December 19, 2010

sahabatku sayang :)

bismillahirrahmanirrahim...

saya teringin nak jadi sahabat hingga akhirat..
teringin jadi seorang sahabat apabila orang melihatnya teringat pada Allah
ingin sangat, tapi diri ni belum cukup layak nampaknya..



sabda Nabi s.a.w,
“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.

teringin nak jadi macam seorang sahabat ni
yg mana, bila saya melihatnya, akan teringatlah diri ini pada Allah..
teringatlah saya tentang nasihat2nya dan peringatan2nya..
sentiasa membawa saya ke arah redha Ilahi..

mula2 saya pun rasa muak dengan nasihatnya
tapi lama kelamaan saya sedar...

sahabat baik x semestinya membawa ke syurga
bahkan mungkin membawa ke neraka
mungkin sebab dia x menasihati kita bila kita buat dosa
atau mungkin kita x nasihat dia bila dia buat dosa
atau mungkin kita lepas tangan atas hak2 seorang sahabat terhadap dirinya..
atau kita turut serta dengannya membuat dosa
atau lebih teruk, kita menggalakkannya membuat dosa.. nauzubillah

kawan, tolong jangan tarik saya masuk neraka... tapi tariklah saya masuk syurga dengan kamu.. :(

saya mahu jadi sahabat sejati itu..
sahabat yang sentiasa membawa kita ke jalan Ilahi
sahabat yang tegur dengan berhikmah atas kesalahan kita
sahabat yang sanggup berkorban untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita..


ya Allah, peliharalah aku dan sahabat2ku dari api nerakaMu ya Allah, tunjuki kami jalan yang benar.. lembutkanlah hati ku dan hati sahabat2 ini untuk kembali kepadaMu.. jangan kau biar kami lalai ya Allah,