July 22, 2015

Demi Tuhan!


Semua orang ada mujahadah masing-masing.

Aku juga ada jihad aku sendiri.

Nak berperang dengan diri sendiri itu bukan mudah.
Kerap kali aku mengadu pada Tuhan.
"Ya Allah, berikan aku sabar. Aku tak tahu mana macam lagi nak handle benda ni melainkan Engkau beri aku sabar"
Even ayat Quran cakap Sabar itu cantik,
Aku still rasa aku tak dapat nak sabar.

Sabar itu sangat kompleks.

Sabar daripada nak menjadi responsive dengan manusia.
Sabar nak menunggu takdir apa yang Allah tetapkan untuk kita.
Sabar untuk mengawal pancaindera.
Sabar untuk kekal istiqamah dengan amalan Ramadan.

Allahu Allah.
Susahnya untuk sabar!
Even nak minta Allah beri sabar pun kena sabar.

Astaghfirullah...

Bila baca Quran datang je ayat sabar, aku mesti tersentuh.
Betapa Tuhan ajarkan kita, minta kita sabar.

Pada tika ini, Allah sedang uji aku untuk sabar dengan apa yang Dia takdirkan untuk aku.
Aku selalu stress, aku nak ujian ni berlalu dengan cepat.
Tapi sebab aku minta Allah beri aku sabar, aku kena sedar ujian ini sedang mendidik aku untuk sabar.
Apa yang aku minta, Allah tengah bagi.

Benda ghaib itu bukan dalam pengetahuan manusia.
Hanya Allah yang mengetahui masa depan, samada ia baik atau buruk untuk kita.
Nak menunggu takdir Allah datang itu perlu sabar,
Nak terima takdir buruk itu juga perlu sabar,
Dan jika terima takdir baik, perkara selepas itu juga memerlukan aku untuk sabar.
Pergi lah kiri kanan, depan mahupun belakang,
Apa yang Allah turunkan itu tetap menuntut kesabaran!


Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, 
kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan kami

Allah itu tahu setiap apa yang ada dalam hati kita,
Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita,
Baik atau buruk takdir akan datang, ia tetap yang terbaik untuk kita,
Yang paling penting, bersabarlah menanti apa yang Allah tetapkan untuk kita.
Dan banyakkan doa istikharah untuk kita jadi lebih redha dengan apa yang Allah bagi pada kita.

Ya Allah, 
aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu
dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa 
dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui 
dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. 
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya  
dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya


Kadang kita rasa payah nak bersabar dengan manusia,
Perangai manusia macam-macam,
Nak pulak kalau cari pasal waktu kita tengah sensitif memang silap..
Stress!

Aku selalu pujuk diri, kalau tak mampu sangat nak tahan sabar, bersabarlah demi Tuhan!
Sebab kita niat kita sabar itu kerana Tuhan dan bukan kerana manusia,
Kita jadi lebih dekat dengan Tuhan kerana kita tahu Tuhan itu tahu apa dalam hati kita,
Tuhan tahu betapa payah dan peritnya hati kita nak menahan perasaan.
Tuhan tahu mujahadah kita, betapa hati kita membengkak dengan kegeraman haha
Bersabarlah, Allah tahu apa kita rasa.

Bersabarlah demi Allah!
Kerana Allah tak pernah menyia-nyiakan pahala orang yang sabar.



Allah, berikan aku sabar...


p/s: i found this funny anyway ^_^

No comments: