sungguh disentuh dan dicuit.. risau juga.. kenapa agaknye symptoms ni datang tiba-tiba? adakah sebab saya berhubung dengan mak dengan sangat baik? sehingga saya lupa situasi hidup yang sebenar?

ok, diri sendiri yang patut disalahkan..
risau juga, hati ni cepat datang perasaan dan perasan..
mungkin ini salah satu physiological feedback untuk melupakan dia?
yup, saya perasan, sejak kawan saya bercerita dan membuka kisah lama, saya rasa unprotected..
mungkin sengaja nak distract kepala ni drpd mengingati apa yg x patut diingati..
bimbang akan kesudahan hidup ini. bukannya bimbang akan kesudahan mati nanti :(
saya ingin watak dia dihapuskan dan dimatikan dalam kisah hidup saya, walaupun saya tahu bukan kuasa saya untuk berbuat demikian..

kadang-kadang, saya lupa bahawa Allah dah aturkan kisah hidup saya begitu..
mungkin dimulai dengan kisah buruk , tapi tanpa pengalaman buruk itu, mungkin kita tidak terlalu menghargai nikmat iman yang kita dapat sekarang..

serius, saya risau.. risau... risau..
risau jika waktu itu tiba juga..
rasa nak lari jauh jauh ke dalam ceruk dunia..
rasa nak delete semua, facebook dan blog..
tapi mungkin tak sampai waktu itu bagi saya..
jika saya mati awal...atau
mungkin tiada si dia bagi saya, seperti yang dah termaktub..

saya rasa saya perlu ambil langkah, dan bukan hanya duduk dan lihat dan mula berperasaan..
semoga Allah membantu :)
terfikir nak post pasal hati dan perasaan ini, sebab baru pulang daripada menasihati adik-adik berkaitan you-know-what.. mereka turut mengalami apa yang pernah saya alami..
semoga tiap kata yang saya tuturkan dapat menyentuh hati hati mereka..
semoga ucapan mulut ini berjaya melembutkan ego mereka..
jangan risau, saya pernah rasa apa yang kamu rasa dahulu
and mungkin lagi teruk.. jangan pernah putus asa dengan rahmatNya :)
semoga Allah membuka jalan kebaikan seluas-luasnya untuk kami

pesan saya pada adik-adik,
jangan persoal. layakkah dia menjadi bapa kepada anak-anak kita..
tetapi tanyalah, layakkah kita menjadi ibu kepada anak-anak mereka?

sekadar luahan perasaan yang tidak bermanfaat.. saya tahu masalah saya tiada orang dapat selesaikan.. segalanya terletak di tanganNya.. doakan saya agar sentiasa redha dengan ketentuanNya.. doakan saya terus kuat mengharungi dunia yang sangat mencabar ni..

p/s: saya dah mula mengalami simptoms2 merinduiNya :'(

October 11, 2011

harga setitik peluh :)

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, masih diberi peluang olehNya untuk terus hidup di muka bumi ini..
lama rasanya tiap menulis entry, idea selalu mencurah-curah tapi kekangan waktu membataskan upaya..
tapi hari ni, saya curi juga waktu untuk berkongsi perasaan ini..
satu perasaan yang dah lama tidak saya rasakan..

BERSYUKUR..
ya, bersyukur.. saya mengaku saya memang teruk..
bukannya dah lama tak ucap alhamdulillah, tapi dah lama tak rasa syukur yang teramat sangat,,
even bila dapat result exam pun x rasa bersyukur sebegini..
mungkin kerana result yg masih belum fail..
betul, bila kita dalam kesusahan dan kesempitan, kita dapat nikmat yang sedikit itu pun sangat besar kita rasakan..
seperti mati hidup kembali.. walaupun takkan pernah berpeluang merasakan begitu..
oleh itu, hargailah nyawa ini :)

bila saya dapat ujian, kadang-kadang rasa berat sangat bahu ini memikul..
kadang-kadang rasa putus asa dan tak mampu..
bila orang itu dan ini datang memohon bantuan, digagahi juga jasad ini untuk membantu..
kadang-kadang letih, kadang-kadang penat, kadang-kadang kusut..
pernah juga mengalir air mata memikirkan tanggungjawab dan hak2 yang belum ditunaikan..
alhamdulillah, datang juga penenang hati dari Allah menerusi akak2 dan sahabat2 yang membantu..

"setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi.."-Imam Malik..

ketika sedang mengemas bilik, terjumpa bookmark seorang akak kuntum bagi, tenang rasa hati, alhamdulillah.. Allah memang takkan uji kita melainkan dgn kesanggupan kita..
saya sedar, saya tak perlu menghitung2 kesusahan yang ada, tidak menambah apa2 melainkan perasaan beban dan kusut di kepala..

kadang-kadang memang rasa tak larat dan banyak berkorban, tapi saya sedapkan juga hati ni..
"takpe, amie buat baik dekat orang, amie harap orang lain buat baik dekat adik-adik amie"
ya, ayat ni yang sering saya ulangi, nak sedapkan hati yang rasa kadang-kadang pengorbanan ini tak dihargai manusia,, inshaAllah semoga Allah hitung...

pernah suatu ketika, bila dapat sesuatu taklifan, balik rumah terus menangis, rasa tak mampu dan tak ikhlas.. ayat mudah, "tak rasa enjoy nak buat kerja tu"
mengapa, saya tak pasti.. mungkin hati semakin jauh dari Tuhan dan Allah turunkan perasaan itu untuk saya muhasabah balik setiap perkara yang ingin saya lakukan..
jangan difikirkan penghargaan dari manusia, yang penting berusaha sehabis baik untuk mengejar syurga Allah..
memang bukan mudah hendak ikhlas keranaNya.. semoga Allah terima setiap perbuatan kita sebagai amal soleh di sisiNya, amin ya Rabb...

kadang-kadang rasa tak mampu nak tunaikan hak semua orang, orang itu minta ini, org ini minta itu.. tangan tak menang bak kata orang..
alhamdulillah, Allah datangkan sahabat yang mampu menggantikan diri saya untuk menunaikan hak sahabat2 lain..

malam tadi.. baru pulang dari meeting SPIP3..
nampaknya kutipan dana kali ni jauh lagi hendak mencapai bajet..
dewan pun belum pasti boleh dapat tarikh yang kami mahu...
balik dengan kepala berserabut..
saya cuba juga nak mohon dana daripada orang-orang yang patut..
dengan emel kurang formal dan proper, saya harap Allah buka hati mereka untuk menyumbang..
malam tadi, saya siapkan kerja menghantar emel dan tidur dengan harapan emel saya dibalas keesokan paginya..

saya akui, kami sedang berada dalam kesulitan dan kesempitan..
kami hanya mampu berdoa dan berusaha..
rezeki dan keputusannya di tanganNya..
andai ada rezeki kami dan kalian, inshaAllah dipermudahkanNya..

bangun drpd tidur, saya dapat mesej yg direply..
bersyukur tak terhingga dapat sumbangan 1K drpd aki andak..
padahal ini dah masuk kali ke2 mohon dana daripada aki..
saya tebalkan juga muka nak mohon bantuan daripada sahabat2..
alhamdulillah, semuanya berbesar hati untuk cuba membantu memohon dana drpd ibu bapa masing-masing..
dan 2,3 jam kemudian dapat lagi feedback drpd makcik..
kesudiannya untuk menderma menambahkan lagi rasa terharu...
syukur, saya sangat bersyukur..
Allah buka rezeki seluas-luasnya kepada kita.. alhamdulillah..
saya tak mampu nak luahkan bagaimana rasanya hati ini..
saya rasa dah lama saya tak merasakan rasa syukur yang sebegini...

saya percaya, what we give, we'll get it back.. Allah itu Maha Adil :)
mungkin inilah harga setitik peluh keringat yang saya curahkan untuk orang lain,
Allah balas melalui orang lain kepada saya semula.. (macam kerja di ladang pula :P)
cuma saya sedikit kesal dengan diri saya sendiri..
apabila susah, baru tahu bersyukur seikhlas hati..
tp bila senang, ucapan alhamdulillah tu x menusuk kalbu pun...
begitulah kita ketika nazak, pada saat itu, sehirup udara pun infinity syukurnya..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" [55:13]

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
semoga Allah lindungi kita daripada menjadi hamba-hambaNya yang tidak bersyukur, yang sering melupakanNya ketika senang dan hanya kembali padaNya tatkala susah.. nauzubillah :)

p/s: lagu favourite saya dan adik saya yang dah semakin dewasa :) rindunyeee..



August 4, 2011

di mana aku?

bismillahirrahmanirrahim...

rasanya setelah seminggu lepas exam ni, jiwa dan badan sibuk lagha pasal dunia..
lagi lagi dalam tempoh yang memang selalunya jauh dari Tuhan (silap diri sendiri juga)
akhirnya, ku temui juga bahan tontonan yang ku rasa, inshaAllah dpt mengisi hati dan jiwa yang kosong ni..

memang syok betul tengok drama ni kan..
habis cerita ditengoknya; kl gangster, 1st love, juvana, paradise ranch n CITY HUNTER!
n hampir gila juga sekejap..

alhamdulillah, tak tahu bagaimana..
tiba tiba teringat dan teringin nak tengok jejak rasul..
saya tak suka sejarah sebenarnya
tapi kalau kita tak belajar sejarah, kita akan ulang semula sejarah tu...
ade sapa2 ingt laqi quote dr M dlm buku sejarah form 1?

mungkin saya ni jenis suka sangat menonton berbanding membaca..
jadi kena kuatkan semangat jugak, jangan dipesong menonton benda lain..

walaupun post saya sebelum ni pasal behind the scene cerita city hunter..
tu bukannya apa, saja je nak sedarkan diri, bukannya tere sgt dorg lawan, BERLAKON je..
haha, what to do? dah hero hensem dan acting hebat.. :P
ok ok, cukup...

sebenarnya bila tgk jejak rasul ni, ade dapat 2,3 baris ayat alQuran tentang yahudi ni..
gerun juga..
lagi lagi bila yahudi ni takkan suka dengan kita, selagi kita x masuk agama dia..
ni ayat Allah ni, jangan buat main main...

‎"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).

Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar."

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran),
maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."
(Al-Baqarah 2:120)


dan lagi satu,
yahudi ni la yang paling kuat bermusuh sekali..

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik (al Maidah:82)

kalau free, bukak la link ni, ade komik menarik..
cuma saya tak berapa setuju tang watak budak islam yang pakai kopiah nampak jambul..
rasanya ustazah pernah ckp, pakai kopiah nampak rambut depan tu macam yahudi..
betul ke? ada sapa2 yg tahu, boleh share?

kesal juga bila cakap diri sendiri takut dengan org yahudi ni, tapi duk buat perangai macam dorg..
Sedih sedih..
hakikatnya, iman manusia memang berkurang dan bertambah..
terpulang pd diri sendiri kan..

sebenarnya pernahkah kita ambil berat tentang mereka (yahudi)? sedangkan mereka tak pernah lupa nak tarik kita bersama dgn mereka..

nak join kuntum tapi rasa diri tak cukup berilmu. lagi lagi pasal palestin..
di mana aku sekarang agaknya?



p/s : siapa ada video dokumentari pasal israel n palestin ni? sy bab bab membaca memang malas sikit... malas banyak sebenarnya :D

post tak bermanfaat

minta maaf untuk post yang tidak bermanfaat ni.. tetap nak post jugak.. haha



ni lagu ost cerita di bawah.. haaha xde kaitan
tp sy suka lagu ni, rhytm best :D
btw, makna lagu tiada kaitan antara yg mati atau hidup.. :D

hari tu tgk city hunter, seriously suka plot dia..
sebab lain dari yang lain...
kisah seorang ni yang nak take revenge dekat 5 org menteri yg bunuh ayah dia dan geng askar mereka padahal dorg ni g berbakti untuk negara..
kisah cinta pun tak banyak sangat mcm cerita korea lain..
yang paling best, action actor n actress..
suka tgk dorg berlawan! haha (even berlakon je pun)





sebenarnya cerita ni heavy, sbb byk melibatkan org, lagi2 nama korea, surname sume same, ntah sapa2 ntah.. haha, kne ulang baru faham..

apa apa pun,
yang paling sy nak buat skali, nak bagi menteri2 atau mana2 pihak berkuasa, tengok cerita ni..
biar takut nak makan rasuah, corrupt sana sini..
tp mesti dorg tak takut punye sebab mana ade city hunter kt malaysia nak reveal muslihat muslihat mereka... hahaha

p/s: masih mencari kemanisan ramadhan seperti orang lain, doakanku berjaya... :)
biiznillah, inshaAllah

July 21, 2011

mungkinkah?

bismillahirrahmanirrahim...



bila melihat video yang dipost ust hasrizal, risau juga rasanya..
andai ramadhan kali ni, tak mampu mengtransformasi diriku..

ramadhan ni, sengaja ku taknak balik malaysia..
kerana ku tahu, jika aku balik msia..
yang aku akan buat hanyalah tidur dan menonton tv
paling baik pun taknak buang masa dengan pergi kelas menjahit baju, teman ayah ke klinik dan hidang juadah berbuka ayah dan tarawikh bersama keluarga..
dulu, berazam juga sehari sejuzu'
syukur juga punyai adik lelaki yang turut berazam sama..
yang boleh ku jadikan pembakar semangat untuk sama2 berjuang mengkhatam alQuran..
yang juga jadikan cabaran untukku untuk menghafal surah lebih drpdnya..
alhamdulillah, ku punya dia di sisi ku, untuk tasmi' hafalan ku..
walaupun surah2 pendek, aku tetap BELUM mampu nak istiqamah..
kadang2 adikku lebih bagus drpd aku..
takpelah, mungkin kehebatannya menjadi pemangkin untuk diriku..

tahun ni, memang sengaja aku nak berpuasa di sini..
untuk beraya di perantauan tak menjadi masalah padaku
tapi nak berpuasa di negaraku yang menjadi mushkilah..
terpaksa ku korban raya untuk puasa.. takpelah kan :)

ramadhan kian dekat, pada awal2 ni memang kita semangat sangat..
nak buat itu ini, tapi akhirnya tak istiqamah
risau juga, org kata rejab dan syaaban itu bulan persediaan..
tapi, sebab exam yang sungguh melalaikan..
aku yakin aku tak dapat nak buat persiapan menyambut ramadhan..
dan aku risau, ramadhan ku kali ini tak bermakna lagi..
tarawikh, sedekah, mambaca Quran... bagaimana agaknya..

ade lagi lebih kurg 10 hari..
aku perlu start hari ni juga...
kurang yang lagha!
kurangkan berkata2, kerana dalam itu pasti punyai kritikan dan kutukan..
kurangkan online, kerana dalam itu pasti punyai maksiat dan kelalaian..
kurangkan makan banyak lepas berbuka, sebab bila tido kekenyangan, susah nak bangun qiam..
kurangkan maksiat pancaindera! kurangkan dari sekarang!!
kalau tak ramadhan nanti mesti tak beri apa2 makna..
nauzubillah~

kuharapkan 3 minggu berRamadhan di mesir, cukup kuat untuk beri kesan pada minggu Ramadhan ku yang terakhir kerana aku mungkin tak akan berada di mesir, malah di negara yang kurasa kurang tarbiahnya.. ku risau, perkara duniawi di minggu terakhir itu bakal melemahkan semangat ku untuk mencari malam alQadar.. ya Allah, permudahkan, permudahkan, ya Allah permudahkanlah..


ya Allah, berikan kekuatan pada kami.. jadikanlah Ramadhan yang akan datang sebagai titik permulaan transformasi hati ini...

yang paling ku risaukan, sempatkah aku menemui Ramadhan ni? ataukah mungkin Ramadhan kali ni adalah Ramadhan terakhir bagiku ?

Allahumma balighna ramadhan...Allahumma balighna ramadhan.. Allahumma balighna ramadhan..

July 15, 2011

spirit boosted

bismillahirrahmanirrahim...

baru lepas call mak...
seperti biasa, telinga ini sentiasa menjadi pendengar setia keluhan mak..
amie tak mampu nak buat apa2 untuk mak..
walaupun amie hampir menitiskan air mata
amie tahan juga taknak nangis kat depan mak...

amie doakan mak sentiasa kuat menghadapi hari2 mendatang
amie harap mak sentiasa sabar dalam menjadi seorang isteri yang solehah
amie nak doa pada Allah, tempatkan mak dalam syurga Allah..

bila diingat balik pengorbanan mak, rasa sayu sangat..
kadang kadang amie hanya rasa kehadiran mak aje..
amie tiap2 kali bila bercerita tentg kepayahan hidup mak, mesti sebak..

amie sedih, sebab amie dekat sini, tak mampu nak beri yang terbaik untuk mak
amie sedih, dalam hidup amie yg senang lenang kat sini, amie lupa mak bersusah payah kat sana..
amie sedih, amie terlalu gembira di sini sampai terlupa dekat mak disana..

amie janji, this will be my last one..
lepas ni, amie tak nak enjoy enjoy lagi..
amie nak kumpul duet banyak2, nak bawak mak n tam pegi rumah Allah..
lepas ni, amie dah tak nak boros2 dah..
amie nak simpan duet untuk mak..

maafkan amie sebab tak menjadi anak solehah untuk mak, kadang kadang terlupa penat lelah mak untuk amie, selalu contact mak bila masa nak exam je.. selalu sangat on9 sampai lupa nak belajar, sampai lupa tanggungjawab amie dekat mak...

remuk hati amie bila mak cakap, mak dah tak lama kat dunia ni..
amie belum bersedia nak lepaskan mak..
amie nak jadi anak solehah..
anak yang sentiasa menyumbang pahala untuk mak nanti..

mak, kuatkan hati.. isteri yang solehah itu, janjinya syurga..
semoga Allah sentiasa menganugerahkan pahala buat kesabaran mak..
semoga Allah beri hidayah dekat orang sekeliling mak, supaya mak tak perlu menanggung dosa mereka yang ingkar perintah Allah..

ya Allah, berikan kekuatan pada mak, tempatkan mak dalam golongan orang yang sabar dan ikhlas.. permudahkan setiap urusannya.. bantulah mak.. tempatkan dia dalam syurgaMu...amin

p/s: luahan hati mak spirit booster paling kuat, terima kasih ya Allah :)

no one anymore

bismillahirrahmanirrahim...

kali ini, saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara yang sebenarnya normal ataupun "3adi" dalam bahasa ammiyah dalam kehidupan kita... bile melihat status kawan di facebook, dan mendengar luahan hati sahabat di skype, serta mengalami sendiri situasi ini, seriously memang takkan dapat nak lari dari keadaan ni.. sapa2 pun akan alami..

suatu benda yang pasti akan terjadi ialah, bila seorang wanita tu dah bernikah, orang yang paling perlu ditaatinya adalah suaminya..

ya, saya tak nafikan kenyataan ni.. syurga wanita di telapak kaki suaminya..

tapi yang sedihnya, syurga tu bukan di kaki pakwemu, neraka adalah!

dia tak tahu yang kawan dia dah berkorban macam macam untuk dia, yang dia tahu dia gembira pakwe dia ada bersama dia..
saya sendiri pernah melaluinya.. serius kecik hati dengan kawan yang tak tahu menghargai penat lelah kita.. untuk dia jugak tu!
kita sanggup gadai masa, gadai wang, gadai tenaga untuk dia..
tapi bila pakwe dia datang, dia pandang sebelah mata je dengan kita...

ingat tu, pakwe awak tu bukan suami awak..
ingat tu, sekali awak buat macam tu kat kawan awak, sampai bile2 pun berbekas dalam hati kawan awak tu..
ingat tu, jangan sampai hubungan dgn pakwe yg baru setahun jagung merosakkan hubungan dengan kawan baik awak yang dah bertahun2 tu...

pesan saya, jangan sampai kawan awak tu takde di sisi awak pada masa pakwe awak tinggalkan awak! baru padan muka awak! memang puas saya gelakkan awak..hahahahhaaaa~

p/s: saya tahu saya pasti akan kehilangan awak juga, lebih2 lagi bila awak dah mendirikan rumah tangga..kerana saya juga pasti berbuat begitu... selamat tinggal !

July 6, 2011

apa sudahnya?

bismillahirrahmanirrahim..

sebelum sibuk diri dihimpit silibus yang belambak, ku selitkan juga kesempatan waktu ini untuk menyatakan sedikit pendapatku...
mengenai masalah, atau pun kekeliruan yang membelenggu kebanyakkan sahabat2ku..

musim ini, tahun ini, sangat banyak berita gembira ku terima..
ramai yang mula dirisik, ramai yang mula ditanya tanya statusnya
ramai yang sudah berani menyatakan hasrat di hati
dan semakin banyak hati hati yang sudah mula terpaut...
dalam pada itu, semakin ramai yang buntu
patutkah ya, atau patutkah tidak?
patutkah terima atau patutkah tolak?
patutkah itu dan ini?

bila kita dirisik, lebih lebih lagi dengan orang yang kita agak pasti..
agak pasti memenuhi ciri2 peneman hidup yang mithali
agak pasti mampu mencorak anak2 untuk menjadi penyambung dakwah
agak pasti mampu memudi satu keluarga ke arah syurgaNya..
pasti tak sanggup untuk meluahkan kata tidak..
lagi lagi bila si dia tak mengucapkan kata yang pasti
yang hanya diungkap hint hint yang tak semestinya jadi..

ramai juga yang bertanya pendapat diriku yang tidak seberapa ini,
cuma sedikit pesanan dari akal yang cetek..

bila dirasakan tak dapat nak penuhi hajat dalam waktu terdekat ini,
lebih baik dirahsiakan sahaja rahsia hati
kelak bila dihebahkan, bakal memakan diri..
nikah tak dapat, yang bertambah maksiat hati....

mudah saja, bukan kita tak boleh berusaha..
yang penting, istikharah dulu..
jawapan Allah itulah jawapan yang pasti..
walaupun hati tertarik dan pasti, kalau Allah kata tidak, maka tidaklah ia..
Dia dah aturkan hidup kita dengan sungguh cantik sekali
Dia dah tetapkan yang paling sesuai untuk kita
mungkin bukan hari ini, mana tahu esok hari?
mengapa masih ada keraguan dalam diri?

fikir-fikirlah kebenaran ibu bapa dan penaja..
jika kita dah tahu orang itu dan ini tak benarkan kita nikah di tahun 2
mengapa mesti diikutkan sangat naluri yang muda
sedangkan mereka yang lebih tua itu, jauh lebih mengerti

jika tidak diizinkan oleh Sang Pencipta mahupun orang tua dan penaja,
berehatlah sebentar, bukan bermakna langkahmu terhenti
cuma perlu sabar menanti waktu yang bukan masa ini..
simpanlah perasaan itu hingga akalmu benar2 mampu memilih mana yang baik dan buruk

sungguh, jika akalmu kini mampu berfikir
takkan kau sanggup menanggung masalah sebelum kau temui penyelesaiannya..

memang kadang2, tertariknya dan cintanya kita pada dia, rasa nak diluah2kan sahaja
tapi, jika ibu bapa dan penaja tak izinkan,
buat apa diluah semua itu sebelum tiba waktunya yang sesuai?
konon nak cop? alahai, kalau dah jodoh tak ke mana lah =.="

bila diluahkan isi hati, menyampaikan perasaan suka pada si dia,
tapi tak dapat pun keizinan nak kahwin pada tahun ini,
bukankah kita menjerumuskan diri dalam masalah yang sebenarnya kita boleh elak?
mengapa sengaja mencampak diri dalam maksiat yang sebenarnya, jika kita sabar sedikit, boleh diselesaikan dengan pernikahan?

sabarlah wahai hati hati sekalian..
jangan terlalu pantas mengucap kata..
bimbang hati itu dan hati ini, terus terpaut walaupun masih belum punya ikatan yang sah..
bimbang dalam waktu kamu menanti hari2 bahagia, dalam saat itu terselit perkara2 yang dimurkaiNya..

apa apa pun, saya cuma meluahkan pendapat
bersabarlah, hujung tahun depan inshaAllah dah boleh mulakan langkah..
jangan tarik sahabat2 ku ke dalam masalah iman..
nak kata tidak, sebenarnya mereka pun berat
dah orang nak, xkan nak tolak kan :D
ku bimbang sahabat2ku lalai lalu terheret dalam kisah ciptaan kamu..

fikirkanlah wahai sahabat yang mempunyai masalah seperti ini..
bersabarlah, jangan tergopoh gapah,
lantas melontar diri sendiri ke dalam masalah yang belum pasti apa sudahnya..

KALAU BELUM PASTI, JANGAN NAK BERANI BERANI

-kuatkan fikir, tingkatkan zikir :)

note penting : ini bukan cerita diri saya, terima kasih :D

June 23, 2011

A159
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (A-li'Imraan 3:159)

revenge


teringat lagi zaman muda muda dulu...

orang panggil aku zionis...
orang kutuk aku macam-macam...
orang sindir aku macam-macam...
orang buat kat aku macam-macam...
yang paling aku tak boleh lupa, aku dapat surat layang yang berbunyi
" pengkhianat bangsa bermula daripada pengkhianat rakan sebaya"
aku tak pernah lupa siapa yang tulis
dan aku simpan lagi surat layang tu

seriously, aku memang nampak kuat nak hadapi semua tu...
tapi hati mana yang tak sedih bila diperbuat sedemikian..
sedang kita tahu kita di pihak yang benar...
tapi aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku buat...
kerana aku yakin dengan janji Dia..

satu benda yang belum berubah pada diri aku..
tentang 'about me' di facebook, rasanya dah bertahun aku tak tukar

garang..
bermulut jahat...
pendendam...
sila jangan dekat
aku belum pernah menafikan dan menidakkan identiti
yang berbeza cuma orang yang cakna dan tidak
bukankah aku dah beri amaran
jangan dekat!

kerana aku tahu, aku memang bermulut jahat, memang pendendam dan memang garang
kerana aku tahu, banyak hati yang akan terluka dek about ni
jadi, sila lah jangan dekat, tolonglah
aku dah penat nak dipersalahkan lagi sebab menyakitkan hati2 manusia ni
aku dah tak larat nak tanggung dosa yang dah sedia menggunung ni
yang paling tak tahan, aku dilabel itu ini, sedangkan awal2 aku dah bagitahu, jangan cari pasal!

bukan seorang dua yang dah terkena balasan dendam aku
dan bukan kecik benda yang aku balas...
aku tak rasa nak cerita sebab aku dah minta maaf pun dengan mangsa2 aku..
cuma yang aku nak korang tahu, aku jenis orang yang tak mudah melupakan keburukan orang..
memang teruk dan aku mengaku...
(p/s: cuba cek diri masing2, kan manusia memang susah nak ingat kebaikan orang lain, cuma ingat kejahatan orang lain je, tak percaya cuba tanye orang lain)

satu prinsip aku, apa yang aku bagi, aku akan dapat balik
dan itu yang aku akan refleks pada orang
aku akan balas dendam dalam certain things yang aku dah tak boleh nak tolerate
and the way you treat me, you'll get it back, dont worry...
kalau kau berkira, aku berkira...
kalau kau buat tak endah, jangan harap aku nak endah kat kau!
kalau aku tak beri komitman pada korang, aku tak mengharapkan komitmen daripada korang
kalau aku buat jahat pada kau, aku tak mengharapkan kau buat baik pada aku pun

"garangnyeee!"
aku dah lali pun dengan ayat ni..
cakap je lah aku garang sebab aku memang garang...
even aku cakap aku tak marah, orang akan ckp aku macam marah..
fine, takyah cakap dengan aku, habis cerita
kau senang aku senang
jangan minta tunjuk ajar atau pertolongan atau pendapat aku kalau kau rasa tak boleh terima..
nak jumpa dengan aku, sila prepare hati yang kental!

kawan rapat aku, memang dia tahu aku orang yang bagaimana
dia tahu aku memang cakap lepas or dalam english DIRECT ! ha, cakap DIRECT!
bak kata kau, LASER kan?
dan dia sendiri dah banyak kali terluka, hingga dia dapat terima diri aku yang sebenarnya
dalam istilah medicnya, immunotherapy..
malang betul orang yang rapat dengan aku ni kan? haha
makan hati berulam jantung je memanjang..

memang dah banyak hati terluka, dan aku yakin kau termasuk..
dan bila akuu taknak cakap dengan kau
kau cakap aku marah
aku tak reti lah camna nak puaskan hati kau
bila banyak cakap, kau sakit hati
bila aku senyap, kau cakap aku marah
kesimpulannya, bersederhana itulah yang terbaik
aku mintak maaf...

bukan aku tak cuba untuk berubah...
tapi bila aku berubah, orang pelik dengan diri aku...
orang ingat aku itu dan ini...
cuba lah fikir, aku buat macam ni pun sebab korang lah
ape masalahnya, aku buat ni salah , tu salah
tak fahamlah!!!
seriously, sengaja aku carita bad side aku,
kenapa?
sebab aku tak nak korang dekat ngan aku
nanti korang terluka sibuk nak salah aku
takyah lah dekat, biar aku sendiri
biar aku belajar erti pergantungan pada Tuhan

terima kasih mengajar aku erti kehidupan, erti hidup berdikari...

yang penting , refleks diri sendiri
bila kita cakap orang susah nak terima kita, adakah kita menerima orang dengan hati terbuka?

yang paling penting, ingatlah apa yang kita buat di dunia kan dibalas di akhirat kelak...
memang bukan kerja saya nak judge perbuatan kamu, cuma saya seorang manusia yang punya hati dan perasaan, yang imannya berbolak balik mudah dihasut syaitan...
saya juga mengingatkan diri sendiri, Allah itu maha mengetahui..

MAAF ENTRY EMO! :P

moral post ini: (ditujukan especially untuk diri sendiri)

Allah yang menilai hati-hati kita, biar orang buat jahat kat kita, jangan kita balas jahat
nabi kan dah ajar kita, bila orang buat jahat, balaslah dengan baik, doakan dia berubah menjadi lebih baik..

dan setiap kesilapan yang kita buat, masih terbuka peluang untuk islah diri.. masih terbuka pintu taubat untuk kita kembali padanya.. cuba cek hubungan kita dengan Allah, baik ke tidak..
sebab benda tu yang akan affect hubungan kita dengan manusia..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)
Allah maha mengetahui, bila ingat tentang itu, pasti kita tak sanggup nak buat dosa kan, tapi malangnya,kita tak ingat, dan ketika itulah kita ikut nafsu sendiri, buat dosa kat orang itu dan ini, tanpa memikirkan bahawa setiap perbuatan aakan dihitung kembali

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li'Imraan 3:135)

memang kena cek diri sendiri semula, kena tadabbur ayat-ayat Allah, sebab kita mudah lupa diri.. mudah lupa yang kita sebenarnya hanya hamba yang lemah.. mudah lupa yang dah banyak kali bertaubat, tapi masih mengulangi kesilapan yang sama.. tak malu sungguh kita!
yang paling saya kesalkan, dalam orang lain semakin maju, diri ini semakin mundur.. rugilah diriku kerana termasuk dalam golongan orang yang semalamnya kebih baik dari hari ini..

dalam saya leka melakukan dosa, Allah turunkan hidayah, memang gentar hati membaca..

Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, (Al-Muddaththir 74:35)

Yang menjadi amaran bagi umat manusia, (Al-Muddaththir 74:36
)

(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). (Al-Muddaththir 74:37)

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, (Al-Muddaththir 74:38)

semoga Allah melindungi kita sentiasa, dan jadilah kamu dalam golongan yang memberi peringatan kepadaku, agar aku tak menarikmu bersamaku ke dalam nerakaNya..