June 19, 2011

besties?

bismillahirahmanirrahim...

kawan kawan selalu tertanya tanya, aku ni menghadapi depresi kah?
ya, jawapannya adalah iya...

aku baru tahu, aku rindu dekat dia..
dah lama kami tak bertegur sapa..
umpama dia yang melarikan diri..
tapi masing2 ada masalah masing2..

dah lama dah rasanya kami tak bercerita tentang dilemma masing2..
dan petang tadi, baru kami berkongsi masalah..

seperkara yang buat ku terfikir dan tersedar
tentang kewujudan sahabat baik, atau pun besties lah kononnye

satu fakta yang aku benci nak ingat..
"bila kawan kita dah ade pakwe (bukan suami), dia akan senang2 je letak kita yg dulunya besfren dia ni kat tepi.. yang dia nampak cuma pakwe dia je"
sedangkan pada masa yang sama, kawan baik dia ni jugak buat benda yang sama dengan pkwe dia untuk dia..
bahkan, bestfren dia berkorban lebih drpd pakwe dia untuk benda yang sama tu..

sedihnya, aku pun mendapat tempias sebenarnya, cuma aku nak cakap, aku tak suka kau couple!
mintak maaf, aku taknak ditarik masuk neraka , sedang diri sendiri belum terlepas drpd buat dosa, inikan pula nak menanggung dosa orang lain...

namun, kami harus terima, people do change..
takdenya istilah bestfriend kecuali kalau dengan melihat dia, akan mengingatkan kita pada Allah!
kawan dunia akhirat siap!
- - - - -
bila bercakap pasal ukhwah, aku pun tak berani..
cuma aku nak cakap..
masa MRU hari tu, ade ditekankan mengenai ukhwah

teringat lagi bila akak2 nak lepaskan pegangan tangan kami
ibarat kawan nak masuk neraka, kita taknak lepaskan kawan..
kita nak masuk syurga sama sama

beriya aku tak nak lepaskan tangan sahabat di sebelah..
dalam aku memejam mata, air mata ku lepaskan..
bila terfikir, adakah aku benar2 berukhuwah untuk sama sama menjejak syurga Allah
adakah benar2 aku seorang sahabat yang bakal menarik sahabatnya ke syurga atau neraka..
dalam tangisan itu, aku menyesal, sedih..
pathetic sungguh rasanya, bersahabat kerana dunia semata2..
tak mendatangkan manfaat akhirat pada sahabatnya yang lain..
hati ini sedih, kerana aku sungguh tak nak lepaskan tangan mereka..
sungguh nak tarik mereka ke syurga bersama..
tapi aku tahu, aku bukan seperti itu sebelum itu..
aku juga sedih sebab aku pegang tangan yang bukan tangan org yang aku nak pegang yg sebenarnya..
kerana aku nak rasa amanah itu seberat2nya di atas bahu bila aku pegang tangan org yg sebenarnya..
sebab aku nak betul2 rasa, aku nak jadi sahabat yang baik, yang betul2 tak nak lepaskan tangan sahabat dalam apa jua keadaan..

apa2 pun, realiti kehidupan tak boleh nak disamakan dengan angan2..

aku cuma nak sahabat yang membawa ku ke arah Allah, dan aku ingin menjadi sahabat yang membawa sahabatnya ke arah Allah..


*hadis bila dah jumpa nantii sy masukkan, esok exam :D

June 18, 2011

tahniah !!

tahniah!

anda berjaya menumpahkan air mata saya setelah beberapa tahun saya tidak mengalirkan air mata dek kata kata sejak berada di tingkatan lima...

saya yang selalu nya kebal, telah berjaya anda tewaskan, tahniah sekali lagi !

terima kasih untuk itu :)

June 10, 2011

berbalaskah cintaku?

berbalaskah cintaku?



aku terlupa, dalam aku mengenang dosa, mencari insan yang sudi menyelesaikan masalah ini..
aku terlupa 1 prinsip hidup ni...
TERLUPA!!!

aku tak pasti mungkin terlalu dibuai kesedihan hingga terlupa yang Allah itu sangat dekat dengan aku...
SANGAT DEKAT !

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (Qaaf 50:16)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)


sendiri

bismillahirahmanirrahim...

kadang kadang aku rasa tak mampu nak hadapi masalah ini...
memang Allah takkan turunkan ujian ni jika aku tak mampu...
cuma aku belum temui jalan penyelesaiannya...

mungkin doa dan pengharapanku padaNya masih belum kuat...
mungkin usaha aku belum cukup untuk Dia kabulkan doa aku...
mungkin Dia nak aku betul2 kuat sebelum Dia berikan nikmat itu..
baru aku sedar, selama ni aku lupa nak bersyukur atas nikmat yang telah aku hilang baru baru ni :'(
teringat pesan kak syima, kalau nak rasa nikmatnya, kena rasa peritnye mujahadah itu dahulu...

aku tak pasti dengan siapa aku nak kongsi masalah ni...
walau aku pasti hanya Allah sebaik-baik tempat mengadu..
tapi aku bimbang, Allah biarkan aku bergelumang dengan dosa...
Allah tak sayangkan aku, aku takut sangat...
Allah belum kabulkan doa aku..

kawan pesan, sentiasa husnuzzhon dengan Allah...
bukan tak bersangka baik, cuma risau sangat bila dah tak dipedulikanNya..
tiadalah erti hidup di dunia ini lagi :'(

saya tak nak anggap ni monthly symptoms..itu cuma mindset!

bila bercerita bab akhirat, tak mampu nak diungkap betapa gerunnya hari itu...
rasa nak mati cepat walaupun rasa amalan tak cukup...
even hakikatnya tak boleh minta dicepat atau dilambatkan ajal tu..

hidup ni untuk akhirat...
kita tak selamanya hidup di dunia..
sampai bila kita nak duduk di takuk yang lama?
tak teringin pun nak mengaut pahala yang terbentang luas Allah nak beri...

Allah turunkan ujian untuk kita lebih dekat padaNya..
bukannya kita terlalu obses dengan dunia sampai tak menghiraukan hari nak menghadap Dia..
tak ditanya kat akhirat nanti harta yang kita ada..
yang ditanya nanti amalan kita semasa di dunia...

tolong jangan obses dengan dunia !!!



p/s: terkedu mendapat peringatan dari sahabat...

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16].

mana silap aku? izinkan aku belajar dari salah ku

May 27, 2011

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
baru pulang dari Majlis Rapat Ukhuwwah / SC Gabungan...
saya akui, saya sangat terkesan dengan program ni..
sebab apa...
saya rasa sangat lama tak meluahkan masalah pada orang...
lama tak menadah telinga mendengar nasihat face to face...
lama dah tak refleks diri sendiri..
lagi2 bila musim exam...

kali ni, banyak perkongsian mengenai syukur dan ukhuwwah...

saya mengaku, saya memang salah seorang hamba Allah yang sangat kurang bersyukur..
melainkan bila kita betul2 dapat nikmat yang besar seperti result exam yang bagus..
jarang sangat mulut menutur alhamdulillah tiap kali perkara baik dan nikmat kita terima..
apatah lagi bila bangun dari tidur, masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat sebelum ajal menjemput..
sedangkan doa bangun tidur pun tak ingt nak baca..
nikmat yang kita tak sedar , tiap kali bangun tidur, tiap kali tarik nafas..
Allah beri lagi peluang kehidupan untuk kembali padaNya
sedangkan Allah mampu untuk menarik nikmat itu dalam sekelip mata sahaja..



Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (36:82))

itu lah manusia..
bila tiada baru tahu hendak menyesal ...
memang manusia, memang pelupa..
untuk mengingati Nya dalam senang mahupun susah...

ALLAH TIDAK AKAN MENGHILANGKAN (BUKTI) IMAN KAMU. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah 2:143)

sesungguhnya, Allah tak pernah menyia-nyiakan kesyukuran kita padanya..

betapa sombongnya kita bile tak mahu bersyukur padaNya :(

sudah disebut dalam surah ar-Rahman ayat mengenai nikmat yang Allah turunkan sebanyak 31 kali ! apa lagi yang hendak kita dustakan?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

kadangkala , nikmat yang Allah bagi, kita guna untuk perkara yang menjauhkan diri drpdNya..

bila Allah biarkan kita terus lupa dalam nikmat hidup ini, ingatlah bahawa kita sedang dalam istidraj..

minta dijauhkan dari istidraj bila mana Allah dah tak bagi ujian atau hidayah untuk tarik kita kembali padaNya...

bila mana Allah biar kita leka dalam nikmat yang sementara ini..

dan bila mana Allah dah tak turunkan musibah , terimalah bahawa kita semakin kehilangan kasih sayang Allah...

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)

betapa kurangnya kita bersyukur :(

walaupun Allah dah pesan, jangan kufur akan nikmatNya..

oleh itu, fungsi kalian semua adalah untuk saling memperingati ..

p/s : ayuh muhasabah diri bersama.. ingatkanku andai ku lupa..