December 3, 2011

i care!

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menderma darah buat kali ke 2..
yg pertamanya ketika di plkn dulu, dapat juga menderma 2 pack , sy tak tahu berapa liter..
yang bestnye dapat excuse tak payah pegi kawad, weeehee~

pernah 2 kali selepas itu sy direject sbb sy tak cukup umur, masa tu kt shopping mall jalan ngn kgkwn2, rasanya masa tu lg seminggu je nak cukup 18tahun.. haha
then, kat ksp pun x lepas sbb Hb x cukup..

dah byk kali lalu kt lobby mousah tu, tgk org arab derma darah..
xde nampak pulak dak melayu derma darah..
hari tu sy tnya org tu, dgn gembira dy ajak sy menderma..

nak dijadikan cerita, punya lah gembira budak2 egypt ni kan, x sudah-sudah cakap jzkk..
mungkin sbb saya berdarah O, so sy rasa macam rugi kalau sy x menderma :D hehe
dapat jumpa dengan 3 org kuat ASM..
pdhal dorg x tahu sy ni kuat mengambil dr mereka.
dapat juga saya memberi kepada mereka akhirnya..
salah seorg drpd mereka beri sy ayat ni, dr surah al-Maidah, cerita tentang Qabil membunuh si Habil

"bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya" [5:32]

jzkk buat sahar abou ella, terasa bermakna sumbangan ni :)

saya bersyukur kerana diberi kesihatan daripadaNya untuk menyumbang..
selama ni saya rasa saya hanya menyumbang dr sudut mental tp dr sudut fizikal tu jarang sekali..
bila dapat beri darah tu, rasa wah gembiranya!
pada mulanya agak risau sbb macam2 cerita sy dengar,
jarum besar lah, kne infection lah,
takut juga dapat hepatitis ke kan, tp kalau dah tu nasib Allah tentukan kat kita apa boleh buat kan..
dan jarumnye xde lah besar pun cuma dorang kurang proper tp ok je, sy x nangis dan menjerit pun. =.="

buat masa ni, saya masih berkira-kira untuk mewasiatkn pendermaan organ selepas saya mati nanti..
rasa mcm ok je, tp mcm x sggup kena tanam x cukup sifat..
tp sebenarnya bila kite menderma, adalah juga pencen kubur untuk kita bila dah mati nanti ye.. inshaAllah!
aaaaaaa, tak tahu lg nak derma organ ke tak! organ ntah cantik ntah buruk..
ntah lung dah antracotic dah, ntah heart AS dah byk dah, ntah liver buruk sbb byk makan junk fook, plus kidney yg dah teruk sbb makan MSG byk.. =.=
huu~ semoga Allah beri kekuatan..

p/s: jom simpan pencen kubur ! tak dapat memberi byk, sedikit pun alhamdulillah :)
sesungguhnya tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang dibawah
= tgn yg mberi itu lebih baik drpd tgn yg mnerima :D

p/p/s: jom share sebanyak mungkin :) sharing tu kan caring! :P

3 comments:

Anonymous said...

wah amie.. bagusnye..

ecah cm takut nk derma.. hehe.. (xpena derma drh)

plus xpena pun terfikir nk jd penderma organ.. waaa.. bagusnye amie..

humaira said...

kat plkn dulu pun ada derma2 darah ni... hehehe...

pencen kubur.... terima kasih kerana sentiasa mengingati ^^

Izyan Hanis said...

kte seriusly kalo ade kesempatan utk derma darah
kte nak derma

sedih je everytime tgk booth derma darah tuh
tapi berat badan x cukup utk menderma
;(

and usually when there's blood donation
im having my menses

and oh, kte pun O
;)