May 26, 2011

lapuk



bismillahirrahmanirrahim...

boleh kata dah lapuk juga cerita saya ni..
nak cerita pasal splendiferous night...
yang kononnye splendid sangat tu..
(sengaja letak konon :P)
haha, tahniah untuk ajk2..
semoga malam itu diterima sebagai satu amalan kebajikan di sisiNya..
semoga tidak menjadi fitnah di dunia dan akhirat kelak..

dah dijangka bila dibuat di hotel besar dan mahal, mesti tetamu2nya nak berpakaian mewah juga
dah dijangka, dah agak...
tahniah sekali lagi untuk ajk yang sudah menetapkan guideline berpakaian..
tapi siapalah kita kan, nak mengarah orang membuat itu dan ini..
semoga Allah memandang usaha kalian sebagai amar makruf nahi mungkar..
bimbang sahabat2 yang membuat kemungkaran ni akan menarik kita sama ke dalam neraka..
nauzubillah..

memang pada malam ni semua orang nak pakai havoc2..
biasalah, lumrah dan fitrah manusia..
kekadang memang cemburu melihat kawan-kawan yang cantik2 belaka..
tapi ada sahabat yang memang biasa saja, untuk memastikan diri tidak menjadi perhatian lelaki..
tahniah untuk sahabat yang berjaya melepasi ujian dunia pada malam itu..
tahniah kerana berjaya untuk bersifat qanaah, bersederhana saja..
tak perlu berhias lebih lebih, berjalan lebih lebih, bercakap lebih lebih..
bukan apa, bimbang sangat andai menarik perhatian yang ajnabi..
tapi kalau memang itu niatnya, apa kuasa kita kan..

walau apa pun, saya cuma nak mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang membaca..
ingatlah wahai wanita..
sesungguhnya sebaik-baik wanita itu yang tidak dikenali orang..
peliharalah diri kita..
jangan duk tayang diri yang tak perlu ditayang...
nanti kat akhirat akan ditayang semua kelakuan kita di dunia ini..
Allah kan Maha Mengetahui, siap ada 2 malaikat nak catat baik buruk kita..
ingatkan saya andai saya lupa dan lalai...
jangan sampai saya tarik kamu masuk neraka sebab kamu tak menjalankan tgjwb sebagai seorang sahabat...

p/s: Allah sayang saya, saya bersyukur sangat :)

:: kek yang dicuri ::
:: section 5 :) "L untuk love love love, lagu CN Blue :P ::
:: akhawat I Mumtaz tersayang ::

sharing :

lepas dinner tu, saya rasa sangat marah dengan beberapa orang ni.. marah, memang marah.. rasa menyampah pun ada.. jazakillah khair untuk sahabat yang sangat memahami, selalu mengingatkan saya padaNya.. sayang nisa :)))
hidayah dari Allah yang dikongsi oleh nisa :

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; [ ali-Imraan : 133-134]

bila baca ayat ni, terus hilang amarah tu, syukur sangat :)

jazakillah kheir katheera nisa' <3


No comments: