June 23, 2011

A159
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (A-li'Imraan 3:159)

revenge


teringat lagi zaman muda muda dulu...

orang panggil aku zionis...
orang kutuk aku macam-macam...
orang sindir aku macam-macam...
orang buat kat aku macam-macam...
yang paling aku tak boleh lupa, aku dapat surat layang yang berbunyi
" pengkhianat bangsa bermula daripada pengkhianat rakan sebaya"
aku tak pernah lupa siapa yang tulis
dan aku simpan lagi surat layang tu

seriously, aku memang nampak kuat nak hadapi semua tu...
tapi hati mana yang tak sedih bila diperbuat sedemikian..
sedang kita tahu kita di pihak yang benar...
tapi aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku buat...
kerana aku yakin dengan janji Dia..

satu benda yang belum berubah pada diri aku..
tentang 'about me' di facebook, rasanya dah bertahun aku tak tukar

garang..
bermulut jahat...
pendendam...
sila jangan dekat
aku belum pernah menafikan dan menidakkan identiti
yang berbeza cuma orang yang cakna dan tidak
bukankah aku dah beri amaran
jangan dekat!

kerana aku tahu, aku memang bermulut jahat, memang pendendam dan memang garang
kerana aku tahu, banyak hati yang akan terluka dek about ni
jadi, sila lah jangan dekat, tolonglah
aku dah penat nak dipersalahkan lagi sebab menyakitkan hati2 manusia ni
aku dah tak larat nak tanggung dosa yang dah sedia menggunung ni
yang paling tak tahan, aku dilabel itu ini, sedangkan awal2 aku dah bagitahu, jangan cari pasal!

bukan seorang dua yang dah terkena balasan dendam aku
dan bukan kecik benda yang aku balas...
aku tak rasa nak cerita sebab aku dah minta maaf pun dengan mangsa2 aku..
cuma yang aku nak korang tahu, aku jenis orang yang tak mudah melupakan keburukan orang..
memang teruk dan aku mengaku...
(p/s: cuba cek diri masing2, kan manusia memang susah nak ingat kebaikan orang lain, cuma ingat kejahatan orang lain je, tak percaya cuba tanye orang lain)

satu prinsip aku, apa yang aku bagi, aku akan dapat balik
dan itu yang aku akan refleks pada orang
aku akan balas dendam dalam certain things yang aku dah tak boleh nak tolerate
and the way you treat me, you'll get it back, dont worry...
kalau kau berkira, aku berkira...
kalau kau buat tak endah, jangan harap aku nak endah kat kau!
kalau aku tak beri komitman pada korang, aku tak mengharapkan komitmen daripada korang
kalau aku buat jahat pada kau, aku tak mengharapkan kau buat baik pada aku pun

"garangnyeee!"
aku dah lali pun dengan ayat ni..
cakap je lah aku garang sebab aku memang garang...
even aku cakap aku tak marah, orang akan ckp aku macam marah..
fine, takyah cakap dengan aku, habis cerita
kau senang aku senang
jangan minta tunjuk ajar atau pertolongan atau pendapat aku kalau kau rasa tak boleh terima..
nak jumpa dengan aku, sila prepare hati yang kental!

kawan rapat aku, memang dia tahu aku orang yang bagaimana
dia tahu aku memang cakap lepas or dalam english DIRECT ! ha, cakap DIRECT!
bak kata kau, LASER kan?
dan dia sendiri dah banyak kali terluka, hingga dia dapat terima diri aku yang sebenarnya
dalam istilah medicnya, immunotherapy..
malang betul orang yang rapat dengan aku ni kan? haha
makan hati berulam jantung je memanjang..

memang dah banyak hati terluka, dan aku yakin kau termasuk..
dan bila akuu taknak cakap dengan kau
kau cakap aku marah
aku tak reti lah camna nak puaskan hati kau
bila banyak cakap, kau sakit hati
bila aku senyap, kau cakap aku marah
kesimpulannya, bersederhana itulah yang terbaik
aku mintak maaf...

bukan aku tak cuba untuk berubah...
tapi bila aku berubah, orang pelik dengan diri aku...
orang ingat aku itu dan ini...
cuba lah fikir, aku buat macam ni pun sebab korang lah
ape masalahnya, aku buat ni salah , tu salah
tak fahamlah!!!
seriously, sengaja aku carita bad side aku,
kenapa?
sebab aku tak nak korang dekat ngan aku
nanti korang terluka sibuk nak salah aku
takyah lah dekat, biar aku sendiri
biar aku belajar erti pergantungan pada Tuhan

terima kasih mengajar aku erti kehidupan, erti hidup berdikari...

yang penting , refleks diri sendiri
bila kita cakap orang susah nak terima kita, adakah kita menerima orang dengan hati terbuka?

yang paling penting, ingatlah apa yang kita buat di dunia kan dibalas di akhirat kelak...
memang bukan kerja saya nak judge perbuatan kamu, cuma saya seorang manusia yang punya hati dan perasaan, yang imannya berbolak balik mudah dihasut syaitan...
saya juga mengingatkan diri sendiri, Allah itu maha mengetahui..

MAAF ENTRY EMO! :P

moral post ini: (ditujukan especially untuk diri sendiri)

Allah yang menilai hati-hati kita, biar orang buat jahat kat kita, jangan kita balas jahat
nabi kan dah ajar kita, bila orang buat jahat, balaslah dengan baik, doakan dia berubah menjadi lebih baik..

dan setiap kesilapan yang kita buat, masih terbuka peluang untuk islah diri.. masih terbuka pintu taubat untuk kita kembali padanya.. cuba cek hubungan kita dengan Allah, baik ke tidak..
sebab benda tu yang akan affect hubungan kita dengan manusia..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)
Allah maha mengetahui, bila ingat tentang itu, pasti kita tak sanggup nak buat dosa kan, tapi malangnya,kita tak ingat, dan ketika itulah kita ikut nafsu sendiri, buat dosa kat orang itu dan ini, tanpa memikirkan bahawa setiap perbuatan aakan dihitung kembali

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (A-li'Imraan 3:135)

memang kena cek diri sendiri semula, kena tadabbur ayat-ayat Allah, sebab kita mudah lupa diri.. mudah lupa yang kita sebenarnya hanya hamba yang lemah.. mudah lupa yang dah banyak kali bertaubat, tapi masih mengulangi kesilapan yang sama.. tak malu sungguh kita!
yang paling saya kesalkan, dalam orang lain semakin maju, diri ini semakin mundur.. rugilah diriku kerana termasuk dalam golongan orang yang semalamnya kebih baik dari hari ini..

dalam saya leka melakukan dosa, Allah turunkan hidayah, memang gentar hati membaca..

Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar, (Al-Muddaththir 74:35)

Yang menjadi amaran bagi umat manusia, (Al-Muddaththir 74:36
)

(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya). (Al-Muddaththir 74:37)

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya, (Al-Muddaththir 74:38)

semoga Allah melindungi kita sentiasa, dan jadilah kamu dalam golongan yang memberi peringatan kepadaku, agar aku tak menarikmu bersamaku ke dalam nerakaNya..

June 19, 2011

besties?

bismillahirahmanirrahim...

kawan kawan selalu tertanya tanya, aku ni menghadapi depresi kah?
ya, jawapannya adalah iya...

aku baru tahu, aku rindu dekat dia..
dah lama kami tak bertegur sapa..
umpama dia yang melarikan diri..
tapi masing2 ada masalah masing2..

dah lama dah rasanya kami tak bercerita tentang dilemma masing2..
dan petang tadi, baru kami berkongsi masalah..

seperkara yang buat ku terfikir dan tersedar
tentang kewujudan sahabat baik, atau pun besties lah kononnye

satu fakta yang aku benci nak ingat..
"bila kawan kita dah ade pakwe (bukan suami), dia akan senang2 je letak kita yg dulunya besfren dia ni kat tepi.. yang dia nampak cuma pakwe dia je"
sedangkan pada masa yang sama, kawan baik dia ni jugak buat benda yang sama dengan pkwe dia untuk dia..
bahkan, bestfren dia berkorban lebih drpd pakwe dia untuk benda yang sama tu..

sedihnya, aku pun mendapat tempias sebenarnya, cuma aku nak cakap, aku tak suka kau couple!
mintak maaf, aku taknak ditarik masuk neraka , sedang diri sendiri belum terlepas drpd buat dosa, inikan pula nak menanggung dosa orang lain...

namun, kami harus terima, people do change..
takdenya istilah bestfriend kecuali kalau dengan melihat dia, akan mengingatkan kita pada Allah!
kawan dunia akhirat siap!
- - - - -
bila bercakap pasal ukhwah, aku pun tak berani..
cuma aku nak cakap..
masa MRU hari tu, ade ditekankan mengenai ukhwah

teringat lagi bila akak2 nak lepaskan pegangan tangan kami
ibarat kawan nak masuk neraka, kita taknak lepaskan kawan..
kita nak masuk syurga sama sama

beriya aku tak nak lepaskan tangan sahabat di sebelah..
dalam aku memejam mata, air mata ku lepaskan..
bila terfikir, adakah aku benar2 berukhuwah untuk sama sama menjejak syurga Allah
adakah benar2 aku seorang sahabat yang bakal menarik sahabatnya ke syurga atau neraka..
dalam tangisan itu, aku menyesal, sedih..
pathetic sungguh rasanya, bersahabat kerana dunia semata2..
tak mendatangkan manfaat akhirat pada sahabatnya yang lain..
hati ini sedih, kerana aku sungguh tak nak lepaskan tangan mereka..
sungguh nak tarik mereka ke syurga bersama..
tapi aku tahu, aku bukan seperti itu sebelum itu..
aku juga sedih sebab aku pegang tangan yang bukan tangan org yang aku nak pegang yg sebenarnya..
kerana aku nak rasa amanah itu seberat2nya di atas bahu bila aku pegang tangan org yg sebenarnya..
sebab aku nak betul2 rasa, aku nak jadi sahabat yang baik, yang betul2 tak nak lepaskan tangan sahabat dalam apa jua keadaan..

apa2 pun, realiti kehidupan tak boleh nak disamakan dengan angan2..

aku cuma nak sahabat yang membawa ku ke arah Allah, dan aku ingin menjadi sahabat yang membawa sahabatnya ke arah Allah..


*hadis bila dah jumpa nantii sy masukkan, esok exam :D

June 18, 2011

tahniah !!

tahniah!

anda berjaya menumpahkan air mata saya setelah beberapa tahun saya tidak mengalirkan air mata dek kata kata sejak berada di tingkatan lima...

saya yang selalu nya kebal, telah berjaya anda tewaskan, tahniah sekali lagi !

terima kasih untuk itu :)

June 10, 2011

berbalaskah cintaku?

berbalaskah cintaku?



aku terlupa, dalam aku mengenang dosa, mencari insan yang sudi menyelesaikan masalah ini..
aku terlupa 1 prinsip hidup ni...
TERLUPA!!!

aku tak pasti mungkin terlalu dibuai kesedihan hingga terlupa yang Allah itu sangat dekat dengan aku...
SANGAT DEKAT !

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaaf 50:16)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)


sendiri

bismillahirahmanirrahim...

kadang kadang aku rasa tak mampu nak hadapi masalah ini...
memang Allah takkan turunkan ujian ni jika aku tak mampu...
cuma aku belum temui jalan penyelesaiannya...

mungkin doa dan pengharapanku padaNya masih belum kuat...
mungkin usaha aku belum cukup untuk Dia kabulkan doa aku...
mungkin Dia nak aku betul2 kuat sebelum Dia berikan nikmat itu..
baru aku sedar, selama ni aku lupa nak bersyukur atas nikmat yang telah aku hilang baru baru ni :'(
teringat pesan kak syima, kalau nak rasa nikmatnya, kena rasa peritnye mujahadah itu dahulu...

aku tak pasti dengan siapa aku nak kongsi masalah ni...
walau aku pasti hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu..
tapi aku bimbang, Allah biarkan aku bergelumang dengan dosa...
Allah tak sayangkan aku, aku takut sangat...
Allah belum kabulkan doa aku..

kawan pesan, sentiasa husnuzzhon dengan Allah...
bukan tak bersangka baik, cuma risau sangat bila dah tak dipedulikanNya..
tiadalah erti hidup di dunia ini lagi :'(

saya tak nak anggap ni monthly symptoms..itu cuma mindset!

bila bercerita bab akhirat, tak mampu nak diungkap betapa gerunnya hari itu...
rasa nak mati cepat walaupun rasa amalan tak cukup...
even hakikatnya tak boleh minta dicepat atau dilambatkan ajal tu..

hidup ni untuk akhirat...
kita tak selamanya hidup di dunia..
sampai bila kita nak duduk di takuk yang lama?
tak teringin pun nak mengaut pahala yang terbentang luas Allah nak beri...

Allah turunkan ujian untuk kita lebih dekat padaNya..
bukannya kita terlalu obses dengan dunia sampai tak menghiraukan hari nak menghadap Dia..
tak ditanya kat akhirat nanti harta yang kita ada..
yang ditanya nanti amalan kita semasa di dunia...

tolong jangan obses dengan dunia !!!



p/s: terkedu mendapat peringatan dari sahabat...

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16].

mana silap aku? izinkan aku belajar dari salah ku