May 6, 2011

jangan!!

bismillahirrahmanirrahim...

tolonglah jangan...
jangan tarik saya masuk neraka..
saya tak smpai hati nak kecewakan kamu..
tak sanggup nak tolak pelawaan awak pegi situ dan sini..
saya cuma berharap awak jangan ajak saya buat maksiat..
jangan bawa saya buat dosa..
kawan-kawan, tolonglah..
tolonglah bersama sama dengan saya untuk lari dari hasutan syaitan..
lari daripada perkara yang dimurkai Allah

walaupun saya tahu masing2 tahu mana pahala dan mana dosa...
tapi memang senang kita terpedaya dengan syaitan..
ingatkanlah saya tatkala sy lupa..
semoga kita menjadi sahabat bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak..

mungkin saya terlebih emo..
marah kan orang like status sapa2 yg in relationship secara haram..
cakap congrate dkt orang yg dapat bf/ gf baru..

tapi ini kenyataan!!!
jangan lari dari realiti..
kerana akhirat itu suatu yang pasti!
PASTI !!!

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(6:32)

ni semua warning2 yang Allah dah bagi dekat kita..
terpulang kat kita saje nk ikut atau tak..
kita punya akal..
gnakanlah sebaik2nya untuk pilih mana yang baik dan buruk
syurga atau neraka?
maaf tapi xde sipi2 syurga untuk orang macam kite..
KALAU TAK SYURGA, NERAKA LAH JAWAPANNYA !!!!

‎" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. " [24:30]

‎"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" [24:31]

‎"Dan brkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Ssungguhnya Allah telah mnjanjikn kamu dgn janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi SALAHKAN DIRI KAMU SENDIRI. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
[surah Ibrahim : 22]

‎"Setan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal setan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. Mereka itu TEMPATNYA JAHANNAM dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya.." [4:120-121]

‎" Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah MENGETAHUINYA; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu " [3:29]

MAAF, tapi saya terpaksa... kerana bimbang menarik dan ditarik orang masuk neraka.. huhu



ALLAH MAHA MENGETAHUI !! oleh itu, BERHATI HATILAH :)

p/s: sedang pulun untuk exam.. tetapi hati tak tenang :)

Allah nak saya ingt dekat dia :)

tolong tegur saya jika saya silap dan ingatkan saya jika saya lupa.. kelak saya bakal ditanya semula apa yang saya katakan..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (61: 2-3)

maaf terkasar bahasa, wassalam :D

No comments: