December 31, 2010

focus lah!

bismillahirrahmanirrahim

rasanye, mesti kawan2 pelik kan
lately, post sy macam emotional kan kan?
biaselah masalah perasaan ni
kena pandai kawal kan sebab ape2 pun kena tgk hati
buruk baik orang semua tgk pada hati kan
semua ni just nak berkongsi cerita untuk sesiapa yg sudi menerima
xkan lah kita nak jumpe sape2 kawan kite terus cerita kat dy
ntah dy xnak dengar kan, x ke dah menyusahkan org lain tu :D
tapi sape2 yg terdengar luahan saya, kalau menyusahkan, sy mintak maaf awal2 ye :)

hari ni, saya dapat belajar 1 benda iaitu fokus !

hari ni baru diberi penerangan tntg taklifan sebagai ajk promosi untuk mtc pci..
agak cuak jugak, sebab selama ni just tolong2 akak
tapi kali ni, kita lah yg mencorakkan unit tu
berjaya atau tak, terpulang pada diri kita

sy tanya sorg akak ni, mcm mana akak bagi masa nak kerja n belajar
akak ckap, ada masa je study..
waaah, memang besar pengorbanan akak pd kami semua..
semoga Allah membalas segala jasa2 mereka

akak cakap, abg wafi, mantan presiden perubatan ade pesan
kalau buat kerja kena fokus
kalau study, study je, jangan duk ingt psal kerja
nak bila kerja, buat kerja bersungguh2 :)

mcm tu jugak dengan solat, kalau solat, jangan duk fikir benda lain
ni kan nak ngadap Allah, duk ingat dunia,
amirah , amirah.. ish3

kak hannah pun dah smpaikan 1 ayat ni masa sc

"maka sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan JANGANLAH DIA MEMPERSEKUTU SESIAPA PUN DALAM IBADAH KEPADA TUHANNYA" ( alKahfi : 110 )

terima kasih akak2 dan abang2
jazakumullah khair

xpe, sy tahu bila masa makin sempit, barulah kita akan menghargai waktu tu lebih kan

cuba bayangkan kalau kite di-diagnosed ade pengakit kronik yg hanye tinggal 3 bulan je nak hidup..
gelabah tak?
risau tak?
mesti kan? sebab dah xde masa dah nak prepare nak jumpa Tuhan..

tapi , skrg ni kita xtahu pun bila kite akan mati, why shouldnt we get ready all the time?

ayuh kawan2, focus on things that should be focused on!
prioritize your priority !
jangan duk fikir kawen je nak exam2 ni :PP ( terutama kepada *****)
hahahaa

baiklah, ni sebenarnya peringatan ntuk diri sendiri
tapi saja nak share sebab saya kan care kat semua.. ahahha

p/s : bawak bersabar ye atas semua ujian yg menimpa diri :)

" dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)" (42:30)

putus tunang

bismillahirrahmanirrahim..

tak sangka yang saya ni dah putus tunang rupanye..
kelakar kan hidup ni?

gara2 soalan di tafaquh, orang tanye kalau 22 psgn setuju nak kawen dikira bertunang ke? ye memang pun dr segi syarak..

x perasan pernah bertunang dulu..
hahaha
lawaknye...

haish amie, jangan dikejar cinta manusia
kejarlah cinta Allah sebab cinta manusia akan datang bersamanya

* * *
terima kasihlah asilah sebab dengar cerita yang orang lain x nak dengar ni :PPP

saya cakap kat asilah,
saya nak seorang lelaki yang tahu ape matlamat perkahwinan tu..
ape tujuan sebenar perkahwinan tu..
bukan hanya kita suka dia n kawen dgn dy sbb nak dy jadi milik kita
bukan hanya nak ade peneman hidup
bukan hanya sekadar memenuhi keperluan seorang manusia..

tapi,

kita kawen sebab nak mendekatkan diri kepada Allah
sebab kahwen ni satu ibadat kalau niatnya betul..
perkahwinan ni matlamatnya hingga ke syurga..
bukannye nak kawen kat dunia je..
kalau nak perkahwinan yang kekal, psgn mestilah dekatkan diri pada Allah dlu kan
cinta Allah must come 1st..
sebab Dia yang akan mengcompletekan naluri hamba2Nya dgn mnhadirkan cinta manusia yang juga cinta kepadaNya..
barulah boleh kekal sampai akhirat

bukannya macam lagu " tunggu di pintu syurga"
buat ape kat depan pintu je
tunggu je la kat dalam.. hehe, gurau2 :D

hmm...
tapi dia, mungkin x tak mempunyai matlamat yang sama dengan saya..
mungkin lah
wallahu a'lam

p/s: post ni ditaip masa writer dlm keadaan SUBconscious ye :D
sekadar guraun selepas mcq CNS yang x berape nak ok tu :(

bismillahitawakkaltu alallah...

December 30, 2010

4 perkara yang Terlebih Baik..

Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik tetapi terlebih baik :
1. Sifat malu pada lelaki adalah baik, tetapi terbaik jika sifat tersebut terdapat pada wanita
2. Keadilan adalah sifat yang baik pada setiap orang, tetapi sifat tersebut terlebih baik jika terdapat pada seorang pemimpin.
3. Taubat seorang yang sudah tua adalah baik, tetapi taubat seorang pemuda adalah terlebih baik.
4. Derma dari seorang jutawan adalah baik, tetapi terlebih baik jika derma adalah dari seorang yang fakir. petikan: 1001 Feqh Nasihah

December 28, 2010

Allah sayang kita :)

bismillahirrahmanirrahim

cns x habis2 lagi ni,, 200 pges ni 2 hari, memang mantap :D

hari ke hari, pengalaman hidup memang mematangkan diri ni..
hari ke hari, memang banyak sikap manusia yang perlu dihadapi..
ape2 pun , kite kena berbalik semula kepada Allah..
mungkin ni ujian, nak tengok kesabaran dan kesyukuran kita padaNya..

terima kasih sheila
sebab buka mata amie..
sebab sedarkan amie...
sebab ingatkan amie...

amie tahu mungkin silap amie..
tp xpelah, mnde dah lepas x perlu diungkit tapi perlu diambil pengajaran..
amie nak jadi kuat macam sheila !!! chaiy0ooook :D

fatrah imtihan ni memang musim orang pentingkan diri..
boleh tengok kat mana2 je.. (ye ke?)
hahaha, agaknye lah..

walau ape pun, fikir2kan lah
kalau kita x suka orang pentingkan diri, jangan kita pentingkan diri
ingatlah, ape yg kite beri, kite akan dapat balik :)

alhamdulillah, sy bersyukur kalau dia betul2 serius
mungkin dia x serius nak meminang saya..
tapi dia serius nak meminang orang lain..
mungkin Allah beri kekuatan kat dia ntuk pinang orang lain, bukannya saya..
mungkin sebab Allah nak saya dipinang oleh orang yg lebih sesuai daripada dia..
saya bersyukur, sebab dia ambil jalan yang baik..
lebih bersungguh2 dalam menjalin hubungan, semoga diredhaiNya, amin..

saya doakan awak berbahagia dengan dia :)
Allah akan smpaikan jodoh awak ngan dia, kalau Allah izin, dun worry :D
Allah kan sayang kita, Allah mesti tentukan semua yang terbaik buat kita <3<3<3

p/s: musim exam ni memang musim orang nak kawen jugak ke? kekkeke


: rindu nak hangout same2 :( :

: jom study! :

December 25, 2010

terasing

bismillahirrahmanirrahim

dalam kekalutan membaca CNS yg xreti2 nak habis ni, teringin pula meluahkan perasaan :P

tensyen perlu dilepaskan, akhirnya air mata jatuh berlinangan

saya tahu saya x sebaik dia
saya tahu saya x sesopan dia
saya tahu saya x secantik dia
saya tahu saya x sepandai dia
saya tahu saya x layak nak kawan dengan awak pun sebab dia ada

saya nak rasa inferior dengan dia
tapi ade orang lain yg lagi rasa inferior dgn saya..
tulah manusiakan, x reti nak bersyukur dgn kelebihan masing2

somehow, rasanya saya dah x mampu nak pandang muka dia
dah x sanggup nak bertentang mata dengan dia
saya tahu dia lagi selesa dengan orang lain
saya tahu, saya rasa, saya dengar
jangan ganggu saya lagi ok

kini saya dah x rasa complementary itu
malah saya rasa saya dan dia semakin jauh
dengan macam2 perkara yang menjauhkan saya dan dia
sikap masing2 semakin menjauhkan

saya rasa terasing
walau saya cuba nak baik2 saja
dalam kalangan mereka, saya rasa sy bukan di antara mereka
boleh tak saya nak pindah balik mlysia? boleh x?
boleh x nak duduk ngan orang yg boleh terima saya?
ya Allah, nak menemphuh lagi 5 tahun berjauhan dangan family :((

saya mintak maaf kalau kehadiran saya ni sekadar menyemak
sy betul2 rasa inferior dengan mereka semua
rasa diri ni teruk sgt kalau nak dibandingkan mereka

perlukah saya berubah
or shud i be my own self?

saya minta maaf kamu semua
saya xde niat nak jadi mcm ni
i'm just being my own self
with my own principles that might hurt you

temukan kami dalam jalan yang benar ya Allah
jauhkan kami dari maksiat dan perkara lagha ;(
saya nak mengasingkan diri...

i need a shoulder to cry on :(
Allah, give me strength

orang kata ni symptom2 nak exam, ye la kot

terima kasih ntuk kak chep ntuk bhagian hati akak untuk kita

*sedih sebab rasa x dihargai :(
nak balik malaysia :( *sob3*

December 19, 2010

sahabatku sayang :)

bismillahirrahmanirrahim...

saya teringin nak jadi sahabat hingga akhirat..
teringin jadi seorang sahabat apabila orang melihatnya teringat pada Allah
ingin sangat, tapi diri ni belum cukup layak nampaknya..



sabda Nabi s.a.w,
“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.

teringin nak jadi macam seorang sahabat ni
yg mana, bila saya melihatnya, akan teringatlah diri ini pada Allah..
teringatlah saya tentang nasihat2nya dan peringatan2nya..
sentiasa membawa saya ke arah redha Ilahi..

mula2 saya pun rasa muak dengan nasihatnya
tapi lama kelamaan saya sedar...

sahabat baik x semestinya membawa ke syurga
bahkan mungkin membawa ke neraka
mungkin sebab dia x menasihati kita bila kita buat dosa
atau mungkin kita x nasihat dia bila dia buat dosa
atau mungkin kita lepas tangan atas hak2 seorang sahabat terhadap dirinya..
atau kita turut serta dengannya membuat dosa
atau lebih teruk, kita menggalakkannya membuat dosa.. nauzubillah

kawan, tolong jangan tarik saya masuk neraka... tapi tariklah saya masuk syurga dengan kamu.. :(

saya mahu jadi sahabat sejati itu..
sahabat yang sentiasa membawa kita ke jalan Ilahi
sahabat yang tegur dengan berhikmah atas kesalahan kita
sahabat yang sanggup berkorban untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita..


ya Allah, peliharalah aku dan sahabat2ku dari api nerakaMu ya Allah, tunjuki kami jalan yang benar.. lembutkanlah hati ku dan hati sahabat2 ini untuk kembali kepadaMu.. jangan kau biar kami lalai ya Allah,




December 7, 2010

kotor...

bismillahirrahmanirrahim...

cuba kte bayangkan satu analogi ni...
gelas yang kotor, walau dengan hanya setitik dakwat hitam...
kita cuba masukkan air, xkan hilang warna hitam tu walau banyak mana pun kita letak air..

begitulah dengan manusia...
kalau kite duk top up amalan dari hari ke hari, tapi ade satu amalan buruk yg kte x tinggal2kan, masih kotorlah diri ni dengan dosa yang satu tu..

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)


hati ni, hari tu, tersentap sangat
tibe2 ade kawan cakap, " amie, kau lupekan je lah ***, dia x layak jadi imam kau "
hmm, mende ni dah expected pun
tp sangka pulak penerimaan nye sangat perit...
xpelah amie, hidup ni bukan untuk dunia tapi untuk akhirat..

saya bersyukur, lega dan tenang bila dapat berita tu
alhamdulillah, akhirnya Allah dah tunjuk..
Allah memang sayangkan aku.. :)
at last, dapat juga melepaskan diri dari belenggu kejahilan tu..

ya Allah, aku memohon padaMu, hilangkanlah aku daripadanya sebagaimana Kau menghilangkannya daripada aku.. hilangkan, buangkan, lenyapkan..
jauhkan aku daripada dia, jauhkan ya Allah...
dan berikan aku keyakinan bahawa apa yang aturkan semuanya terbaik buat kami :)
berikanlah hidayah kepada kami sebelum tibanya hari pintu taubat sudah tertutup..
peliharalah kami ya Rabb...

December 4, 2010

korbanlah sikit

bismillahirrahmanirrahim..

erm, video dr cairo tu betul2 beri impak dalam diri ni...
mengajar diri untuk berkorban untuk orang lain..
semoga pengorbanan ni dikira sebagai ibadah..
semoga korban ini ikhlas untukNya...







xpelah, berkorban sikit ye amie..
ni baru untuk kawan2, belum untuk patients, belum untuk Islam...

saya sedih...
manusia...
selalu korbankan masa tidur ntuk study..
tapi x ramai yg korbankannya untuk tahajjud padaNya...
selalu korbankan duet untuk beli brg yg bukannya keperluan tapi kehendak semata2..
tapi x ramai yg korbankannya untuk beri sedekah kat makcik2 tepi jalan tu...
selalu ada masa nak berseronok...
tapi xde masa nak bertaubat...
selalu ade ruang nak mengenyangkan nafsu yg x pernah kenyang
tapi xde ruang nak mengeyangkan rohani yang lebih lapar..
selalu ingat matlamat dunia...
tp x ramai yang ingat matlamat hidup untuk akhirat...

manusia itu, termasuklah saya...

amie, korbankanlah sikit dunia tu untuk akhirat...
korbankan banyak sepatutnye..
dunia tu sementara je...

ingat, excellent tu mmg mtlamat jngka masa pendek kite..
tapi matlamat jangka masa pnjg kita? akhirat tu... macam mane?

apa salahnya kita ambil peluang mengumpul pahala yang terbuka luas tu?
nak harapkan amalan yang sangat x seberapa ni, layak ke kite nak jejak syurga Allah?

setiap langkah ke arah ibadat pun dah dikira pahala..
kenapa sombong nak ambil peluang tu?
aduhai manusia, marilah berkorban dunia tu untuk akhirat nanti...
hidup x kekal, akhirat yang abadi...

alangkah indahnya kalau semua orang cakap, "xpelah, aku berkorban SIKIT masa study aku ntuk bekalan akhirat nanti"

xpelah amie, orang lain boleh berkorban untuk awak..
ape salahnye awak berkorban sikit untuk dia.. inshaAllah, Allah permudahkan semuanya...
doa byk2 dan yakin, apa yang Allah tentukan semuanya TERBAIK buat kita :)

اَللَّهُمَّ إِِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ , وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ , وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ , وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهاَ

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”


p/s: mari korbankan dunia untuk akhirat kawan2 :)

istiqamah lah!

bismillahirrahmanirrahim...

sy jeles dengan dia..
kenapa sy x boleh nak konsisten macam dia?
kenapa ni amirah? kenapa?
dia boleh, kau mesti boleh jugak..

:((

November 28, 2010

hipokrit kah aku?

bismillahirrahmanirrahim...

walaupun CNS banyak lagi x study, tp digagahi jugak jari ni nak menaip..

hari tu, hati ni benar2 tersentap...
macam2 dugaan menimpa diri..

dengan perangai kawan yang memang menduga
pentingkan diri macam duduk kt dunia ni sorang2 je...
datang pulak orang mengkritik diri ini hipokrit...

sedih memang sedih..
x pernah orang cakap, kutuk n kritik sy hipokrit depan2 macam dia..
sakit hati dengar !
sebab saya x kacau dia pun, kenapa dy kacau saya...

sy tahu x patut sy kluarkan status sy benci perangai kawan sy..
saya tahu sy bukannye seorg yg amat penyabar..
sy tahu sy silap..
tapi salah ke andai sy nak pujuk diri sendiri supaya bersabar?
sebab sy dah xde jalan penyelesaian lain dengan sikap manusia ni melainkan sabar..
x boleh ke sy keluarkan status untuk menyenangkan dan menenangkan perasaan mrah ni?
salah ke sy tulis "sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar" untuk diri saya yg x mampu nak marah org melainkan dengan sabar lepas sy ckp sy benci kt perangai org tu..
HIPOKRIT ke tu?
saya x faham.. serius x faham... :(

sentap jantung ...

tapi, terima kasih kawan...
terima kasih cakap sy hipokrit..

terima kasih buat sy berfikir niat asal sy buat setiap perkara dalam dunia ni..
terima kasih buat saya muhasabah amalan ni...

tapi awak tahu x, saya makin cuak nak berdakwah..
tiap kali saya nak keluarkan kata2 nasihat, mesti terbantut..
tiap kali nak tulis ayat quran n hadis, mesti fkir byk kali..
sebab sy takut sy hipokrit..

apa saya nak buat? saya xnak jadi hipokrit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tolonglah, dia dah letak saya dalam situasi yg sy sendiri x tahu penyelesaiannya..
-dah ragu2 nak nasihat orang
-dah ragu2 nak tulis apa2 yg berunsur baik..

sy tahu Allah yg nilai setiap amalan kita, tapi kenapa ade manusia yang pandai2 nak judge orang lain?

p/s : jahat sangat ke saya ni? jahat sangat ke sampai x layak nak nasihat orang lain? teruk sangat ke sampai diri sendiri x boleh nak nasihat dan pujuk diri sendiri?

:: sy yg jari manis :( ::

:: ahli beit p open house ::

wassalam..

November 17, 2010

hujan di tengah hari



bismillahirrahmanirrahim...

salam eid adha...
orang kat sini (mesir) semua ucap :

كل عام انت طيبون
وكل عام انتم بخير

orang malaysia cakap, selamat hari raya aidil adha
orang putih cakap happy eid mubarak..

tapi, nabi?

Dari Jubeir bin Nafir, katanya: "Apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW bertemu pada waktu hari raya, maka mereka saling mengucapkan "Taqabbal Allahu minna wa minkum", artinya "semoga Allah menerima amal kami dan amalmu!" (Menurut Hafidh, isnadnya baik)


tahun ni, raya pertama kat asrama MARA alex..
kak mina, kak fatin n kak nasihah datang dari kaherah..
meriah la juga rumah ni bile 2 orang housemate melarikan diri ke mansurah dan sharm el sheikh
malam raya, ade prjumpaan anak2 johor di asrama...
alhamdulillah, musyrif sangat memberi kerjasama..
maaf musyrif, ganggu pula malam2 raya ni..

setelah pulang, ade misi nak cari kacang pula..
jiji dah tnggu kat rumah nak masak
setibanya di kedai, x jumpa pulak kacang tu..
puas sebut hint kat pakcik tu
" falafil la, filfil lah"
akhirnya pulang ke rumah dengan rasa kecewa..
dah la phone trtinggal kat rumah kawan..
singgah di kedai topup, pinjam telefon dy, 50 sen/min..
dy siap promote kalau nk call msia, 2 genih/min
malangnye call kawan pun, dy x tahu name kacang tu..
then ktrg patah balik ke kedai tu..
saya cuba lagi,, saya nak foul yg 10 genih tu pakcik !!
pakcik tanye , "sudani?"
ya Allah, bersyukur sangat sebab akhirnya pkcik faham!
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
bersyukur sangat2 sebab Allah beri ilham kat pkcik ni...

pagi raya, solat raya kat rumah dulu..
then naek taxi ke asrama, dapat free pulak tu..
alhamdulillah...

jumpa ramai orang, gembira sgt dengan ukhuwwah yg terjalin ni :)

petang tu,plan nak ke cairo..
nak stay beit naqiyan anis, nak ke ARMA, nak ke rumah johor rabaah..
tp dapat berita sedih...
datuk sebelah ayah meninggal dunia..
kena cardiac arrest sebelum sempat nak buat operation masukkan pacemaker..
takziah buat semua ahli keluarga..
bersyukurlah, Allah masih ingat nak uji iman kita..

"Dan Kami pasti akan mnguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaiknlah khabar gembira kpd orang2 yg sabar, (iaitu) org2 yg bila dtimpa musibah, mereka bkata, "innalillahiwainnailaihiraji'un"(sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)" [2:155-156]‌

then, terus buntu..
xtahu nak buat ape..
takde orang kat rumah nak cerita.. sedih ~
akhirnya cancelkan je plan ke cairo..
sorry ahli beit humaira', x dapat nak ke open house..
sorry afif .. unexpected..

saya memang sedih, jd x menentu..
xtahu ape nak buat...
tq jiji 4 everything..
tq ntuk nisa n tika for the company :)
syukran ntuk kawan2 yg prihatin..

hari ni, mulakan hidup baru..
semoga Allah memudahkan urusan orang2 Malaysia..
kelas dah nak start, kena warm up semula lepas lama berehat...
ya Allah, permudahkanlah segala2nya, amin ya Rabb...

memori cuti eid adha 1431H..


:: dinner with iylia from mansoura @ zanillis ::

:: ajie, shafaf, nisa', lat, amie, anis, maryam @ maamurah ::

:: sahabat cairo @ coffee roastery :) ::


:: kak una, kak zahidah :) ::
:: kak atun, kak pip, kak fiza :) ::

:: kak mina, jiji, amie, sal, kak nasihah, iejah, kak fatin ::


:: last picture with my mbah sharif ::

:: sampaikan ku ke sini Ya Allah ::
p/s: ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..

ya Allah, lembutkanlah hati ni untuk menerima hidayahMu.. berikanlah kekuatan untuk menjalankan amanahMu.. bantu aku ya Allah ! T.T




November 13, 2010

bukan susah nak berterima kasih

bismillahirrahmanirrahim...

aku, akan cukup gembira bila orang cakap terima kasih
hilang penat ni bila orang cakap terima kasih...

aku paling x suka bila orang x reti nak hargai pengorbanan orang lain..
aku bukan nak penghargaan, aku cuma mahu dihargai...
aku cuma nak kau faham, ape yang aku buat ni, untuk kau!
untuk kau jugak...

aku lagi sedih bila orang x hirau pertolongan aku
aku beriya2 nak tolong, tapi kau x hirau pun
jangan harap lah nak dengar ucapan terima kasih dari kau..
maaf apetah lagi...

susah sangat ke nak cakap terima kasih?
susah ke?

x tahu ke orang ni serabut kepala buat itu ini untuk awak?
tp awak x tau nak hargai pun...
orang buat ni untuk awak, xde mintak upah pun..
payah sangat ke nak ckp tq?

saya harap awak dapat peluang untuk merasai apa yg saya rasa
bgaimana perasaan tu bila usaha awak tak dihargai langsung...
biar awak tau, apa perasaan saya diperlakukan seperti itu oleh awak !

-luahan perasaan semata2-

kesian tengok akak yang bekerja untuk kami, terima kasih akak :)

November 5, 2010

now i know :)

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk menerima dugaan lagi hari ni
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah untuk ujian kali ini...
aku tau Kau sayangkan aku, alhamdulillah

pagi tadi, dapat berita dari kawan..
actually, a bestfriend of mine :)
dia ckp ayah dy sakit kronik, and he got 6 months left
aku pun tersentap, aku pun menangis sama
walau aku tau rasa ini x sesakit rasa kawan aku...

aku sedih, aku terkilan dan tersentap...
apa agaknya rasa bila kite tau ajal kite dah nak sampai?
maaf kawan, aku x mampu nak buat apa2 untuk kau..
hanya doa mampu ku smpaikan dr kejauhan ini...
aku tau kau tabah dan cekal..
kau kena tabah untuk diri kau dan keluarga kau..
kau masih ada aku n Allah yg pentingnya..

bersyukurlah sebab pemergiannya tidak tiba2
bersyukurlah sebab orang lain pergi tanpa tanda...
tapi apakan daya, manusia kan kita
sentiasa lemah dan mengharap bantuanNya..
ya Allah, berikan kami kekuatan ya Allah !

aku pun nak kongsi kisah sedih dengan dia..
tapi aku x nak tmbah lg keserabutan dia..
daripada rasa malas nak type, jd rajin nak type dlm blog ni..

* * *

sekarang aku tahu, macam mana rasanya perasaan itu
sekarang aku tahu, apa yang kau rasa..
tak ape, aku mmg marah tapi aku boleh cuba kawal marah tu
kau dah musnahkan impian aku..
aku tak tau kalau aku je yg rase mcm tu
tp aku dpt rasakan yg kau memang nak musnahkan cita2 aku tu
dah x boleh nak husnuzzon dah kawan..
mintak maaf kawan, mungkin aku termasuk dalam jalan cerita kau..
aku akan cuba, akan cuba untuk bina impian baru
tanpa kau, aku akan cuba.. inshaAllah, aku kuat !
aku tahu aku cekal !
maaf sebab terdrag kau masuk cita2 lama aku
aku harap kau jangan datang lagi
aku penat dah nak cipta impian baru
terima kasih byk2 kawan, kalau aku ade hutang brg, boleh tuntut
hutang budi, semoga Allah bayarkan :)

kawan, tolong jangan cari aku lagi
kalau kau cari aku
aku akan x tersengaja masukkan kau dalam cita2 aku semula
jangan datang lagi..
walau aku tahu kau wujud dan kau tahu aku wujud
anggap je lah cita2 ni x pernah terjadi

aku dah xnak berangan, aku nak betul2 pastikan impian aku tercapai kali ini!
terima kasih :)
saya sayang kamu kawan walau mcm mana pun :)

amie, please dont and you must not have hard feelings ok !!!

p/s : o Allah, give us strength !!

today's quote :
"If you have made mistakes in the past, learn from them, then let them go"

October 24, 2010

new academic year :)

bismillahirrahmanirrahim...

post 1st sejak balik egypt..
xtau ape nak cerita.. macam2 sbnanye..

btw, i'm doing fine rite now..
even agak kelam kelibut dgn modul 8 punye exam..
but alhamdulillah, inshaAllah ok kot :D

recently, baru masuk modul 9..
nervous system..
btw, for the first time..
i like the introduction lecture..
dr maysa amer, mmg bg semangat gile2 suruh blaja betul cns ni..
mmg motivate students :)
"bcause our brain is the main thing controlling all over the body!"
siap tunjuk video alzheimer patients..

teringat kat arwah wan n aki..
22 kne strok..
paling sedih bila arwah wan x boleh control her own action..
arwah wan nangis sebab pakai telekung terbalik masa nak solat subuh..
x sangka, ajalnya sampai dulu...

teringat dulu wan pernah ajak tdo dgn wan n aki mase kecik dlu..
tp amie xnak..
bile wan dah xde, baru rase sedih n menyesal :((
amie janji nak blaja cns betul2...
dulu amie bercita2 nak jd oncologist..
sbb orang rmai kne cancer..
tp skrg, x tau la.. hehe
amie nak score cns!
inshaAllah :)

dah mula rindu kat adik2 :(
rindu kat mak ayah tam semua :((
rindu Malaysia :((

skrg ni, rasenye iman belum stabil..
sejak pulang dr mlysia..
mmg menurun iman kat msia.. jatuh merudum!
ya Allah, lindungi aku T.T

p/s:lainkali upd8 lg..doakanku

September 6, 2010

siape cepat ??

bismillahirrahmanirrahim...

rasenye gmba ni tiade kaitan dengan post..

nak balek rumah, lain kali update :D
sy tidak berpgang 100% pd prinsip siapa cepat dia dapat..
wassalam

August 23, 2010

salah tido ke?


bismillahirrahmanirrahim..

hari ni saya ponteng kelas..
kenapa, sebab saya ada masalah besar dalam diri ni..
masalahnya, asyik tido je..
smpai terlepas kelas, aduh aduh..

tidur punye pasal...
solat pun lewat...
tidur punye pasal...
kelim baju x siap2..
tidur punye pasal...
terlepas pegi kelas...
tidur punye pasal...
semua benda tertangguh..

salah tidur ke?
ye ye , salah diri saya sendiri..
saya perlu berubah!!
chaiy0ok amie!!

last week, pegi kl..
sebab ade mjlis buka puase ngan kawan..
xde la majlis besar, cuma reunion kecil2an..
tq kwn2 yg sudi datang..

mase di masjid jamek,
ade jumpe sorang akak ni..
dr upm, nmpknye dy pun lost nak cari tempat solat wanita..
terberkenalan pula dgn die ..hahaha
rupenye org johor jugak :D

mase tu ade org buat bubur lambuk kt masjid jamek..
ade 2 org wanita muslim ni..
dengan pakaian yg rugged ni, selamba badak je masuk kawan masjid..
sedangkan org putih pun hormat, xnak masuk sebab kne pakai selendang..
orang melayu ni, even dah di beri nasihat oleh penjaga gate supaya memakai selendang yg dah disediakan, still menonong je masuk x tutup aurat,,
melayu zaman sekarang, islam hanya pada ic..
sedangkan umat islam sendiri x hormat islam, agama lain apetah lagi..
ape nak jadi...

reunion kecilan ni ade 8 org je yg dtg..
kire ramai la jugak
sebab girls je yg dijemput..
macam2 cerita keluar, rindunye zaman sekolah :)
nampaknya cik sueha oi masih menamakan sy dengan gelaran fames sy di sekolah..
iaitu zionis.. hahaha
lawak2:DD



malam tu, along jemput lewat..
kul 12.10 mlm baru jemput kt stesen lrt wangsa maju tu..
henset 22 dah habis bteri, elok sgt la tu..
nasib baek bawa buku nak baca..
still boleh act co0l, x hirau manusia sekeliling pdhal dah xde ramai org dah time tu...
alhamdulillah, selamat aje :DD


balek ke seremban, naek ktm dr tasik selatan..
terlupe pulak nak masuk ladies coach..
dikelilingi lelaki..
ouh, indon dan bangla..
sy buat x tahu dan dengar lagu sahaja..
sampai di seremban, dapat jmpe cousins kesayangan..
sebab dorg kecik2 lagi, rase mcm nk jd pkr kanak2 pulak.. haha

then pergi jusco melaka yg baru..
ckp kt mak, " bestnye duduk mlysia"
geramnye jalan2 kt shopping mall tp x dpt beli..
sebab x dpt nak bwk brg2 ni balek egypt..
nak duduk mlysia, nk beli brg kt mesie..
brg egypt x best :((

p/s : bestnye on9 kt klinik, lajus giles.. haha

August 20, 2010

kalau aku ?

bismillahirrahmanirrahim...

lama dah rasanya jari ni x menaip...
bukan x menaip langsung, tapi menaip untuk menda yang panjang..
last time, post bencinye, memang ingin ku luahkan segalanya..
sebab xtahan rasanya nak simpan sorang2, tapi ku tahu,
buruknye lebih banyak dari baiknya,
lebih baik ku diamkan saja, dengan harapan mereka tahu aku benci benda tu!

kalau aku?

semalam...
aku pergi melwat nenek sedare meninggal..
teruknya aku,
dah 8 tahun rupenye aku x tgk mayat betul depan mata aku..
kalau setakat cadaver dlm lab anat tu, x feeling sgt...
last time aku tgk mayat masa darjah 6..
masa tu arwah wan aku meninggal, x mengerti lagi erti mati yg sebenar..
sembhyg jenazah pun x mahu...

seusai membaca yassin, adikku pula menyusul..
aku tunggu dia (xkan nak tinggalkn dy sorang2 mcm la dy berani)
aku renung jenazah tu,
ku lihat atas bawah,
memang dah x bergerak dah..

macam2 benda bermain2 di kotak minda aku...
"MACAM MANA KALAU MAYAT NI AKU?"
ya Allah, tak tahu bagaimana rasanya dicabut nyawa...
mesti x terperi sakitnya..
astaghfirullah, masaku akan tiba juga akhirnya...
aku berdoa, agar aku mati dalam bulan ramadhan juga, amin...

hari tu, bila tgk dlm paper ade gmbar jenazah dlm kain kapan, berderau juga darah...
memang patut manusia takutkan mati, biar rasa diri ni patut bertaubat...
ya Allah, permudahkan urusan kematianku nanti...

* * * * *

hari ni, benda ni jadi lagi kat aku...
aku rasa nak buat post bencinya lagi..
tapi xpe la,
pengajaran yg aku dapat (pengajaran yg x elok, jgn contohi!)
*jangan nak buat baik kat orang, jangan buat jahat kat orang, tapi diam aje..
serious, pasni aku xnak mulakan dah!
sebab at last aku yang kecik hati dan simpan dendam..
betul ckp shaq, even org yg rapat ngn kita pun tend to hurt us...
so aku xnak dah rapat ngan orang :((

* * * * *

aku tak tahu kenapa lately, pening sgt..
i mean pening masa puasa...
tidur je la memanjang :DD

* * * * *

"orang ni jahit baju besar la "
orang selalu complaint tukang jahit x reti jahit..
korang ingat senang ke nak jahit baju?
cuba dulu baru korg tahu bukan senang nak jahit baju..
lagi2 bile tempahan dah menimbun nak dekat raya ni..

* * * * *

pasal attachment, nak cerita tapi susah nak cerita...
yang paling best bile pegi klinik..
tiap kali lepas call in patients, aku akan tersenyum lebar.. :))
geli hati melihat gelagat patient yg 1001 ragam..

* hepi besday kawan, semoga impianmu tercapai :DD


ps : semoga ramadhan ini lebih bermakna di hujung2nya bagiku..maaf semua

July 31, 2010

house call !

bismillahirrahmanirrahim...

petang tadi, kononnye ke bukit gambir nak p supermarket baru..
sebab along nak jugak carik shamp0o pureen strawberry dy tu.. keh3
tp bila sy pegi kedai kat sni, sy xde rasa nak membeli pun..
sebab xnak gune kt sini..
x bestnye! sebab barg mesie jauh lg best dr brg egypt :((

hari ni sungguh best!
ptg td ade patient dtg, nak sunatkan cucu dia..
tnye dr, " bolehke kalau amie nak tgk mak sunatkan cucu dy"
dr ckp " tengoklah kalau awk nak tgk "
heee :DD gembiranya..
tapi pelik sebab buang kulitnya sikit sgt.. lupe nak bgtahu, baby tu perempuan :D
pakaikn pampers, seluar.. "dah lame x pegang baby"
esok x sabar nak jumpe cousins!!!!
rindunye nak main dgn budak kecik :((

pastu, ikut dr pegi house call kat kg simpang 5 pekan..
gerenti orang lain x tahu kt mane tu :DD
house call macam biase, ntuk orang tua yg dah x larat nak bangun..
masuk air sebab dia dah xnak makan...

as usual, check BP and glucose level..
dr ckp org ni ade heart failure.. wh0osh! hidup lg tu..
heheh.. mksdnye jantung dy x kuat nak pump :)
baru belajar camne nak pasang drip set tu...
ape ntah name2 benda2 tu..
baru tahu cmne nak carik vein..
orang tua ni susa nak crik veins dy..
sebab kulit lari.. bengkang bengkok la, senget la..
dr ajar nak set bape drop NaCl tu..
dr ckp x boleh laju.. kenape? x tanye pula..
x tahu cmne nak demo cara masukkan jarum tu :D
baru blaja camne nak lekatkan jarum tu.. hahaha

x dapat nak tunjuk, sebab x dpt nak amek gmba, sebab confidential :D

mlm pulak, pegi hotel reinassance, melaka..
dengar talk by MSD on osteoporosis n menopause..
best! sebab recall byk benda..
sy update later about osteoporosis ok!
gotta go to sleep :D

tahniah kat fathiyyah, selamat nikah malam ni, barakallahulakuma :)

wassalam...

July 30, 2010

hutang !!

ya Allah..

saya dikejutkan dengan pemergian seorg sahabat di smssi dulu..
dia bukanlah kawan rapat saya..
tapi saya sedih sebab saya berhutang dengan dia..

saya tahu saya belum mintak maaf kt dia lagi..
dulu selalu jugak mengata dia..
ya Allah, bila orang dah xde, baru tahu takut hutang dosa kat dia..

ya Allah, harap2 dia dah maafkan semua orang..
ya Allah,risaunya kalau dia tuntut kt akhirat nti..

kawan2, di kesempatan ini, saya xnak dah pisang berbuah 2 kali..
saya stulus hati memohon ampun maaf atas dosa sy trhadap kalian sama ada terkutuk, terngata, mahupun terdirect buat kamu kecil atau sakit hati.. seriously sorry!
hutang2 hak yang tak tertunai, sila tuntut ngan saya..

mari langsaikan sebelum salah sorg drpd kita pergi dulu!!

July 29, 2010

i am all alone :(

bismillahirrahmanirrahim...

ALONE (definition from sage's english dictionary n thesaurus)

: without any others being included or involved
: isolated from others
: exclusive of anyone else


tadi terbaca blog kawan..
macam mana rasenye bila kite berseorangan ??

teringat pula saya apa yang pernah saya lalui dulu..
5 situasi yang sama, cume penghayatan cerita yang berbeza :)

* * * * *

cerita pertama, aku x tahu aku berapa tahun mase tu..
apa yg bakal aku tulis ni diceritakan oleh pkcik aku..

yg aku tahu, kjadian berlaku di Hock Hai Muar..
kat department pakaian budak2...
myb mase tu aku rendah sgt kot..
so aku boleh lost dlm susunan almari2 baju..

pakcik aku ckp, dorg cari aku..
alek2 dengar announcement ade kanak2 cina kehilangan ibu bapanya..

pak cik dtg kaunter, dy ckp aku boleh goyang2 kaki duduk atas kaunter
*x sedar diri tu lost! hahhaha

pengajaran cerita ni : aku sendiri pun x tahu yang aku dah hilang.. tq acik syed!

* * * * *

kejadian kedua ni berlaku semasa aku berumur 4/5 tahun....
mase ni aku di perth melawat family adik bapak aku...
aku duduk dengan ayah dalam van pakcik kami...
pakcik bawa kami ke mall yang agak besar...
aku x sempat nak tutup pintu, pakcik aku dah kunci pintu...
aku diamkan je... even aku rase pun tu x berkunci pun..(rasenye la, x ingt)

kami terus masuk dalam mall..
kami jalan2, kami ade lalu sebuah kedai elektrik...
mata ku tertumpu pada satu skrin tv yg besar..
ade match bola sepak dlm tv...
aku pun alik tgk org main bola...
bila aku pusing blkg, kiri dan kanan, semua org dah takde..
aku keluar dr kedai, aku naek turun escalator..
ku cari2 mereka namun x kutemui...
mat2 saleh pun pandang pelik dkt aku..
sbb ade budak foreigner jalan sorg2.. x ke pelik tu?

"jangan nangis amie, nanti dorg kerumun!"
aku pun mengkonfidenkan diri keluar dr mall tu..
aku ingt lg aku kluar ikut pntu glass automatik tu..

aku dgn komfemnye pegi kt tmpt parkg van pkcik aku..
aku masuk ikut pintu yg x terkunci td..
aku pegi tmpt dduk blkg skali..
aku menyorok bwah kerusi..
sebab aku tkut aku tersalah naik van...

setelah berpanasan 2,3 jam dalam van..
pak cik aku pun masuk, aku pun munculkn diri..
akhirnya, berjumpa kembali family aku...

pengajaran cerita : nasib baik van betul.. kalau dulu salah van, mesti dah xde kt sni skrg!

* * * * *

cerite ke3 ni aku x ingt sgt,, dlm umo 6 tahun kot
yang penting kt bukit tinggi resort, ade family day..
aku x tahu mcm mane boleh lost..
yg aku ingt, mcm biase aku pergi tmpt parking..
kononye aku nak menyorok dlm kerete..
alamak, kerete kunci pulak..
aku pun duduk je la mencangkung tepi kereta tu..
x lame kemudian mak. along n sheila dtg..
terus ajak p amek hadiah sukaneka yg dorg menang..

pengajaran : apekah?

* * * * *

cerite ke 4, aku ingt! time ni after spm...
masa tu kt KL! dengan keyra n athirah..
mase tu janji ngan sheila nak jumpe sheila kt KL sentral..
aku nak p solat dulu.. aku sorg je plak boleh solat mase tu..
aku bg beg, duet n nset dekat sheila..
aku suh dy tggu aku solat..
lpas selesai solat, aku tgk dorg dah xde...
ku tunggu je dpn pintu musolla tu.. lame!
dorg x dtg..
aku round2 satu floor tu mncari dorg..
aku sehelai sepinggang je..
dorg xde.. aku rasa nak nanges je..
nak call pun duet xde..
xkan aku nak menagih simpati kt stall2 tepi tuh..
aku nak report kt polis kt ctu pun x smpi hati sbb mnde ni kecik je sbnanye..
aku tunggu lg dpan musolla..

x lame kmudian sheila blari2 ke arah aku..
"sori2, sheila x perasan nset awak kt sheila.. sheila naek atas pegi beli dunkin donut"
aku terus menangis! geram!
kena tinggal macam tu je..
dah la xde pape!
"sheila sedar pun bila sheila call tp denga ringtone awk dlam beg"
haish, tu baru kat negara sendiri, dah cuak

pengajaran : rase nak nanges je tahu mase tu

* * * * *

cerita ke 5 ni berlaku bbrape bulan lalu di egypt..
mase tu nset mati, tp aku ade duet..
aku ada jnji dengan orang...
ade duet tp nset mati pun x guna..
xkan nak exchange nset dngan arab..
nak call pkai public phone x ingt lgsg no budak2 ni..
skrg duet dah xde mknanya..
aku trun tram kat gamaah..
aku tawakal je tunggu kt stu..
tunggu kawan2 yg aku jnji td..
doa je la byk2...
alhamdulillah, ade sorg dak medic mesir lalu kt ctu.. kelly!
ya Allah, bersyukurnye aku dy ade..
terus aku pinjam nset dia.. n buat jnji baru di tmpt baru...

pengajaran : Allah yang menentukan segala2nya..

* * * * *

benda ni dah banyak kali berlaku kat diri saya, cume penghayatn saya terhadap hikmah kejadian ini berlaku tu yang berbeza2... itu semua bukan nasib baik, itu ketentuan Allah :)
semua ada hikmahnya..

bila kita ditinggalkan keseorangan, bila kita hilang tmpt bergantung..
pada siapa yang kita akan mula2 minta tolong? Allah :)
kita semua tahu Allah penentu segalanya..
cuma malangnya, kita hanya ingat Allah hanya
tatkala diri ditimpa musibah..
tatkala diri punya masalah..
tatkala diri keseorangan..
mungkin anda bukan dlm golongan itu, alhamdulillah..

alangkah indahnya andai kta dapat mengingati Allah dlm setiap ketika..
susah mahupun senang..
bersyukur ketika mendapat rezeki
bukannya kufur nikmat
bersabar bila ditimpa musibah
bukannya merungut..

bersyukurlah tatkala kamu bersendirian
kerana pada waktu itu, kamu akan sedar betapa berharapnya kamu pada pertolonganNya..

contoh exam bukanlah contoh yang asing..
waktu tu hanya Allah yang mmpu tolong melainkan org yg mminta pertlgn syaitan..
tapi
cuba bayangkan kita terapung2 di tengah2 lautan hanya berpautkan sekeping papan..
masa tu, mesti kita dah harap2 dan doa2 byk..
doa ade bot lalu selamatkan kite ke
doa diselamatkan dari ikan jaws ke
memang fitrah manusia mengharapkan yang lebih berkuasa dari dirinya..

mungkin inilah hikmah dilakukan solat tahajjud ketika orang lain sedang tidur di waktu pagi..
untuk kita rasa kita rapat denganNya.. bila kita berseorangan :)


ayuh kembali padaNya..
ayuh nilai sejauh mana kebergantungan kita padaNya..

muhasabah diri tu amie! jangan pandai berkata2 saje!!!!

ya Allah, jangan Kau biarkan kami kufur dalam nikmatMu..
jangan Kau jauhkan hati kami daripadaMu ..

amie, lembutkan hati kamu tu..
kembalilah amie..
nanti mati pun sorg2 je dalam kubur!
perlu bertaubat cepat! nanti hati jadi gelap!


wassalam

p/s : nak melawat elly weekend ni.. nak kne revise subjects form 5!

tak perlu baca !

bismillahirrahmanirrahim..

post kali ini tiada faedahnya...
tidak perlu dibaca ku rasa andai anda rasa masa anda berharga..

* * * * *

" hari ni aku nak start buat kerja lama, nak start semula tabiat lama.. kena berubah sebab nak siapkan kerja2 yang dah lama terbengkalai.. ku perhatikan harapan adikku yang menggunung.. x sanggup, x sampai hati ini nak hancurkannya..

akim tunjuk gambar kecilnya.. " akim nak baju macam ni".. ok, aku terdiam (baju raihan).. " amie mane reti nak buat baju macam ni".."oh, amie x reti eh yg kat tgn? amie jahit yg kt leher je la"..

aku sedaya upaya berdolak dalih xnak dah jahit leher cekak musang tu.. memang kena sabar nak buat.. sayang akim punye pasal.. nti amie try, amie cuba buat kalau sempat..

* * * * *

ku selongkar stor bawah tangga, ku keluarkan mesin keramat, mesin jahit yg dah brape kali terpatah jarumnya dek jahit zip kat bahagian besi tu.. lelah ku naik turun tangga cari buku azimat.. mane buku tu? baru hilang buku mnjahit.. tahu terkial2 x reti nak jahit.. macam mane kalau hilang alQuran? sesatlah hidup jawabnya...

ok, sampai sekarang x jmpa lg buku tu, nmpknya tertangguh lagi la baju budak2 ni... aku ade byk mnde da kena buat.. tp duk lengah2kan...
cuti tinggal 2 bulan je lagi... sempat ke ni?

* * * * *

kerja ni memang dah lama aku nak buat sejak balek hari tu.. ku buka almari. ku keluarkan kotak simpananku.. ku tertarik dengan dairi ku masa form 4..
ku selak2, ku senyum dan ku gelak sendirian.. jahilnya waktu muda dulu...
ku imbas memori2 lama, ku cuba ingt semula rakan2 lama.. rakan2 EIC, plkn, dll..
tak semua dapat ku ingt kembali.. maaf kawan.. :(
teruk juga perangai ku dlu..
tapi ade amalan yang aku selalu buat dulu, tidak mampu ku lakukan sekarang.. hmm, ape amie ni?
ku selak2 buku "between me and him 1" n "between me and him 2"...
bodohnya diri ni bila baca semula.. cinta monyet x kemana... :)
anggaplah tu satu kenangan masa muda remaja dulu... jangan diulang kesilapan yang sama :)
ade buku kosong..

"aku nak titip memori between me and him 3"

tapi aku tahu, lama2 aku buang jugak menda tu.. aku nak bakar jugak buku2 tu bila dah sampai masanya..

perlukah aku bakar?
perlukah aku buang memori2 tu?
rasenye WAJIB sebab nti mendatangkan fitnah kan kan..
xpe la, aku tetap nak tulis psal him part 3!
kalau bukan dia, nasibnya sama je la.. bak cerite autobiografi
-tamatlah riwayatku sebagai sebuah buku-

ni wasiat aku ( tolong sampaikan pd waris terdekatku)
*andai ku pergi dulu, tolong hapuskan semua buku2 tu, x perlu dijadikan kenangan orang lain kot :D sebab ade lg 1 kotak boleh simpan kalau nak ingat amie yg telah pergi dulu...

so, mende2 tu xde gunanya!
tapi aku tetap nak simpan elok2 dalam buku..
sebab aku akan lupa ape silap aku dulu!
sebab aku akan lupa siapa aku yang dulu!
sebab aku takut pisang berbuah dua kali...

ok, aku nak simpan memori ni...
biar aku puas hati :)

::teringat cerite mr. safdi kt ksp::

* * * * *

sekian celoteh di petang hari..sekadar meluahkan perasaan, jangan ambil apa2 pengajaran di sni! wassalam

July 28, 2010

hatiku bukan hatimu

bismillahirrahmanirrahim...

h + a + t + i = hati...
bila sebut pasal hati, orang akan sama kan dengan heart..
tapi hati yang kita budak medic ni blaja ialah liver..
dan heart itu jantung...

bila difikir semula, liver tu untuk metabolism..
heart mengepam darah, generally...
mana bahagian datangnya hati manusia?
atau spesifiknya, perasaan tu?
dari mane lahirnya kasih sayang?
dari mana datangnya rasa sedih, suka, dengki?

kadang bila sedih sgt, rase sakit sgt hati tu..
tp dari mana? wallahu a'lam..

saya bukanlah orang yang pakar untuk bercerita tentang hati..
so, sy linkkan beberapa sumber yg lebih tajam dan matang buah fikirannya untuk bercakap berkaitan hati..


cuma sy selalu terfikir..
hatilah tempat bermulanya sesuatu..
tempat mula2 kite berniat nak buat sumthing..

hati, itulah tempat timbulnya perasaan..
suka, sedih, hasad dengki, cinta, sayang..
ya Allah, maha suci engkau..
tak tercapai akal makhlukMu ini nak memikirkn kejadianMu..

bila cakap pasal perasaan ni..
orang cakap, orang yg kejam ni orang yg xde hati perut..
orang cakap, org yg degil ni hati gelap..
nauzubillah...

hati ni, memang kita kne jaga elok2..
nabi s.a.w dah pesan awal2 dah..
cuma kita ni yang xnak dengar

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

saya terlintas nak tulis pasal hati ni pun bersebab juga..
pelik dengan kisah cinta 3 segi la..
kisah cinta bertepuk sbelah tangan la..
kisah umpat mengumpat sebab hasad dengki la..
haish..

manusia, manusia..
jomlah jaga hati kita..
sebab mnde yg Allah nilai tu hati kita

oklah, x nak cerita panjang..
cuma nak ajak semua..
muhasabah hati kita...

sabar hati kita macam mana?
syukur tu ada ke?
kasih sayang untuk siapa?
hasad dengki dengan siapa?
sombong riak nak buat apa?
iman amal macam mana?


amie amie, jangan pandai cakap je!
ya Allah, peliharakanlah hati2 kami ini...

wassalam

July 25, 2010

malpractice?

bismillahirrahmanirrahim...

kelmarin, dek jetlag yg x elok2 ni, pegi la masak dadih smpi kul 3..
haha.. kul 4 x boleh tdo, siap makan dadih dlu :)
hahaa
lepas subuh baru tido puas2..
ni org 1st time jetlag, kecoh nak cte dlm blog..
ayah ckp, jet lag tu mksdnye fisio badan belum adapt dgn new environment..
amie ingt kaki lenguh.. haha.. bapak lawak :P
tapi bile memikirkan ade je org tak tahu jetlag tu ape, xde la malu sangat.. kekekee

semalam, ayah mntak tlg ganti staff dy yg cuti...
sy suka kerja ngan ayah..
ayah still ingt ape yg dy blaja dlu..
ayah slalu cerita penglaman dy dlu..

kerja pun bermula..
macam biasa, kerja simple je..
just tulis prescription dktr from computer on packet plastik berisi pil2 ubat..
n then, akak will describe to patients..
then, sy just tlg register name patients, call patients to come in, then click "pay" on computer screen.. plg advanced pun, tlg sapu2 ubat kuning kt patient accident :)

ptg smlm, akak naek tingkat atas nak solat mgrb..
patient baru kluar dr bilik dr..
then prescription ubat kluar di screen..

1. zecuff
2. ciprodac

zecuf dah depan mate, cepat2 tulis details ubat... ouh, mne pula ciprodac ni..
puas mencari.. seb bek ayah kluar tlg cari..
then i put the strip dlm packet tu..
ayah," cakap betul2!"

ops, akak klinik yg sepatutnye describe xde..
mampusla, xreti nak ckp..
digagahi jugak nak bukak mulut ni..
"ni ubat batuk, makan 2 sudu besar 3 kali sehari.. yang ni sebiji 3 kali sehari.. 22 lepas makan"

wh0ooooooooooooo!
menggigil nak masukkan ubat dlm plastik.. hahaaa

time mgrb tu jugak, ade makcik cina nak beli suppositories PCM ntuk anak dy..
" sy nak ubat cucuk punggung kasi ilang panas, budak 4 tahun"
ouh, lmbatnye sy nak interpret bhase dorg ni.. hahahaa
rupenye nak paracetamol ntuk budak kecik tu..
sy pun bantai kasi suppositories PCM 125g..
"ha, betul la ni.. 125g, bukan 250g"
" yg ni ke? bpe eh satu? sy pun xtahu.. sy org baru"
"lu p tnye boss, seringgit kot 1"
ok, pas dah tanye tu, lega la..

dah la xtau mne letak ubat semua, xtau harga pulak tu..

ade 1 masa tu, tersilap amek ubat..
pegi amek ubat dlm box PCM (G)..
rupenye salah ubat..
sebab akak ltak ubat lain dlm box tu..
nasib baik akak tukar semula..

ni yg cuak ni..
nak tulis prescription dktr pun tgk byk kali..
sebab dah blaja pasal ethics.. risau malpractice pulak!
tersalah bg ubat ke, habis la!!!

adeh, ade PCM (O) la, PCM (G) la..
"akak, ape beza O n G ni?
"sama je kot 22 pcm"

ok, x puas hati..
on the way home, bantai tnye ayah byk2!!
hahaha

amie : ape beza PCM (O) ngan PCM(G) ayah?
ayah : O tu mksdnye original.. G tu generic..
amie : owh, tahu2..
ayah : kalau yg O ni kuat skit.. G ni x kuat sgt... yg O ni eficacy dy lg tinggi, half life lg tinggi, means that lg cepat absorbance ubat tu..
O ni mahal skit la dr yg G..
gram O ngan G tu same je 500gm, tp kuatnye beza2..
contohnye, ade ubat makan 1/2 jam je dah kebah, ade yg 3 jam baru kebah..
tp sbb PCM ni ubat yg common, ayah slalu bg yg O je..

amie angguk2, recall pharmaco yg dah ditinggalkan kat egypt tu..

ayah : ade ubat ni sugar coated, nak protect dr didestroy oleh gastric juice and nak protect gastric mucosa dr effect ubat tu..
amie : aah..
ayah : ade ubat bioavailability 90%.. ade company buat ubat x coated, bioavailability cuma 10%..
kte bagi murah, kita dapat murah..

amie : ape beza amoxycillin ngan ampicillin?
ayah : 22 tu penicillin derivatives.. kan antibiotic, kne tgk gak microorganismnye..
bla3 (ayah cerita asas2 microbes, ade - and +.. ade yg dlm badan manusia, jenis -.. kat luar manusia jenis +.. yg dlm bdan bg amoxycillin, yg luar bdan bg ampicillin..)
amie : (fuh!!)
ayah : senang je benda2 ni kalau tahu gambaran asalnye..
amie : tu la, x dpt byg2.. doktor trus ajar detail2.. haha

then ayah cerita pasal jenis antibiotic yg laen.. yg sy x pnah denga.. so, lupe la jawabnye..
betul ke ape yg ayah ajar ni? keke.. xpe la, nti amie blaja jugak :)

ptg td, ayah cerite pasal working experience dy..
dr keje ngan government, amek dgree ntuk hospital management, smpi la jadik GP..

byk sgt ayah cerita! nak kongsi x larat nak tulis!!
ayah ckp GP tu last choice kalau mende lain x jadi..
ok, amie nak blaja rajen2!! klau hati kecik x amek surgery, nti amie amek medicine!
inshaAllah :)


sy suka borak ngan ayah :)))

laenkali kongsi lagi.. wassalam

**pagi tadi dah start bawak kereta stelah 10 bulan tinggal :) alhamdulillah..
tq mak bg support :D