bismillahirrahmanirrahim...
ya, saya sangat marah ! benci ! rasa meluat sangat !
bukan sangat bahkan gila !
apa yang dia buat semuanya buruk di mata saya !!!
saya bersyukur Allah jauhkan saya daripada dia..
biar dia pergi jauh dari saya..
tak nak dah saya tengok muka dia..
saya betul-betul tak sangka dia sanggup tikam saya dari belakang!
bukan sembarangan orang, dia kawan baik saya sendiri!
pelarian 2 bulan amat mengajar saya erti kehidupan..
erti kesabaran dan erti kemaafan...
mungkin kekurangan saya kerana saya seorang yang pendendam..
tapi saya rasa setiap orang yang alami apa yg saya rasa, akan tahu betapa perit sakit hati ini..
memang unforgivable!
tika itu, dapat saya tahu siapa sahabat siapa yang pentingkan diri..
dalam kesusahan itu, siapa yang benar2 setia bersama kita..
dalam pelarian itu, hati ini masih tak tenang..
saya hanya mampu meluahkan perasaan pada orang terdekat tanpa menyelesaikan masalah yang membelenggu..
sehinggalah pada suatu hari, selepas pulang dari kelas, saya terdiam mendengar nasihat seorang insan..
tika itu, saya tersedar dari mimpi ngeri..
saya sedar, bahawa saya sangat negatif..
sangat berburuk sangka dengan orang
sangat pendendam dan pemarah..
"kalau kita marah orang, tak guna, biar Allah yang balas semuanya.. kalau marah bukan dapat apa-apa, kita sendiri yang sakit hati.. jangan fikir negatif, nanti semua benda jadi negatif..."
"cuba fikir semula, kenapa awak marah? kenapa awak nak marah? kenapa awak mesti marah? rasa tak boleh nak terima kekurangan diri sendiri? rasa ego tak boleh terima kelebihan orang lain?"
"mengapa perlu iri hati? kenapa nak dengki dgn orang lain? kenapa still x bersyukur dengan apa yang Allah turunkan untuk kita?"
"kenapa kena stress? hanya orang yang fikirkan stress akan stress! sedangkan orang yang fikir bahagia, akan bahagia!"
" kita sibuk perhatikan orang lain, cuba perhatikan diri sendiri.. audit diri sendiri sebelum audit orang lain"
saya sedar, saya terlalu mementingkan diri
terlalu mengharap orang berbuat baik pada saya, tetapi saya sendiri tak memberi yg terbaik buat orang lain..
selau mencari kesalahan orang lain tanpa menghitung kekurangan diri saya sendiri..
seringkali merungut dan bukannya mencari hikmah di sebalik setiap yang berlaku..
betapa negatifnya saya... :(
dan tiap kali mendengar masalah orang lain, baru saya sedar, betapa beruntungnya dan betapa nikmatnya hidup saya bila nak dibandingkan dengan hidup orang lain..
mendengar keluhan orang lain yang kurang deria, kurang bahagia, membuatkan saya lebih bersyukur..
dan kata-kata yang tajam tetapi bermakna itu, menjadi titik tolak dalam diri saya untuk memaafkan orang yang saya tak sangka saya dapat maafkannya..
jazakillah kheir wahai sang pemberi nasihat...
worth downloading and listening :)
recommended : slot islam itu indah
p/s: saya nak mula simpan pencen kubur dari sekarang, anda pula bagaimana? masih terfikir2 dan bertangguh2 untuk berkongsi dan memberi? bila dah mati nanti terputus pahala bila manfaat kat orang lain juga terputus.. : O
p/p/s: when i am mad at you, i tend not to look at your face, because i want the anger to go away.. please dont see me for a while, enough time for self-healing :)
1 comment:
simpan pencen kubur.. syukran kerana mengingatkan saya, amie...
be with Allah, Allah always with you...^^
Post a Comment