February 7, 2015

Menelan dan Menghadam Keburukan Sendiri

nota kepala (mindset baru saya) = bukan semua orang suka kita.

"amie tu suka sangat update facebook. semua benda dia nak cerita. duk cerita semua kerja dia buat. bajet dia sorang je buat kerja persatuan. orang lain pun buat kerja juga, tapi takde pun nak menunjuk-nunjuk kat facebook" kata A di belakang aku pada kawan-kawan lain.

(bukan semua orang suka kita)

"amie tu bajet bagus. cakap tak serupa bikin. dia kata nak beri peluang pada adik-adik untuk jadi ajk tapi dia sendiri tak reti-reti nak lepas jawatan untuk bagi chance orang lain pulak pegang jawatan tu." kata B di dalam hati.

(bukan semua orang suka kita)

"dia lagi bertanding untuk ajk batch. amie tu tak reti penat ke nak bertanding lagi. sedar-sedar lah diri tu dah tua" kata C kepada rakannya.

(bukan semua orang suka kita)

"amie tu suka buat status tegur orang buat itu ini. ingat dia dah bagus sangat ke nak tegur dan mempertikaikan orang lain?" luah B dalam status facebooknya.

(bukan semua orang suka kita)

*               *               *

kita selalu nampak status macam ni;

"Saya meminta maaf atas kesilapan yang saya pernah buat kepada semua selama ini. Terkasar bahasa, terngumpat, terambil itu ini dan sebagainya. Jika ada hak tak tertunai boleh tuntut, kalau ada sakit hati boleh gtau, jika ada kesilapan yang terbuat boleh tegur thru PM"
*               *               *

Pernah tak kita terfikir,

Sejauh mana hati kita terbuka dalam menerima teguran mahupun kritikan dari seseorang secara direct one-to-one?

Sekuat mana hati kita nak menelan keburukan kita yang kita tak pernah sangka kita ada tetapi hakikatnya disedari orang lain malah mengganggu/menyusahkan mereka?

Selapang mana hati kita nak terima teguran orang yang kononnya kita alu-alukan dalam status di atas, lantas memikirkan cara untuk mengubah diri sendiri menjadi lebih baik?

Lebih-lebih lagi, apabila kita terpaksa bersemuka dan berhadapan dengan orang yang menegur ataupun memberitahu keburukan kita sendiri setiap hari ataupun dengan kekerapan yang kerap.

*               *               *

Ataukah..

Kita akan menjadi defensive dengan memberi bermacam-macam sebab mengapa kita berbuat demikian terhadap mereka.

atau

Kita menjadi denial, dengan menidakkan teguran mereka mengenai kita, dan menyalurkan kesalahan itu kepada orang lain pula.

atau

Kita merasa offensive dengan teguran itu, lantas kita membalas teguran mereka dengan menyatakan keburukan mereka yang kita cari-cari untuk menyerang balas.


*               *               *

Baru je aku merasai betapa peritnya menerima teguran orang. Apatah lagi di saat-saat kita tidak bersedia untuk itu.

Kita rasa kita dah bagi the best of us. Tapi rupanya masih ada yang tak puas hati dengan kita, mengutuk kita kat belakang. Menyebarkan buruk kita even pada orang yang tak berkaitan.

Ditambah pula dengan kesilapan kita terhadap orang lain yang kita tak pernah sedar ia memberi impak buruk pada orang lain. Terlepas cakap, terkasar perkataan dan perbuatan, merendah-rendahkan orang lain, mengutuk kawan di depan kawannya yang lain, dan macam-macam lagi.

Teringat satu masa sewaktu di sekolah menengah. Aku rasa aku dah cuba jalankan amanah dengan sebaik mungkin, sehingga satu tahap aku terpaksa mereport kesalahan rakan baik sendiri kepada cikgu disiplin. Sehinggakan aku mendapat surat layang stick note bertulis,
"Pengkhianat negara bermula dengan pengkhianat rakan sebaya."
 Pada waktu tu, aku tahu aku dibenci manusia di sekelilingku. Aku sedar diri ini tak disukai. Aku cuba menilai diri sendiri, jika benar apa yang aku buat, aku hanya perlu bertahan dengan tohmahan yang orang lemparkan kerana ia akhirnya akan berlalu juga.

Aku menangis. Mengenangkan nasib diri yang dibenci makhluk bumi, namun mengharapkan masih disayangi penduduk langit. Itu kerana aku yakin apa yang aku buat adalah benda yang betul.

*               *               *


Itu benda yang terjadi 6 tahun dahulu. Aku  berjaya bertahan menerima kritikan kerana aku dah set dalam minda yang aku x disukai, jadi tidak menjadi masalah walaupun dikutuk kerana sudah menjadi asam garam kehidupan di asrama dulu.

Tapi pada masa kini, saat aku diberi teguran dan kritikan, aku rasa tak mampu nak terima pada hentakan pertama. Tiap kali diluahkan keburukan diri sendiri daripada orang lain, hati ini susah nak terima dengan selapang-lapangnya. Mata tidak dapat menyeka air daripada terus mengalir laju ke pipi. Otak tidak dapat berfikir dengan waras untuk menerima dan menilai keburukan diri sendiri.

Aku sebenarnya dah terlalu biasa hidup dengan pujian. Sering diangkat-angkat sehingga akhirnya bila diuji sesuatu, terus jatuh terhentak ke bumi.

Aku dah terlalu selesa dengan pencapaian diri sendiri. Rasa disukai oleh semua orang. Sedangkan banyak hati yang membenci dan meluat tanpa disedari.

Aku dah ter-set mind yang aku dah bagi yang terbaik, dan mengharapkan orang dapat terima dan gembira dengan aku.

Hakikatnya, expectations kill. (bukan semua orang suka kita)

*               *               *

Aku menangis semahu-mahunya.
Aku mahu melepaskan emosi dan perasaan pedih menerima keburukan yang orang katakan.
Yang selama ni kita tak sedar pun.

Lama masa aku ambil untuk aku cuba mendapatkan semula fikiran yang waras.
Cuba menelan kritikan orang terhadap aku, kemudian menghadamnya dan akhirnya menyerapnya.
INGEST, DIGEST, ABSORB.
Lama.
Sebab dah lama tak kena kutuk direct. (bukan semua orang suka kita)
7 tahun sejak form 5 dulu.

Part paling pahit is time nak menelan/ingestion.
Pada saat nak menerima teguran tu, perit.
Nak telan air liur pun rasa payah sangat.
Saat membaca ayat kritikan itu sangat menjatuhkan self esteem aku.
Menangis. Rasa down. Ya, bukan semua orang suka kita.

Tapi part paling susah is to hadam. Digest.
Waktu untuk menilai apa yang baik dan buruk.
Sebab tak semua yang orang cakap tu perlu aku ambil kira.
Jika aku ambil sekali part negatif, nescaya jati diri aku yang akan merudum.
Terutamanya jika aku terlalu memikirkan perkara yang bukan dalam kawalan aku.
Dan terlalu memikirkan perkara yang kita buat yang sebenarnya betul tetapi pada pendapat dia salah.
Terlalu nak memuaskan hati orang juga bahaya.

Boleh jadi mental breakdown.
Boleh jadi personality killing.

Untuk proses menghadam, biasanya aku akan minta nasihat rakan-rakan.
Samada betul atau tidak perbuatan aku.
Jika aku salah, aku kena terima teguran itu.
Jika aku betul, aku tak perlu mencederakan diri sendiri.

Seterusnya, untuk absorb.
Part untuk membetulkan keadaan yang salah.
Pahitnya part ni bila memang betul kita buat salah dan bersedia untuk menurunkan ego dan meminta maaf.
Susahnya part ini bila kita tak bersalah tapi nak menerangkan kebenaran yang sebenarnya di sebalik kesalahan yang orang nampak itu.
Samada aku, atau dia yang absorb.

Nak tak nak, kita kena terima kelemahan diri kita yang betul-betul berpunca dari diri kita, dan perbetulkan diri sendiri.
Nak tak nak, kita kena berhadapan juga dengan kritikan yang orang lemparkan pada diri kita walaupun tak betul, dan cuba berlapang dada jika dia tak nak terima penjelasan kita.
(bukan semua orang suka kita)

*               *               *

Nak menerima keburukan sendiri bukan senang.
Even kita selalu tanya kawan-kawan kita,
"korang rasa aku ni ok ke? xde ke nak tegur apa-apa?"
Tapi kawan kita tak membalas. Dan kita kecewa.
Kononnya kita sedih orang taknak ke tegur kot2 part kita salah.
Sebenarnya Allah tahu, kita tak mampu.

"Nak offer diri terima teguran orang tentang kelemahan diri sendiri tu, perlu kekuatan. Dengan niat betul2 kita nak perbaiki diri sendiri."
"Sbb saat kita tau apa kburukan kita di mata orang, kalau hati tak kuat, memang menangis. sebab kita x nampak kelemahan yang orang lain nmpk" 
Cuba bayangkan kawan kita tegur, agaknya boleh lapang dada ke?
Entah-entah makin kita tarik muka.
Ego diri masih belum cukup rendah untuk terima.

Kalau nak cuba, try minta housemates beritahu keburukan kita.
Cuba tengok setakat mana kita mampu terima.
Sebab housemates la orang yang paling banyak bertahan dengan karenah kita, dan orang yang paling kerap kita jumpa tiap hari, cuba lah berdepan dengan orang yang mengutuk kita ni sekerap mungkin. Kalau kita ok, maksudnya kita tiada masalah ego.

Hakikatnya, jika kita sentiasa sedar diri ini tak bagus, tidak egoistic, tidak defensive, tidak denial, setiap apa yang kawan kita cakap, walaupun bukan mengenai kita directly, kita akan terus refleks diri sendiri.

Bukannya bersikap defensive bila orang tegur secara general. Dan akhirnya bila orang tegur dan kutuk objectively to kita, baru tahu tinggi ke rendahnya langit.

Apabila sahabat beri nasihat dalam group, aku menjadi defensive menyatakan aku banyak post tentang seminar sebab nak orang ada kesedaran untuk menghargai borang muhasabah, untuk orang tahu kerja aku bukan aku nak sangat;




 Apabila orang tegur directly kepada kita (post fb penat buat borang muhasabah adalah untuk orang ada kesedaran untuk isi tapi ada orang meluat juga rupenye haha);


Sebenarnya bagi sesetengah orang, apa yang kita buat tiada salahnya.
Dan mungkin pada orang yang menegur sebenarnya x salah pun, cuma dia meluat.
(bukan semua orang suka kita)

Aku hanya mampu menangis, memikirkan benda sekecil tu pun jadi isu (?)
Tak sangka atas muka bumi ni, sebab benda sekecil ni pun orang benci kita.
Sekecil benda yang kita rasa x salah pun.
As i said before, expectation kills. (bukan semua orang suka kita)

Dan pada saat itu, kita kena sedar, setiap makhluk atas bumi ini berbeza-beza.
Ada yang rasa benda tu x salah, ada yang rasa benda tu salah.
Sedangkan ulama' pun berkhilaf.
Ada orang suka kita update status sebab dia suka membaca (especially perempuan dan family sendiri), ada orang meluat budak ni suka sgt cerita semua benda (especially lelaki).
(bukan semua orang suka kita)

Atas kita untuk membuat pertimbangan dengan waras.
Cuba perbaiki mana yang boleh dan patut diperbaiki.
Cuba meneruskan hari-hari mendatang dengan memberi yang terbaik tanpa mengharapkan orang membalas dengan terbaik juga.
Cuba menebalkan muka nak menghadap orang yang mengata kita, melarikan diri dari orang yang meluat dengan kita, cuba menjaga hati sendiri untuk tidak disakiti lagi.
Cuba set dalam minda, berhati-hati dalam setiap perbuatan kita sebab x semua orang suka dengan cara kita.

Kadang-kadang, aku harap aku duduk dalam gua.
Sebab tak larat nak memuaskan hati manusia.(bukan semua orang suka kita)

 Dan sebenarnya, untuk menelan dan menghadam keburukan diri, untuk tidak membunuh identiti diri dan mula memandang negatif kepada penegur, cara terbaik ialah dengan menyerahkan semua daripada Allah. Bila kita kita kembalikan semula pada Allah, hati itu akan tenang.

Ya, teguran ini sebenarnya dari Allah. Bukan dari orang tu pun sebenarnya.

Aku ingin menjadi orang yang mentally-strong.
  • Mentally strong people don't waste their time and energy thinking about the problem, instead they focus on creating a solution.
  • Mentally strong people don't hide their mistakes or make excuses for them, instead they use them as opportunities for self-growth.
  • Mentally strong people view failure as proof that they're pushing themselves to the limits in their efforts to reach their full potential.
  • Mentally strong people know that true change takes time and they're willing to work hard to see results.

Aku akan cuba nak perbaiki diri, Tapi cuma satu permintaan aku;
Kalau benci dan meluat dengan aku, sila lah benci dan meluat sorang-sorang, jangan sebarkan kebencian dan kemeluatan itu pada orang lain. Kalau tahu aib aku, beritahu lah aku, tak perlu sebarkan aib itu pada orang lain. Kalau tahu kesilapan aku, tegurlah aku dengan niat untuk membetulkan aku, bukannya untuk memuaskan hatimu. 
Ah, saat aku menulis ini, mata berkaca lagi.
Menggigit bibir.
Menahan sakitnya hati, pedihnya rasa ini.
Bila terpaksa berhadapan dengan pandangan buruk semua orang terhadap aku.
Semua orang tahu dia tak suka aku.
Semua orang mengata aku.

*               *               *

Ala kulli hal, kita sebagai mukallaf ini, tetap perlu membuat pilihan.

"setiap orang ada kebaikan dan keburukan. terletak atas kita nak pilih untuk lihat kebaikan atau keburukan dia :)

begitu juga atas bumi ada benda baik dan buruk. atas kita nak ambil atau bercakap tentang benda baik atau benda buruk :)

lebih2 lagi sebagai mukallaf, atas kita nak pilih buat dosa atau buat pahala." 
Semoga Allah terus menutup aib aku hingga selepas melepasi mahsyar kelak.

nota kaki: aku dah set dalam minda bukan semua orang suka aku. bukan untuk membunuh identiti aku, tetapi untuk membuat aku berhati-hati dan tidak membina expectation yang akhinya membunuh aku. the bigger the expectation, the bigger the disappointment.

"boleh je nak kutuk aku kat belakang, aku tahu dah aku x disukai orang" bisik hati aku sebelum klik butang 'save'.

22:15
7 FEBRUARI 2015
ISKANDARIAH, MESIR

No comments: