December 12, 2011

mungkinkah terhenti?

malam ni saya tak dapat tidur nyenyak..
fikiran berkecamuk, otak tak dapat berhenti berfikir..

salah saya ke?
nak tanya lagi? ye salah saya la!
nak salahkn siapa lagi?

malam ni saya rasa sangat nak putus asa..
putus asa untuk berdakwah, untuk menasihati dan mengingatkan..
kerana kata-kata saya yang sungguh tidak berhemah
dan kerana itu, orang dah tak mahu dengar nasihat saya..

kebenaran itu sgt perit untuk ditelan..
dan the truth is mulut saya memang direct, kata-kata saya memang tajam
tapi kalau saya tak cakap macam tu, smpi bila awak takkan terasa dengan silap yang awak buat

saya cakap tgjwb kecil tak boleh dipandang remeh!
ya, kalau x camna nak pegang tggjwab yg lebih besar?
sampai bila nak tak nak buat kerja?

tapi saya?
saya rasa saya tak mampu dah nak jaga hubungan dgn org terdekat.
adakah mampu sy menjaga hubungan jika menjadi seorang pemimpin nanti?

saya tahu saya tak sehebat ex-pemimpin kamu.. saya tak pandai berkata-kata seperti dia, orang semua tak diam masa saya berkata-kata, orang tak respect..
saya minta maaf, saya patah hati nak pegang jawatan yang perlu menghandle banyak hati..
saya tak layak, sila pilih orang lain, terima kasih atas sokongan..


Allah, kuatkan aku :"(
memang jalan dakwah ini tak mudah..
mungkinkah perjalananku terhenti di sini?

p/s: tolong, saya perlukan kata2 semngat, saya hampir putus semangat. T.T saya patah hati :'(

December 6, 2011

Taubat sang pemalas


“Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!” kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
“Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah,” saya memberi semangat.
“Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?” tanyanya kepada saya tanpa diminta.
“Kenapa?” saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
“Saya kasihan tengok orang macam ustaz!” ujar beliau.
“Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa lebih seronok daripada mendengar ceramah. Bukankah erti hidup pada memberi!” saya menjawab.
“Betul tu. Cuma saya terfikir sesuatu. 20 orang pelajar yang sepatutnya belajar, bertungkus-lumus menjadi AJK mengatur program. Banyak susah payah yang terpaksa mereka hadapi. Mereka kena mesyuarat untuk cari idea supaya program ini menarik perhatian dan tidak stereotaip. Mereka kena fikir bab makanan dan jamuan. Mereka tak cukup tidur dan keletihan…” kisah anak muda itu.
“Itu kan bagus. Latihan dan peluang mendapat pahala” saya mencelah.
“Itu baru mereka. Ustaz pula kena buat persediaan. Buat macam-macam slaid. Tinggalkan isteri, tinggalkan anak-anak. Musafir jauh-jauh. Nak kata sebab duit, saya yakin berapa sangatlah duit yang ustaz dapat. Tapi ustaz datang juga. Dan ceramah berjam-jam dengan penuh semangat” sambungnya lagi.
“Rutin yang menyeronokkan” saya menyelit.
“Semuanya kerana nak bagi orang macam saya ni sedar. Dapat ilmu, dapat petunjuk. Berpuluh-puluh orang malah beratus yang bersusah payah untuk saya. Tiba-tiba saya lebih selesa lepak di bilik main game atau tidur sahaja. Ustaz rasa patut tak Allah bakar saya dalam Neraka kerana malas dan degil saya?” soalnya dengan nada serius.
“Allah Maha Pengampun” saya menjawab.
“Maha Pengampun kepada orang yang tidak pernah minta ampun?” tanya anak muda itu.
Saya terdiam.
“Pada saya, setiap kali ada program di kampus, ada 1001 pengorbanan yang berlaku untuk menjayakannya. Golongan yang tak endah dengan program itu adalah manusia yang kufur nikmat. Kalau nanti masuk Neraka pun, semua orang akan kata, memang patut pun! Sebab itu saya takut ustaz. Saya janji pada diri sendiri untuk tidak lagi mensesiakan majlis ilmu terutamanya yang diatur khusus untuk orang macam saya. Kaum pemalas!” katanya.
Antara sedih dan terharu, hinggap pula di hati saya perasaan lucu.
“Tahu takpe!” hati berkata.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

December 5, 2011

saya belum bersedia

bismillahirrahmanirrahim...


sedang membuat nota histo, tapi tergerak nak type post, mungkin disebabkn respond2 sahabat pd post fb sy, sy belum bersedia..


banyak perkara saya belum bersedia!
yang paling penting, saya belum bersedia untuk menghadapNya :( terasa diri tak cukup bekalan, tetapi apa2 pun boleh berlaku kan? pemergian allahyarham illham elani sangat terkesan di hati.. gurauan rakan-rakannya jugak menusuk menyebakkan dada, siapa sangka ketidaksediaan kita tak dipedulikan malaikat maut, bila tiba masa kita, kita akan pergi jua..

saya juga belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar..
ada orang akan fikir, tanggungjawab sebagai isteri, ada orang fikir tanggungjawab sebagai ketua, macam macam lah yang orang fikir..
saya tak pasti adakah ketidaksediaan saya ini hanya dibayangkan bisikan hati yang hanya menidakkan :(
memang benar orang kata, bila dah tercampak dalam situasi dan tanggungjawab itu, kita akan belajar dengan sendirinya..

tapi,


saya tak rasa saya dah menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang solehah dan taat padaNya..
saya juga belum sempurna menjalankn tggungjawab sebagai seorang anak yg solehah, call mak pun jarang2..
belum menjadi seorang ahli beit yang memudahkan ahlibeitnya yang lain,
belum menjadi sahabat yang sentiasa mengingatkan sahabatnya kepadaNya,
dan saya masih belum pandai mengawal emosi 
serta bermacam-macam lagi perkara yg belum bersedia


maafkan saya, saya belum bersedia..
AJKT mahupun SR adalah terlalu berat buat saya untuk masa ni.. seriously, sy bimbang tak mampu nak jaga ahli2 di bawah saya, saya bimbang tak dapat amar makruf nahi mungkar dalam kalangan mereka, saya bimbang bila saya ada kuasa, sy masih lagi hanya mampu membenci dgn hati dan bukkanya dengan tangan, saya bimbang orang sekeliling saya yang bakal berkongsi hak mereka dengan orang lain yang berganda-ganda ramainya.. sgt risau dapat nak tunaikan hak2 semua :(


doakan saya :(


p/s: terkesan dengan kata-kata sahabat
Saban petang ibunya akan membawa Muhammad Al-Fateh ke tempat yang tinggi menghadap arah Konstantinopel, kemudian ibunya akan berkata:“Wahai anakku, di sana terdapat kota Konstantinopel. Dan Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah anakku, engkau lah orangnya” 
Kitalah yang perlu menggerakkan diri kita, mengangkat diri kita ke tahap yang boleh mengubah suasana, merasa bertanggungjawab dan melakukan sesuatu untuk ummah.Salahuddin ke-2 itu tiada.Yang ada hanyalah kita.
saya akan cuba menyediakan diri, betul kata kak nawwar, benda takkan tersedia dengan sendirinya.. :( 

December 3, 2011

i care!

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menderma darah buat kali ke 2..
yg pertamanya ketika di plkn dulu, dapat juga menderma 2 pack , sy tak tahu berapa liter..
yang bestnye dapat excuse tak payah pegi kawad, weeehee~

pernah 2 kali selepas itu sy direject sbb sy tak cukup umur, masa tu kt shopping mall jalan ngn kgkwn2, rasanya masa tu lg seminggu je nak cukup 18tahun.. haha
then, kat ksp pun x lepas sbb Hb x cukup..

dah byk kali lalu kt lobby mousah tu, tgk org arab derma darah..
xde nampak pulak dak melayu derma darah..
hari tu sy tnya org tu, dgn gembira dy ajak sy menderma..

nak dijadikan cerita, punya lah gembira budak2 egypt ni kan, x sudah-sudah cakap jzkk..
mungkin sbb saya berdarah O, so sy rasa macam rugi kalau sy x menderma :D hehe
dapat jumpa dengan 3 org kuat ASM..
pdhal dorg x tahu sy ni kuat mengambil dr mereka.
dapat juga saya memberi kepada mereka akhirnya..
salah seorg drpd mereka beri sy ayat ni, dr surah al-Maidah, cerita tentang Qabil membunuh si Habil

"bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya" [5:32]

jzkk buat sahar abou ella, terasa bermakna sumbangan ni :)

saya bersyukur kerana diberi kesihatan daripadaNya untuk menyumbang..
selama ni saya rasa saya hanya menyumbang dr sudut mental tp dr sudut fizikal tu jarang sekali..
bila dapat beri darah tu, rasa wah gembiranya!
pada mulanya agak risau sbb macam2 cerita sy dengar,
jarum besar lah, kne infection lah,
takut juga dapat hepatitis ke kan, tp kalau dah tu nasib Allah tentukan kat kita apa boleh buat kan..
dan jarumnye xde lah besar pun cuma dorang kurang proper tp ok je, sy x nangis dan menjerit pun. =.="

buat masa ni, saya masih berkira-kira untuk mewasiatkn pendermaan organ selepas saya mati nanti..
rasa mcm ok je, tp mcm x sggup kena tanam x cukup sifat..
tp sebenarnya bila kite menderma, adalah juga pencen kubur untuk kita bila dah mati nanti ye.. inshaAllah!
aaaaaaa, tak tahu lg nak derma organ ke tak! organ ntah cantik ntah buruk..
ntah lung dah antracotic dah, ntah heart AS dah byk dah, ntah liver buruk sbb byk makan junk fook, plus kidney yg dah teruk sbb makan MSG byk.. =.=
huu~ semoga Allah beri kekuatan..

p/s: jom simpan pencen kubur ! tak dapat memberi byk, sedikit pun alhamdulillah :)
sesungguhnya tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang dibawah
= tgn yg mberi itu lebih baik drpd tgn yg mnerima :D

p/p/s: jom share sebanyak mungkin :) sharing tu kan caring! :P