bila melihat video yang dipost ust hasrizal, risau juga rasanya..
andai ramadhan kali ni, tak mampu mengtransformasi diriku..
andai ramadhan kali ni, tak mampu mengtransformasi diriku..
ramadhan ni, sengaja ku taknak balik malaysia..
kerana ku tahu, jika aku balik msia..
yang aku akan buat hanyalah tidur dan menonton tv
paling baik pun taknak buang masa dengan pergi kelas menjahit baju, teman ayah ke klinik dan hidang juadah berbuka ayah dan tarawikh bersama keluarga..
dulu, berazam juga sehari sejuzu'
syukur juga punyai adik lelaki yang turut berazam sama..
yang boleh ku jadikan pembakar semangat untuk sama2 berjuang mengkhatam alQuran..
yang juga jadikan cabaran untukku untuk menghafal surah lebih drpdnya..
alhamdulillah, ku punya dia di sisi ku, untuk tasmi' hafalan ku..
walaupun surah2 pendek, aku tetap BELUM mampu nak istiqamah..
kadang2 adikku lebih bagus drpd aku..
takpelah, mungkin kehebatannya menjadi pemangkin untuk diriku..
tahun ni, memang sengaja aku nak berpuasa di sini..
untuk beraya di perantauan tak menjadi masalah padaku
tapi nak berpuasa di negaraku yang menjadi mushkilah..
terpaksa ku korban raya untuk puasa.. takpelah kan :)
ramadhan kian dekat, pada awal2 ni memang kita semangat sangat..
nak buat itu ini, tapi akhirnya tak istiqamah
risau juga, org kata rejab dan syaaban itu bulan persediaan..
tapi, sebab exam yang sungguh melalaikan..
aku yakin aku tak dapat nak buat persiapan menyambut ramadhan..
dan aku risau, ramadhan ku kali ini tak bermakna lagi..
tarawikh, sedekah, mambaca Quran... bagaimana agaknya..
tarawikh, sedekah, mambaca Quran... bagaimana agaknya..
ade lagi lebih kurg 10 hari..
aku perlu start hari ni juga...
kurang yang lagha!
kurangkan berkata2, kerana dalam itu pasti punyai kritikan dan kutukan..
kurangkan online, kerana dalam itu pasti punyai maksiat dan kelalaian..
kurangkan makan banyak lepas berbuka, sebab bila tido kekenyangan, susah nak bangun qiam..
kurangkan maksiat pancaindera! kurangkan dari sekarang!!
kalau tak ramadhan nanti mesti tak beri apa2 makna..
nauzubillah~
kuharapkan 3 minggu berRamadhan di mesir, cukup kuat untuk beri kesan pada minggu Ramadhan ku yang terakhir kerana aku mungkin tak akan berada di mesir, malah di negara yang kurasa kurang tarbiahnya.. ku risau, perkara duniawi di minggu terakhir itu bakal melemahkan semangat ku untuk mencari malam alQadar.. ya Allah, permudahkan, permudahkan, ya Allah permudahkanlah..
ya Allah, berikan kekuatan pada kami.. jadikanlah Ramadhan yang akan datang sebagai titik permulaan transformasi hati ini...
yang paling ku risaukan, sempatkah aku menemui Ramadhan ni? ataukah mungkin Ramadhan kali ni adalah Ramadhan terakhir bagiku ?
Allahumma balighna ramadhan...Allahumma balighna ramadhan.. Allahumma balighna ramadhan..
Allahumma balighna ramadhan...Allahumma balighna ramadhan.. Allahumma balighna ramadhan..
No comments:
Post a Comment