July 20, 2015

Masjid Mustofa


Aku baru sahaja jadi penghuni asrama beberapa minggu sebelum Ramadan. 

Tak tahu untuk solat tarawih kat mana yang best dan paling penting, masjid mana yang paling sekejap dan paling selesa.

Masjid Mousah setakat ni paling best, bacaan sedang-sedang. Tak terlalu panjang, tak terlalu pendek. Boleh solat di luar, panas bukan satu masalah. Cuma sekarang, Mousah itu jauh dari asrama.

Malam pertama Ramadan, kami decide nak solat kat Masjid Falaky. Cepat habis, walaupun panas. Aimnye cuma nak habis awal je memandangkan exam end-of-round lagi beberapa hari lagi.

Aku ingat lagi malam pertama tu, usai solat tarawih lebih kurang jam 10 malam, aku pergi kafe untuk beli makanan sahur. Ade terjumpa seorang hamba Allah ni, borak punya borak, dia tengok jam, dia cakap, “Dah kul 10.40! Masjid Mustofa tak habis lagi? Masak la..”

Aku masih ingat aku gelakkan juga nasib budak-budak yang solat kat Masjid Mustofa malam tu. 
Gelakkan culture shock yang mungkin mereka rasa. Yela, first day je dah kena solat berdiri lama.

Dan aku ingat lagi, ade seorang ahli kumpulan tadarus aku, suka pergi Masjid Mustofa. Dan sebab Masjid Mustofa habis lambat, kami terpaksa start tadarus lewat, akhirnya tidur lewat. Aku cakap kat dia, “Tak yah la pergi solat sana, lambat la..” tapi dia tetap berkeras nak pergi dan minta kami mula dulu tadarus lebih awal tanpa dia.

Lebih kurang 2 minggu juga aku solat di Masjid Falaky. Teringin juga nak challenge diri solat lama di Masjid Mustofa. Dan memang dah ajak roommate untuk cuba Masjid Mustofa lepas habis exam, kira-kira seminggu Ramadan terakhir sebab nak save extra time untuk study sebelum exam.

                *                                             *                                             *
Suatu hari tu, kira-kira berbelas Ramadan, di comment facebook;

Zakiah,”malam ni Masjid Mustofa jom kak!”

“Ok in sha Allah” 

Roommate berbuka luar malam ni, jadi boleh je tak pergi Masjid Falaky dan cuba Masjid Mustofa.

Pukul 8.15 lagi Zakiah dah tekan loceng floor, aku masih terkial-kial nak bersiap. 8.15 tu awal sangat. Isyak pun masuk 8.45. Ada 30min gap. Plan asal aku, nak buka puasa cepat, solat maghrib cepat, boleh buka buku dari jam 8 hingga 8.30 kononnya sebab nak exam kan. Tapi ni 8.15 dah kena gerak, or else tak dapat tempat yang selesa walaupun Masjid Mustofa itu ber-aircond.

Malam pertama solat kat Masjid Mustofa dah cukup buat hati aku tersentuh. Suara imam merdu bak buluh perindu! Memang patut pun Mori beriya-iya promote Masjid Mustofa dalam group facebook batch.

Mendayu-dayu bacaan Quran sheikh! Hati sekeras aku pun bila dengar rasa sebak. Ditambah pula aku pegang Quran dalam solat, kita baca Quran bersama imam. Satu-satu.

Tiap bait Quran itu cuba ku fahami. Hati rasa tertusuk!

Rasa macam hati kena squeeze!

Rasa Allah sedang bercakap dengan kita.

Rasa al-Quran itu memang Allah turunkan untuk kita.

Aku menangis lagi. Aku tahu hakikatnya aku sedang hadapi masalah besar, aku jadi sensitif. Tapi bila dapat dengar dan baca Quran dalam solat, rasa dekat dengan Tuhan. Dekat sangat!

Sejak malam tu, aku pergi Masjid Mustofa. Kalau berbuka kat luar pun, akan aku kejar juga balik awal untuk solat kat Masjid Mustofa. Jatuh cinta agaknya..



                *                                             *                                             *

Aku tak tahu, kenapa Ramadan tahun ni rasa lain. Kenapa tahun ni baru rasa seronok dan sedih sangat dalam aku menghidupi Ramadan.

Ada sahabat cakap, “Kenapa macam baru tahun ni baru rasa orang sibuk-sibuk nak pergi qiam? Tahun lepas ada ke macam ni?”

Ya, aku sendiri rasa macam tu. Dulu sewaktu masih tinggal di Ibrahimiah, bila aku dengar ada akhawat pergi qiam di Masjid Moussah, aku just “pergh, bagusnye pergi qiam.”

Tak terlintas pun nak pergi qiam sama.

Mungkin sebab tahun ni Ramadan terakhir. Ramadan yang buat aku rasa aku nak cari sesuatu di dalamnya. Ya, aku mencari makna Ramadan terakhir ini!

Aku tak tahu, Allah campak aku dalam satu situasi yang buat aku sedar, aku tak mampu nak mengawalnya. Samada Allah nak uji aku atau nak tingkatkan darjat aku.

Aku bersangka baik dengan Tuhan. Allah letak aku dalam ujian ini, untuk aku lebih dekat dengan Dia, and make the best of my last Ramadan in Egypt.

Dulu kononnya nak tunggu lepas habis exam. Tapi malam exam aku gagahi juga pergi tarawih lama kat Masjid Mustofa.

Zakiah banyak mendorong aku. Selalu ajak aku buat kebaikan. Mula-mula ajak tarawih, lepas tu ajak qiam, lepas ajak buat status post-tarawih, teman aku jumpa sheikh untuk minta doa exam. Doa jodoh tak sempat nak minta sobs.

Hari demi hari, dah masuk sepuluh malam terakhir Ramadan. Manusia berpusu-pusu mengejar malam al-Qadr.

Aku rasa sangat syukur kena pindah asrama! Syukur sangat!

Masjid Mustofa 5 min je jalan kaki. Nak takut keluar rumah jam 12.30 balik 1.30 pagi pun tak!

Allah beri nikmat dan kekuatan untuk teruskan qiam di Masjid Mustofa. Malam-malam ganjil kena berebut dengan arab. Sama-sama menangis dalam Qunut solat witirnya.

Allahu Allah...

Aku dapat rasa kasih sayang Allah curahkan pada aku. Walaupun selama ni Allah memang sayang tapi aku yang tak rasa.

Alhamdulillah atas nikmat ini.

Betapa aku seronok solat kat Masjid Mustofa, tiap malam akan update status facebook, tazkirah atau ayat-ayat Quran untuk jadi ibrah pada orang lain. Siap letak hastag #masjidmustofa ^_^

Aku tak sempat nak merasai tarawih di Gami3 Ibrahim. Dulu summer break tak sempat puasa.Sekarang dah xde dah qiam macam dulu.
Dan aku juga rindu solat beramai-ramai di padang Kuliah Handasah.

Masjid Mustofa; tarawih best dan ada qiam. Bonus sungguh! 

Segala puji itu hanya untuk Allah :’)

Allah beri aku makna dalam Ramadan ini.

Doakan momentum Ramadan itu kekal hingga akhir hayat aku. Aku bimbang iman aku bila nak balik Malaysia lagi beberapa bulan. Dan dalam beberapa bulan berbaki ini, aku akan jadikan fatrah untuk menguji sejauh mana keberjayaan madrasah Ramadan terakhir ini.

Terima kasih Allah :’)

Terima kasih Zakiah :’)

Semoga terus istiqamah, thabat, sabar dan ikhlas wahai Amirah!



p/s: betapa Masjid Mustofa sangat memberi bekas dalam hati hingga aku coretkan dalam blog




No comments: