November 27, 2011

saya juga penting!

bismillahirrahmanirrahim..


selalu kita rasa lemah..
selalu juga kita rasa kita jahat..
dan selalu kita rasa menyesal dengan masa lampau kita yang jahil..

kita rasa tak layak nak nasihat orang..
kita rasa kita tak boleh nak join orang lain amar makruf nahi mungkar..
kita rasa tak sanggup dan cukup kuat nak ajak orang buat kebaikan...

kita rasa dosa kita memang teruk..
kita rasa maksiat yang kita buat, memang orang takkan sangka kita pernah buat..
kita rasa, kita sangat jahat sampai orang tak boleh nak dengar nasihat kita..
kita rasa sejarah hitam sering menghantui setiap perkara baik yang kita nak buat..

pernahku mengadu, " Y, amie tak cukup baik, amie rasa amie x boleh buat, amie rasa dosa amie sgt teruk, lagi teruk drpd orang yang Y suruh amie nasihat"

ya, ketika itu, rasanya memang saya tak layak nak nasihat org.. rasa down bila dibayangi dosa-dosa lampau..
tapi kini saya tahu, sebenarnya saya juga amat penting pada orang sekeliling..
siapa kata kita yg pernah berdosa ini tidak penting?

percayalah, masih ramai kawan-kawan lama kita yang memerlukan kita..
masih ramai geng-geng jahiliah kita yang akan mencari kita..

sungguh! mereka akan mencari orang yang pernah mengalami apa yang mereka rasakan..
mereka akan lebih percaya pada kita, yang tahu bagaimana peritnya meninggalkan jahiliah..
dan bukan ramai yang boleh terima nasihat org yang tak pernah lalui apa yang mereka lalui..
bak kata mereka, "kau mana tahu, kau x pernah rasa apa yg aku rasa"

really, the one who feels, knows better :)

kalau kita yang pernah berdosa ini pula?
"aku pernah rasa apa yang kau rasa.."
"aku pernah rasa putus harap pada Tuhan, nak terima taubat aku ke tak"
"aku pernah rasa betapa peritnya nak break up dgn pakwe aku"
"aku pernah rasa camna susahnya nak tinggalkan kawan-kawan, geng-geng aku"
"aku pernah alami kepayahan untuk berubah, sebagaimana yang akan kau alami "

dulu, saya rasa saya tak layak nak pegang SC.. saya rasa sangat cetek ilmu, cetek iman dan cetek segala bagai.. bak kata someone,"baca Quran pun merangkak-rangkak, memang tak layak kahwin!"
lama-lama, Allah buka hati saya, mungkin melalui sahabat-sahabat lain..Allah beri kekuatan kepada saya..

bukanlah bermakna saya rasa saya dah layak tetapi kini saya rasa pentingnya saya pada ummat..
dan sahabat2 pendakwah juga memerlukan penyokong..
kalau bukan saya yang sokong , siapa lagi?

dan kadang-kadang, kawan-kawan tak boleh dan tak berani nak minta bantuan dengan sahabat-sahabat yang syadid dan thiqoh, mungkin kerana pendekatan  yang berbeza..
peranan kita untuk menjadi orang pengantara :)

saya gembira, saya dapat sokong perjuangan sahabat saya :)
saya gembira, saya dapat menjadi pendokong adik-adik seIslam saya :)

saya gembira, saya dapat hulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan..
dan seringkali saya ucapkan, " akak pernah alami apa yang awak semua rasa.."
ya, saya tak malu mengaku dengan mereka, kerana saya tak mahu mereka berputus asa dengan rahmatNya

bagaimana pula dengan anda, wahai insan-insan yang masih berkira-kira dan teragak-agak untuk berdakwah dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?

hulurkanlah tangan kepada mereka, mereka memerlukan kita, insan yang pernah berdosa ini..
jangan pernah rasa rendah diri dgn diri sendiri, tiap yang berlaku telah Allah takdirkan untuk kita..
percayalah, kita juga punya peranan dalam ummat!



selamat berjuang!

p/s: Allah sentiasa ada di samping kita, mintalah padaNya :)


5 comments:

Nur Atikah said...

Amie, hulurkanlah tangan Amie untuk Atie juga. :')

a M i e said...

minta padaNya, Dia sentiasa ada untuk kita :)
yup, my hands are always opened for anybody :D

aynaalokman said...

betul amie.
org yg ada pengalaman la tau camne rasa.
org x pnah ada pengalaman, kadg2 ckp senang je. camne dorang nak tau klu dorang x pnah rasax diuji. sesetengah tau hanya hentam org saja. ckp tu dosa , ni dosa, kutuk org ,ngumpat org yg buat dosa semua benda.pendekatan berdakwah tu kena berhikmah . May Allah bless you amie.
teringin nk ngadu kat amie jugak huhu :)

Mastura said...

nice one amie! thumbs up :D

''tetapi barangsiapa berTAUBAT setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah MENERIMA taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang'' ^^

(Al Maidah : 39)

a M i e said...

aina : Allah dah tetapkan takdir amie mcm ni, Allah dah bagi hidayah kat amie untuk berkata-kata dan menjadi pendokong orang lain, lepas ni aina pun boleh :) Lets support each other <3

kak mas : jzkk, may He accept our taubah :)