October 14, 2015

kecoh

Haritu aku buat dosa.
Aku denda diri sendiri; deactivate facebook seminggu!
Tapi sebenarnye tak mampu hahaha *gelakkan diri sendiri*
So aku just tahan diri sendiri daripada buat status kat fb selama seminggu..
tapi aku still comment and post kt wall orang lain..

Dalam tempoh seminggu tu,
macam-macam benda aku rasa..
berbaur..

Satu;
Haritu diedarkan kertas undi untuk award sempena dinner,
ade category "most social media active",
kawan2 duk cakap,"weh aku undi kau"

Agaknye aku memang byk post ke?
Rasenye org lain pun banyak post jugak.. haha
Dah seminggu aku x buat status xde org sedar pun :(
Xde org nak ucap "tahniaaah, dah lama x nampak kau post kt fb!"
haha untuk org yg selalu post mcm aku, it's actually an achievement kot!
ok whatever haha

Dua;
Haritu keluar result 5th yr..
kat twitter, ade seorang kawan ni tweeted;

Jangan suka sangat la post kat fb kalau lulus exam. Ada orang pressure fail paper walaupun dah usaha gila babi. Empathy sikit la bangang
sentap weh.. sentap!
sebab aku pun selalu jugak post kt fb bila lulus paper..
huhuhu tak fikir pun org lain sedih x lulus,
kita just rasa nak share kegembiraan kita tp x fikir psal org lain..
ok aku xtahu nak respond apa,
sebab aku rasa depends la dia nak say her/his gratitude
tp aku rasa kena gak rasa simpati kt orang lain..huhu
berbaur weh!

Tiga:
Ada seorang adik post ni kat fb.. buat aku rasa lebih bersalah nak scroll fb
" jika diri kita dekat dengan handphone, whatsapp, fb, gadget etc, maka jauhlah diri kita dengan Allah"

Empat:

Ada kawan cakap,"dah baca dah post *** kat fb? anniversary dia"
Aku," ohh yeke? ntah malas nak baca. tkut sakit hati ke jeles ke"
Kawan,"ohh amie jenis x suka eh baca kisah2 org kawen ni?"
Aku,"ohh, xde la, biasa je. sejak deactivate fb ni, jadi malas nak baca"
Kawan," tu la, kita pun ada satu masa ni suka sgt scroll insta.. tp bila pernah sekali stop, terus x minat dah..
Aku,"amie pun camtu, haritu fon rosak. sebulan x post insta. dia jd malas nak bukak."

Aku sebenarnya tengah cuba untuk latih diri untuk tak tengok update org lain.. kadang2 takut kita iri hati dengan orang lain, tak pun aku nak buat diri aku lebih bersyukur dgn apa yg aku ada.. lantak lah org lain punya update.. kalau kau nak kisah org pun, kisahkan dengan org yg ade kat depan kau..
depan kau!
pasal org jalan mana, makan apa, biar lantak..
even kau x jeles pun, biar je lah dorg..

Lima:
Suatu ketika dahulu, ada seorang budak laki ni mesej aku,
dia sampaikan teguran kawan dia pada aku..
bla3 pastu dia selitkan ni;
budak laki, dorang tak suka dak pempuan yang suka sgt post cerita semua benda kat fb
i was like, "suka x suka ikut la, kalau laki tu boleh terima isteri dia camtu, dia terima je.
tapi itu lah, maybe sebab tu jugak aku kena reject kot, sebab maybe taste lelaki tu x suka perempuan kecoh2 macam aku..

memang betul kalau kita tengok org sekeliling,
yang dah kawen mostly yang penyenyap..
sopan2, diam2. x lantang mcm aku..
yela siapa nak kawen dgn pmpuan kuat bebel banyak cakap macam aku ni haha

*krik3*

aku cuba nak berubah..
taknak terikat sangat dgn social media..
cuba nak hidup kt dunia realiti drpd dunia maya..
tapi kadang2 aku rasa kena share post/benda tu..
tapi aku rasa mcm orang dah cop "amie ni sehari ntah bape byk dia post"

kadang aku tgk org lain pun byk je post..
tp kenapa aku je kena label cmtu.. :(

ahh dilemma..
aku rasa nak nangis..


teruk sgt ke kalau suka post facebook ni?
kecoh sgt ke pmpuan kalau suka main fb, repost, komen sume tu?

*heavy sigh*

aku tak tahu nak jadi diri sendiri ke kena berubah....
nak nanges rasa penat bermujahadah T_T







July 29, 2015

A bridge that must be crossed!

Scroll facebook...
Scroll message whatsapp...
Scroll twitter...

Almost semua media ni memaparkan berita-berita buruk.
Boleh kata negative vibes tu ada kat mana-mana.

1MDB.
TPPA.
Rombakan kabinet.
GHB dan PR 2.0.
Baiah talak tiga.

Macam-macam konflik!

Bacalah berita DS Najib, orang mengutuk,
Bacalah berita PAS, orang mengutuk,
Bacalah berita GHB, orang mengutuk.
Bacalah mana-mana, IMDB, TPPA tu semua tak dapat lari..
Baca status kawan-kawan sendiri pun orang kutuk mengutuk, perkataan kurang ajar dan tak sopan,
Allahu Allah.
Rasa jauh sangat dari rahmat Tuhan!

Aku tak tahu mana lagi aku boleh dapat aura positif.
Rasa dikelilingi benda-benda negatif.

Rasa kecewa sangat dengan dunia.
Rasa semua benda tak kena.
Rasa dunia ni dah sangat tenat!

"Apa nak jadi dengan dunia ni?"
aku rasa nak jerit kuat-kuat!

Hati aku memberontak!
Kenapa semua benda jadi macam ni?
Nak balik Malaysia pun sangat menakutkan.

Belum ditambah dengan masalah sosial even dalam keluarga sendiri,
Masyarakat tak faham Islam lagi.

Aduh beratnya tanggungjawab nak balik Malaysia nanti...

Aku putus asa pada dunia T_T
Nak lari dalam hutan, duduk sorang-sorang
Takyah fikir pasal orang lain...


                                  *                                               *                                              *                          

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah

Banyak sangat dosa aku ni,
Sampaikan bila dunia mengecewakan aku,
Aku putus asa.
Betapa attached-nya aku dengan dunia,
Bila rasa dah takde orang kita boleh bergantung harap
Aku frust...

Tapi...
Aku tak perlu frust dan kecewa sebenarnya!
Allah dah cakap dalam Quran, dunia ni hanya senda gurau.
Banyak sangatttttttttt ayat Allah cerita tentang betapa dunia ni takde apa sangat pun!
What do you expect, amirah?




Allah dah pesan;

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu 
tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan 
dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), 
juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) 
serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; 
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, 
kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; 
dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). 
Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (57:20) 

Dan jangan sampai dunia itu memperdayakan kamu...


Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di duniadan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).(35:5)

Tapi, macam mana nak ubah dunia kalau diri sendiri pun tak dapat nak kawal?
Reality check!

Aku masih di Mesir.
Aku belum dicampak ke medan.
Aku masih ada masa!

Seriously, aku kena perbaiki diri.
Biarlah orang di Msia sana dengan masalah yang ada.
Masalah-masalah tu aku bukan punya kuasa nak selesaikan.
Buat masa ini, tugas aku;

Dekat diri dengan Tuhan!
Mantapkan fikrah dan akidah!
Teguhkan jati diri!
Banyakkan berdoa moga Allah pelihara kita!

Nanti dah balik Msia, dah turun kerja di medan
Sekurangnya aku dah usaha untuk persiapkan diri.

Biar teruk mana pun dunia ini,
Biarlah dunia ini mengecewakan kita,
Kita jangan terikut sama kecewa,
Fokus pada akhirat, dan dunia akan kejar kita!

Allah, bantu kami hamba-hambaMu yang zalim ini! T_T
Allah, jauhkan kami daripada leka dan lalai dengan dunia!
Allah, jangan jadikan kami ini bergantung harap pada dunia! T_T

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever


Sahabat, jangan biar aku leka dalam dunia,
Sedang akhirat itu yang lebih perlu aku risaukan!
Mohon doa semua, agar kita dapat lepasi dunia yang penuh dugaan ini,
agar kita dapat jalankan amanah kita dengan sebaiknya,
dapat semua berkumpul dalam syurgaNya!
Ameen Ya Rabb!

Dan kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal


July 27, 2015

Bintang syurga

Kadang rasa nak sangat putus asa.
Benda yang tak pasti ni sebenarnya memang kena sabar tunggu Allah bagi yang terbaik untuk kita.

Jodoh tu, walau macam mana kita rancang,
Ia mungkin tak dapat macam apa yang kita nak.

Sekuat mana usaha, kalau bukan tertulis untuk kita, maka ia bukan untuk kita.
Tuhan sedang mengajar kita untuk redha.

Selalu sangat fikir tentang jodoh yang tak pasti,
Tertanya-tanya,
Betul ke dia untuk kita?
Betul ke dia yang terbaik untuk kita?
Betul ke dia nak terima kita?
Betul ke ini, betul ke itu.
Tak senang duduk dibuatnya.

Tapi, satu benda yang sepatutnya buat kita lebih tak senang duduk ialah mati.

Mati itu memisahkan dunia dengan akhirat
Memisahkan ruh dan jasad
Memisahkan kita dan dia
Tinggallah kita seorang untuk bertemu Tuhan

Waktu tu dah tak fikir dah siapa jodoh kita
Yang dikira-kira amalan apa nak dipersembahkan pada Tuhan

Bertenanglah wahai amirah tentang jodoh itu,
Yang patut kau cuakkan tika ini ialah amalan untuk dibawa menghadap Kekasihmu.
Ya. 'K'ekasih, bukan 'k'ekasih.

Sedang malaikat maut ziarah kau 70 kali sehari,
tiada siapa tahu mungkin hari itu, kau akan pergi bersamanya.

Boleh letak tepi segala distractions, things yang out of your hands,
Fokus!
"Aku nak jadi bintang syurga!"






July 24, 2015

Legend

Aku tak gemar orang panggil aku legend.
(ok certain2 orang je kot panggil especially juniors. batchmates aku sendiri tak suka aku overly attached dengan jawatan tak reti-reti nak turun nih haha)

Sebab rasa sangat yang diri ni suka update apa kerja yang diri sendiri buat.
Kadang kita just nak share saat-saat indah waktu universiti je, tapi orang lain duk perhati jugak rupanya.

Sebenarnya kawan-kawan aku ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lagi yang legend.
walaupun dah 6th year, still jadi AJK-AJK program.
cuma depa ni jenis senyap je
takde cerita kat facebook dorang jadi AJK.
haha okay aku ni yang outspoken sangat -_-
my bad..

So post ni dibuat khas sebagai apresiasi sebahagian drpd kawan-kawan aku yang boleh kata legend juga. tapi sebab dorang pegang program yang semasa, and aku pegang unit yang satu sesi, maybe sebab tu kot aku nampak prominent haha lol
ataupun aku dulu pegang unit besar dalam PCI macam unit R&D & PROF dan program besar seperti seminar sebab orang nampak whoah padahal biasa-biasa je....

Start dengan legend pertama: kak anis arifah.
Anis ni 4th yr jd timb pengarah MTC
Waktu 5th year, jadi timbalan pengarah SPI-5, waktu tu aku jd ajk pengisian, time ni je ktrg jd ajk dalam unit yang sama.
At the same time, tahun tu juga dia jadi timbalan pengarah PEACE PCI.
Bila dah masuk 6th year, still jadi penasihat PEACE. Mantap kan?
Dah lepas jawatan dalam peace pun selalu tnye ktrg "apa lagi eh program peace boleh buat? ade muhasabah tak untuk peace etc?"
Still caring dengan peace even dan turun jawatan
Memang padan dapat anugerah proaktif memecahkan rekod aku dulu heheee :D

orang kuat PEACE dengan syantah ramadannya :)

Legend kedua; salmiah a.k.a kak sal.
Sal pulak orang kuat APC (alex photographer community)
Dulu kerja jaksi induk
Ni dah 6th year, jadi AJK Dinner batch pulak 
Mesra pun still jadi AJK.. 
Plus sebab kerja dia amek gambar, even program PEACE pun dia kena g sebab nak amek gambar. haha n ktrg pun suka la mengendeng2 ^_^
Budak ni aktif bergerak, aku pun dah x terkira berapa banyak program dia join haha

Legend ketiga: nursyahidah a.k.a kak nur.

Kak nur ni garang orangnye tp dia x la sebengis aku hahah :P
Waktu Ihram last year, jadi timb pengarah. 
Dengar cerita banyak juga susah payahnya nak handle program yang lamanya selama sebulan..
Sebulan kot... hoho
Sekarang ni jadi AJK Dinner batch juga.
Baru-baru ni jadi ajk pengisian Mesra...
and paling latest sekali, jadi AJK International Day minggu depan (aku la tu yang bagi nama dia kat pengarah haha)
Legend kan?
Kalau sempat mtc tahun ni, boleh calonkan sebagai penerima anugerah ahli proaktif ^_^

Kak Nur, Kak Wit dan Sal sewaktu Mesra PCI 2015

Mantop kan kawan-kawan aku ni?
dah tua dah 6th year still jadi AJK lagi.
orang lain 6th year nak fokus study dah, xdenye nak pegang program lagi.

aku pulak, dah banyak turun jawatan,
so far yang paling berat cuma jadi SU batch sebab jawatan setahun, ditambah dengan graduasi dan dinner batch tu yang agak berat.
selama 5 tahun duk menyumbang pd PCI, final year baru masuk OB.
selebihnya hanya tukang komen dan tukang share di facebook hahaha
just nak habiskan hari-hari terakhir untuk support adik-adik dari belakang, biar depa yang duk depan :)

legend2 ni boleh la dijadikan teladan oleh adik-adik mahupun batchmates sendiri,
even dah tua, jangan ditinggalkan adik-adik tu,
dorang perlu sokongan dari kita.

aku teringat lagi masa 4th year, aku dapat ayat ni drpd legend adibah aminah.
the true legend indeed.
dia pesan kat aku, lepas dah habis buat satu amal kebajikan teruskanlah buat amal kebajikan yang lain.
dia bagi ayat 7, surah insyirah
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) - 94:7
ala kulli hal, moga Allah terima amalan-amalan kita.
semoga kita terus istiqamah dalam menyebarkan kebaikan kepada masyarakat
in sha Allah kita sambung kat kat program-program di Malaysia pulak
jangan futur okayyy haha sedap je cakap.

btw, ramai lagi unsung heroins yang nak dicerita sebenarnya.
yang dulu-dulu jadi AJKT pun sekarang still ramai yang jadi penasihat
tp ni post untuk ahli2 veteran proaktif yang tak pernah jd AJKT, sebab tu nama-nama lain tak naik heee :D
nama-nama lain, boleh cari sendiri.

pasni pls jgn panggil aku legend.
kbai

p/s: Allahummarzuknal-ikhlas-wal-istiqamah! ameen ya Rabb..

pantai alex memang sangat menenangkan ^_^

p/s: doakan zakiah juga diberi ketabahan :)

July 22, 2015

Demi Tuhan!


Semua orang ada mujahadah masing-masing.

Aku juga ada jihad aku sendiri.

Nak berperang dengan diri sendiri itu bukan mudah.
Kerap kali aku mengadu pada Tuhan.
"Ya Allah, berikan aku sabar. Aku tak tahu mana macam lagi nak handle benda ni melainkan Engkau beri aku sabar"
Even ayat Quran cakap Sabar itu cantik,
Aku still rasa aku tak dapat nak sabar.

Sabar itu sangat kompleks.

Sabar daripada nak menjadi responsive dengan manusia.
Sabar nak menunggu takdir apa yang Allah tetapkan untuk kita.
Sabar untuk mengawal pancaindera.
Sabar untuk kekal istiqamah dengan amalan Ramadan.

Allahu Allah.
Susahnya untuk sabar!
Even nak minta Allah beri sabar pun kena sabar.

Astaghfirullah...

Bila baca Quran datang je ayat sabar, aku mesti tersentuh.
Betapa Tuhan ajarkan kita, minta kita sabar.

Pada tika ini, Allah sedang uji aku untuk sabar dengan apa yang Dia takdirkan untuk aku.
Aku selalu stress, aku nak ujian ni berlalu dengan cepat.
Tapi sebab aku minta Allah beri aku sabar, aku kena sedar ujian ini sedang mendidik aku untuk sabar.
Apa yang aku minta, Allah tengah bagi.

Benda ghaib itu bukan dalam pengetahuan manusia.
Hanya Allah yang mengetahui masa depan, samada ia baik atau buruk untuk kita.
Nak menunggu takdir Allah datang itu perlu sabar,
Nak terima takdir buruk itu juga perlu sabar,
Dan jika terima takdir baik, perkara selepas itu juga memerlukan aku untuk sabar.
Pergi lah kiri kanan, depan mahupun belakang,
Apa yang Allah turunkan itu tetap menuntut kesabaran!


Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, 
kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan kami

Allah itu tahu setiap apa yang ada dalam hati kita,
Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita,
Baik atau buruk takdir akan datang, ia tetap yang terbaik untuk kita,
Yang paling penting, bersabarlah menanti apa yang Allah tetapkan untuk kita.
Dan banyakkan doa istikharah untuk kita jadi lebih redha dengan apa yang Allah bagi pada kita.

Ya Allah, 
aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu
dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa 
dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui 
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. 
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya  
dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya


Kadang kita rasa payah nak bersabar dengan manusia,
Perangai manusia macam-macam,
Nak pulak kalau cari pasal waktu kita tengah sensitif memang silap..
Stress!

Aku selalu pujuk diri, kalau tak mampu sangat nak tahan sabar, bersabarlah demi Tuhan!
Sebab kita niat kita sabar itu kerana Tuhan dan bukan kerana manusia,
Kita jadi lebih dekat dengan Tuhan kerana kita tahu Tuhan itu tahu apa dalam hati kita,
Tuhan tahu betapa payah dan peritnya hati kita nak menahan perasaan.
Tuhan tahu mujahadah kita, betapa hati kita membengkak dengan kegeraman haha
Bersabarlah, Allah tahu apa kita rasa.

Bersabarlah demi Allah!
Kerana Allah tak pernah menyia-nyiakan pahala orang yang sabar.



Allah, berikan aku sabar...


p/s: i found this funny anyway ^_^