sebelum sibuk diri dihimpit silibus yang belambak, ku selitkan juga kesempatan waktu ini untuk menyatakan sedikit pendapatku...
mengenai masalah, atau pun kekeliruan yang membelenggu kebanyakkan sahabat2ku..
musim ini, tahun ini, sangat banyak berita gembira ku terima..
ramai yang mula dirisik, ramai yang mula ditanya tanya statusnya
ramai yang sudah berani menyatakan hasrat di hati
dan semakin banyak hati hati yang sudah mula terpaut...
dalam pada itu, semakin ramai yang buntu
patutkah ya, atau patutkah tidak?
patutkah terima atau patutkah tolak?
patutkah itu dan ini?
bila kita dirisik, lebih lebih lagi dengan orang yang kita agak pasti..
agak pasti memenuhi ciri2 peneman hidup yang mithali
agak pasti mampu mencorak anak2 untuk menjadi penyambung dakwah
agak pasti mampu memudi satu keluarga ke arah syurgaNya..
pasti tak sanggup untuk meluahkan kata tidak..
lagi lagi bila si dia tak mengucapkan kata yang pasti
yang hanya diungkap hint hint yang tak semestinya jadi..
ramai juga yang bertanya pendapat diriku yang tidak seberapa ini,
cuma sedikit pesanan dari akal yang cetek..
bila dirasakan tak dapat nak penuhi hajat dalam waktu terdekat ini,
lebih baik dirahsiakan sahaja rahsia hati
kelak bila dihebahkan, bakal memakan diri..
nikah tak dapat, yang bertambah maksiat hati....
mudah saja, bukan kita tak boleh berusaha..
yang penting, istikharah dulu..
jawapan Allah itulah jawapan yang pasti..
walaupun hati tertarik dan pasti, kalau Allah kata tidak, maka tidaklah ia..
Dia dah aturkan hidup kita dengan sungguh cantik sekali
Dia dah tetapkan yang paling sesuai untuk kita
mungkin bukan hari ini, mana tahu esok hari?
mengapa masih ada keraguan dalam diri?
fikir-fikirlah kebenaran ibu bapa dan penaja..
jika kita dah tahu orang itu dan ini tak benarkan kita nikah di tahun 2
mengapa mesti diikutkan sangat naluri yang muda
sedangkan mereka yang lebih tua itu, jauh lebih mengerti
jika tidak diizinkan oleh Sang Pencipta mahupun orang tua dan penaja,
berehatlah sebentar, bukan bermakna langkahmu terhenti
cuma perlu sabar menanti waktu yang bukan masa ini..
simpanlah perasaan itu hingga akalmu benar2 mampu memilih mana yang baik dan buruk
sungguh, jika akalmu kini mampu berfikir
takkan kau sanggup menanggung masalah sebelum kau temui penyelesaiannya..
memang kadang2, tertariknya dan cintanya kita pada dia, rasa nak diluah2kan sahaja
tapi, jika ibu bapa dan penaja tak izinkan,
buat apa diluah semua itu sebelum tiba waktunya yang sesuai?
konon nak cop? alahai, kalau dah jodoh tak ke mana lah =.="
bila diluahkan isi hati, menyampaikan perasaan suka pada si dia,
tapi tak dapat pun keizinan nak kahwin pada tahun ini,
bukankah kita menjerumuskan diri dalam masalah yang sebenarnya kita boleh elak?
mengapa sengaja mencampak diri dalam maksiat yang sebenarnya, jika kita sabar sedikit, boleh diselesaikan dengan pernikahan?
sabarlah wahai hati hati sekalian..
jangan terlalu pantas mengucap kata..
bimbang hati itu dan hati ini, terus terpaut walaupun masih belum punya ikatan yang sah..
bimbang dalam waktu kamu menanti hari2 bahagia, dalam saat itu terselit perkara2 yang dimurkaiNya..
apa apa pun, saya cuma meluahkan pendapat
bersabarlah, hujung tahun depan inshaAllah dah boleh mulakan langkah..
jangan tarik sahabat2 ku ke dalam masalah iman..
nak kata tidak, sebenarnya mereka pun berat
dah orang nak, xkan nak tolak kan :D
ku bimbang sahabat2ku lalai lalu terheret dalam kisah ciptaan kamu..
fikirkanlah wahai sahabat yang mempunyai masalah seperti ini..
bersabarlah, jangan tergopoh gapah,
lantas melontar diri sendiri ke dalam masalah yang belum pasti apa sudahnya..
KALAU BELUM PASTI, JANGAN NAK BERANI BERANI
-kuatkan fikir, tingkatkan zikir :)
note penting : ini bukan cerita diri saya, terima kasih :D
3 comments:
suke. klau dah smpai turn kak amie officially ehem2, cter lahh nnt ek. jgn diam2 je. hehe
ehhh, lama lagi tu
Post a Comment