May 27, 2011

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
baru pulang dari Majlis Rapat Ukhuwwah / SC Gabungan...
saya akui, saya sangat terkesan dengan program ni..
sebab apa...
saya rasa sangat lama tak meluahkan masalah pada orang...
lama tak menadah telinga mendengar nasihat face to face...
lama dah tak refleks diri sendiri..
lagi2 bila musim exam...

kali ni, banyak perkongsian mengenai syukur dan ukhuwwah...

saya mengaku, saya memang salah seorang hamba Allah yang sangat kurang bersyukur..
melainkan bila kita betul2 dapat nikmat yang besar seperti result exam yang bagus..
jarang sangat mulut menutur alhamdulillah tiap kali perkara baik dan nikmat kita terima..
apatah lagi bila bangun dari tidur, masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat sebelum ajal menjemput..
sedangkan doa bangun tidur pun tak ingt nak baca..
nikmat yang kita tak sedar , tiap kali bangun tidur, tiap kali tarik nafas..
Allah beri lagi peluang kehidupan untuk kembali padaNya
sedangkan Allah mampu untuk menarik nikmat itu dalam sekelip mata sahaja..



Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (36:82))

itu lah manusia..
bila tiada baru tahu hendak menyesal ...
memang manusia, memang pelupa..
untuk mengingati Nya dalam senang mahupun susah...

ALLAH TIDAK AKAN MENGHILANGKAN (BUKTI) IMAN KAMU. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah 2:143)

sesungguhnya, Allah tak pernah menyia-nyiakan kesyukuran kita padanya..

betapa sombongnya kita bile tak mahu bersyukur padaNya :(

sudah disebut dalam surah ar-Rahman ayat mengenai nikmat yang Allah turunkan sebanyak 31 kali ! apa lagi yang hendak kita dustakan?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

kadangkala , nikmat yang Allah bagi, kita guna untuk perkara yang menjauhkan diri drpdNya..

bila Allah biarkan kita terus lupa dalam nikmat hidup ini, ingatlah bahawa kita sedang dalam istidraj..

minta dijauhkan dari istidraj bila mana Allah dah tak bagi ujian atau hidayah untuk tarik kita kembali padaNya...

bila mana Allah biar kita leka dalam nikmat yang sementara ini..

dan bila mana Allah dah tak turunkan musibah , terimalah bahawa kita semakin kehilangan kasih sayang Allah...

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)

betapa kurangnya kita bersyukur :(

walaupun Allah dah pesan, jangan kufur akan nikmatNya..

oleh itu, fungsi kalian semua adalah untuk saling memperingati ..

p/s : ayuh muhasabah diri bersama.. ingatkanku andai ku lupa..

May 26, 2011

Bitter SWEET: stress??

Bitter SWEET: stress??

1st time reblog blog orang, n org yang bertuah ialah ainaa :D hik2

lapuk



bismillahirrahmanirrahim...

boleh kata dah lapuk juga cerita saya ni..
nak cerita pasal splendiferous night...
yang kononnye splendid sangat tu..
(sengaja letak konon :P)
haha, tahniah untuk ajk2..
semoga malam itu diterima sebagai satu amalan kebajikan di sisiNya..
semoga tidak menjadi fitnah di dunia dan akhirat kelak..

dah dijangka bila dibuat di hotel besar dan mahal, mesti tetamu2nya nak berpakaian mewah juga
dah dijangka, dah agak...
tahniah sekali lagi untuk ajk yang sudah menetapkan guideline berpakaian..
tapi siapalah kita kan, nak mengarah orang membuat itu dan ini..
semoga Allah memandang usaha kalian sebagai amar makruf nahi mungkar..
bimbang sahabat2 yang membuat kemungkaran ni akan menarik kita sama ke dalam neraka..
nauzubillah..

memang pada malam ni semua orang nak pakai havoc2..
biasalah, lumrah dan fitrah manusia..
kekadang memang cemburu melihat kawan-kawan yang cantik2 belaka..
tapi ada sahabat yang memang biasa saja, untuk memastikan diri tidak menjadi perhatian lelaki..
tahniah untuk sahabat yang berjaya melepasi ujian dunia pada malam itu..
tahniah kerana berjaya untuk bersifat qanaah, bersederhana saja..
tak perlu berhias lebih lebih, berjalan lebih lebih, bercakap lebih lebih..
bukan apa, bimbang sangat andai menarik perhatian yang ajnabi..
tapi kalau memang itu niatnya, apa kuasa kita kan..

walau apa pun, saya cuma nak mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang membaca..
ingatlah wahai wanita..
sesungguhnya sebaik-baik wanita itu yang tidak dikenali orang..
peliharalah diri kita..
jangan duk tayang diri yang tak perlu ditayang...
nanti kat akhirat akan ditayang semua kelakuan kita di dunia ini..
Allah kan Maha Mengetahui, siap ada 2 malaikat nak catat baik buruk kita..
ingatkan saya andai saya lupa dan lalai...
jangan sampai saya tarik kamu masuk neraka sebab kamu tak menjalankan tgjwb sebagai seorang sahabat...

p/s: Allah sayang saya, saya bersyukur sangat :)

:: kek yang dicuri ::
:: section 5 :) "L untuk love love love, lagu CN Blue :P ::
:: akhawat I Mumtaz tersayang ::

sharing :

lepas dinner tu, saya rasa sangat marah dengan beberapa orang ni.. marah, memang marah.. rasa menyampah pun ada.. jazakillah khair untuk sahabat yang sangat memahami, selalu mengingatkan saya padaNya.. sayang nisa :)))
hidayah dari Allah yang dikongsi oleh nisa :

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; [ ali-Imraan : 133-134]

bila baca ayat ni, terus hilang amarah tu, syukur sangat :)

jazakillah kheir katheera nisa' <3


May 24, 2011

rejected!

bismillahirrahmanirrahim...

rejected..
teruk sangat ke word tu?
maaf, kamu direject..

sungguh, berat juga nak reject orang kan?
bukan semua orang suka kita..
dan bila dah ada orang suka, boleh pulak kita reject?
tak bersyukur kah itu?

maaf..
saya cemburu dengan kawan saya..
cemburu dengan dia yang dirisik dengan cara yang amat baik..
si dia menyelidik latar belakang dalam diam..
merisik dengan diam, menggunakan orang tengah..
tidak memaksa, dan berfikir banyak kali..


sedangkan saya?

senang-senang saje ke nak ajak kahwin?
senang-senang saje ke nak masuk dalam hidup saya mcm tu?
senang-senang semudah ABC?

jika nak dibandingkan kawan dengan saya...
pastinya saya jauh ketinggalan beribu malah berjuta batu di belakangnya..
akhlaknya jauh lebih baik dr saya..
ilmu dan amalnya, belum terjangkau oleh saya..
untuk mendapat risikan yang baik sepertinya, saya harus islah diri untuk menjadi sepertinya..

saya tak mahu memulakan fasa hidup baru dengan permulaan yang tidak baik..
bimbang pengakhirannya juga tidak baik..
bimbang keredhaanNya tak sampai pada usrah saya nanti..
bimbang nasib di akhirat kelak nanti.. :(

mungkin kamu dah cukup baik jika nak dibandingkan dengan saya yang tidak seberapa...
cuma, kamu benar benar tersilap langkah
mungkin kerana saya jugak tersilap melangkah...
semoga Allah pertemukan kita dengan sebaik-baik jodoh :)

kawan saya cakap
"taknaklah amie kawen dengan orang macam tu"
bukan sorang, bahkan lebih dari itu
kawan yang baik pasti inginkan yang terbaik buat kawannya jugak..
terima kasih kawan kerana mengingatkan..
terima kasih kerana menguatkan langkah ini..
dalam mencari redhaNya..

pesan seorang sahabat :
kurangkan komunikasi dengan ikhwah, mana2 yang tak syar'ie, kecuali dalam perkara yg tiada ikhwah yang dpat membantu...
sedang berusaha ke arah itu...
semoga sahabat terutamanya kawan2 lama, diberi pemahaman dariNya

kuatkan aku ya Allah, memang susah..
tapi kata kawan yang lain, kalau kita MAHU, mesti boleh!

p/s: saya yakin saya boleh dapat yang lebih baik dari dia yang dulu jika saya jadi jauh lebih baik dari saya yang dulu :)

*sibuk study (kononnye)

May 10, 2011

mungkin ...
mungkin sebab nak exam..
hati ni cepat sangat terasa..

kadang kadang rasa xnak dah call org malaysia.
sebab orang mcm dah x hargai pun bile amie call rumah...
bukannye kerap sgt, sekali seminggu je..
nti dikata x ingt pun nak telefon msia...

sedihnyaaaaaaaaaaaaaa :( seriously kecik hati,,
kalau ikutkan hati, amie nak biar je..
tapi amie punya akal, kena pandai pilih baik dan buruk...

salah ke amie selalu call rumah? :'(

May 6, 2011

jangan!!

bismillahirrahmanirrahim...

tolonglah jangan...
jangan tarik saya masuk neraka..
saya tak smpai hati nak kecewakan kamu..
tak sanggup nak tolak pelawaan awak pegi situ dan sini..
saya cuma berharap awak jangan ajak saya buat maksiat..
jangan bawa saya buat dosa..
kawan-kawan, tolonglah..
tolonglah bersama sama dengan saya untuk lari dari hasutan syaitan..
lari daripada perkara yang dimurkai Allah

walaupun saya tahu masing2 tahu mana pahala dan mana dosa...
tapi memang senang kita terpedaya dengan syaitan..
ingatkanlah saya tatkala sy lupa..
semoga kita menjadi sahabat bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak..

mungkin saya terlebih emo..
marah kan orang like status sapa2 yg in relationship secara haram..
cakap congrate dkt orang yg dapat bf/ gf baru..

tapi ini kenyataan!!!
jangan lari dari realiti..
kerana akhirat itu suatu yang pasti!
PASTI !!!

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(6:32)

ni semua warning2 yang Allah dah bagi dekat kita..
terpulang kat kita saje nk ikut atau tak..
kita punya akal..
gnakanlah sebaik2nya untuk pilih mana yang baik dan buruk
syurga atau neraka?
maaf tapi xde sipi2 syurga untuk orang macam kite..
KALAU TAK SYURGA, NERAKA LAH JAWAPANNYA !!!!

‎" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. " [24:30]

‎"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" [24:31]

‎"Dan brkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Ssungguhnya Allah telah mnjanjikn kamu dgn janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi SALAHKAN DIRI KAMU SENDIRI. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
[surah Ibrahim : 22]

‎"Setan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal setan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. Mereka itu TEMPATNYA JAHANNAM dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya.." [4:120-121]

‎" Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah MENGETAHUINYA; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu " [3:29]

MAAF, tapi saya terpaksa... kerana bimbang menarik dan ditarik orang masuk neraka.. huhu



ALLAH MAHA MENGETAHUI !! oleh itu, BERHATI HATILAH :)

p/s: sedang pulun untuk exam.. tetapi hati tak tenang :)

Allah nak saya ingt dekat dia :)

tolong tegur saya jika saya silap dan ingatkan saya jika saya lupa.. kelak saya bakal ditanya semula apa yang saya katakan..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (61: 2-3)

maaf terkasar bahasa, wassalam :D

May 2, 2011

makan sihat :)

bismillahirahmanirrahim..

walaupun banyak lagi tajuk tak dibaca, still rasa nak post menda ni :D

mama kami, seorang dentist sangat menyarankan kami mengambil diet yang sihat..
dan disebabkan kami sedang belajar modul CVS, kami lebih terdedah dengan penyakit2 yang jahat2 belaka ni as atherosclerosis! yg sebenanrnya dah wujud sejak kecil
w0ooooooooo, 0.O!! takutnye.. boleh kena heart attack, infarction etc etc..

faktor saranan mama, modul CVS dan berat badan yg naik masa balik msia akibat evakuasi..
saya semakin bersemangat untuk mengambil beberapa langkah yg sy kategori kan sihat dan orang lain kategorikan sebagai diet :D
dah banyak kali orang pesan, ape salahnya belanja banyak untuk pencegahan daripada menanggung kos yang lebih byk bile dah dpt penyakit tu kan :)

saya dan pikah, ex roomate, mula membeli belah di fathalla.. kosnye agak tinggi, no wonder duet berkurang bulan ni ;p

1. green tea
-yang saya pasti, dr sibuk cakap "anti oxidant, anti oxidant"
siap bagi kami sample untuk cuba dulu :D

2. brown sugar..
-sebenarnya gula perang ni xde la beza sgt dgn gula putih tu..
cuma drpd apa yg sy google, kalorinye kurang sedikit.. sikit je pun =.="
tapi beza yg sikit tu lama2 jadi banyak ! hahaha

3. nuts
bab ni saya memang bersemangat..
sebab saya sangat suka makan kacang..
memang sangat berkalori.. tp dr dah pesan suruh makan 1 genggam je sehari.. :)
n ade kawan saya (andre, aku tahu kau x baca ni) sangat tak puas hati bila saya mengeluarkan duet untuk kacang yang mahal tu.. adeh~ dia ckp, "kenapa mesti kacang untuk *** genih ni?"

4. madu
saya cuba untuk makan madu setiap hari..
belum menjadi sekonsisten pikah nampaknya :D
tapi orang cakap minum dengan air suam..
(dah greentea nak minum, air madu nak minum, kembung lah nanti)


5. olive oil
ok, kalau minyak zaitun ni, saya belum cuba pun
pikah je yang dah try.. saya tak berani nak telan macam tu..
ape2 pun, saya nak cuba jugak suatu hari nanti sebab nanti jeles pikah kurus sorang2.. haha ;p

6. kurma dan kismis
yang ni mama ade sebut "tamar, tamar"
kena amalkan selain drpd bulan puasa :)


7. garlic
mama siap bagi garlic crusher kat kami.. disuruhnya makan garlic raw macam tu.. btw mama, saya dah ade supplement garlic untuk allergy saya :D
mak saya dah bagi 3 botol pil garlic ni untuk saya supress hypersensitivity reaction saya ni, cuma saya je kadang makan kadang tak.. hehe

dalam kiriman barang dr mama, kami juga ada dapat doa untuk diamalkan, memang bagus mama ni :D

and ada satu lagi makanan yang saya nak cuba try selain drpd olive oil, yang saya pernah try dulu tp x lama..

8.OAT !!
oh, tolonglah rasanya sangat tak sedap..
dulu saya minum dengan milo kot..
tp lama2 makin muak.. so dah stop..
bila tgk goodness of oat ni, rasa nak start semula lah :P

saya rasa nak combine je oat, madu, milo, kismis, etc etc dlm satu hidang.. ceh, berkhasiat gila kan menu saya :D

silalah doakan saya konsisten dalam amalan ni.. walaupun saya x pergi ke gym, tapi saya naik tangga 5 tingkat setiap hari :D

p/s: sy dah turun 2 kg hari tu.. tak tahu tu sebab angkat barang masa pindah 5 tingkat tingginya.. atau sebab pengamalan makanan ni.. sy rasa sebab angkat barang =.="
mungkin amalan ni belum menunjukkan hasil sebab sy pun x konsisten :D
atau mungkin penimbang tu yg rosak ? O.O

doakan saya istiqamah, jzkk, wassalam


May 1, 2011

orang jauh dan dekat

bismillahirrahmanirrahim...

manusia...
memang suka mencari kesalahan orang lain..
kalau dikata ini, ini salah..
bila dikata itu, itu pun salah..
semua takkan nampak betul jika tujuannya memang untuk mencari kesalahan orang lain...
hanya dia yang bagus , mungkin..

kadang-kadang, kita tak mahu mengalah pada orang sekeliling kita..
hanya kita yang nak menang..

dan kadang-kadang kita tak menghargai orang yang dekat dengan kita..
sampailah suatu ketika, orang tu semakin jauh dengan kita..
kadang-kadang kita lebih baik dan mesra dengan orang yang jauh dengan kita..
tapi dengan orang yang dekat, tak pernah nak menjaga hati dia...

susah sangat ke nak meluahkan perasaan tu?
ego sangat ke sampai tak mahu mengalah untuk perkara benar kita yang salah?

orang terdekat ni tak berfungsi ke sehingga orang yang jauh juga dicari bila ditimpa masalah?
mungkin, orang jauh itu lebih menyelesakan..
boleh nak mencari orang yang jauh tu, tp janganlah membelakangi orang dekat yang sebenarnya prihatin juga..

hargailah mereka :)

p/s:

:: merindui orang dekat yang semakin jauh ::
:: hampir berputus asa membuat kek seperti ini di egypt sebab tak jumpa
koko powder yang sedap :'( ::

siapa nak balik msia, tlg lah bwkkan saya koko powder vanhoutten tu..