July 21, 2011

mungkinkah?

bismillahirrahmanirrahim...



bila melihat video yang dipost ust hasrizal, risau juga rasanya..
andai ramadhan kali ni, tak mampu mengtransformasi diriku..

ramadhan ni, sengaja ku taknak balik malaysia..
kerana ku tahu, jika aku balik msia..
yang aku akan buat hanyalah tidur dan menonton tv
paling baik pun taknak buang masa dengan pergi kelas menjahit baju, teman ayah ke klinik dan hidang juadah berbuka ayah dan tarawikh bersama keluarga..
dulu, berazam juga sehari sejuzu'
syukur juga punyai adik lelaki yang turut berazam sama..
yang boleh ku jadikan pembakar semangat untuk sama2 berjuang mengkhatam alQuran..
yang juga jadikan cabaran untukku untuk menghafal surah lebih drpdnya..
alhamdulillah, ku punya dia di sisi ku, untuk tasmi' hafalan ku..
walaupun surah2 pendek, aku tetap BELUM mampu nak istiqamah..
kadang2 adikku lebih bagus drpd aku..
takpelah, mungkin kehebatannya menjadi pemangkin untuk diriku..

tahun ni, memang sengaja aku nak berpuasa di sini..
untuk beraya di perantauan tak menjadi masalah padaku
tapi nak berpuasa di negaraku yang menjadi mushkilah..
terpaksa ku korban raya untuk puasa.. takpelah kan :)

ramadhan kian dekat, pada awal2 ni memang kita semangat sangat..
nak buat itu ini, tapi akhirnya tak istiqamah
risau juga, org kata rejab dan syaaban itu bulan persediaan..
tapi, sebab exam yang sungguh melalaikan..
aku yakin aku tak dapat nak buat persiapan menyambut ramadhan..
dan aku risau, ramadhan ku kali ini tak bermakna lagi..
tarawikh, sedekah, mambaca Quran... bagaimana agaknya..

ade lagi lebih kurg 10 hari..
aku perlu start hari ni juga...
kurang yang lagha!
kurangkan berkata2, kerana dalam itu pasti punyai kritikan dan kutukan..
kurangkan online, kerana dalam itu pasti punyai maksiat dan kelalaian..
kurangkan makan banyak lepas berbuka, sebab bila tido kekenyangan, susah nak bangun qiam..
kurangkan maksiat pancaindera! kurangkan dari sekarang!!
kalau tak ramadhan nanti mesti tak beri apa2 makna..
nauzubillah~

kuharapkan 3 minggu berRamadhan di mesir, cukup kuat untuk beri kesan pada minggu Ramadhan ku yang terakhir kerana aku mungkin tak akan berada di mesir, malah di negara yang kurasa kurang tarbiahnya.. ku risau, perkara duniawi di minggu terakhir itu bakal melemahkan semangat ku untuk mencari malam alQadar.. ya Allah, permudahkan, permudahkan, ya Allah permudahkanlah..


ya Allah, berikan kekuatan pada kami.. jadikanlah Ramadhan yang akan datang sebagai titik permulaan transformasi hati ini...

yang paling ku risaukan, sempatkah aku menemui Ramadhan ni? ataukah mungkin Ramadhan kali ni adalah Ramadhan terakhir bagiku ?

Allahumma balighna ramadhan...Allahumma balighna ramadhan.. Allahumma balighna ramadhan..

July 15, 2011

spirit boosted

bismillahirrahmanirrahim...

baru lepas call mak...
seperti biasa, telinga ini sentiasa menjadi pendengar setia keluhan mak..
amie tak mampu nak buat apa2 untuk mak..
walaupun amie hampir menitiskan air mata
amie tahan juga taknak nangis kat depan mak...

amie doakan mak sentiasa kuat menghadapi hari2 mendatang
amie harap mak sentiasa sabar dalam menjadi seorang isteri yang solehah
amie nak doa pada Allah, tempatkan mak dalam syurga Allah..

bila diingat balik pengorbanan mak, rasa sayu sangat..
kadang kadang amie hanya rasa kehadiran mak aje..
amie tiap2 kali bila bercerita tentg kepayahan hidup mak, mesti sebak..

amie sedih, sebab amie dekat sini, tak mampu nak beri yang terbaik untuk mak
amie sedih, dalam hidup amie yg senang lenang kat sini, amie lupa mak bersusah payah kat sana..
amie sedih, amie terlalu gembira di sini sampai terlupa dekat mak disana..

amie janji, this will be my last one..
lepas ni, amie tak nak enjoy enjoy lagi..
amie nak kumpul duet banyak2, nak bawak mak n tam pegi rumah Allah..
lepas ni, amie dah tak nak boros2 dah..
amie nak simpan duet untuk mak..

maafkan amie sebab tak menjadi anak solehah untuk mak, kadang kadang terlupa penat lelah mak untuk amie, selalu contact mak bila masa nak exam je.. selalu sangat on9 sampai lupa nak belajar, sampai lupa tanggungjawab amie dekat mak...

remuk hati amie bila mak cakap, mak dah tak lama kat dunia ni..
amie belum bersedia nak lepaskan mak..
amie nak jadi anak solehah..
anak yang sentiasa menyumbang pahala untuk mak nanti..

mak, kuatkan hati.. isteri yang solehah itu, janjinya syurga..
semoga Allah sentiasa menganugerahkan pahala buat kesabaran mak..
semoga Allah beri hidayah dekat orang sekeliling mak, supaya mak tak perlu menanggung dosa mereka yang ingkar perintah Allah..

ya Allah, berikan kekuatan pada mak, tempatkan mak dalam golongan orang yang sabar dan ikhlas.. permudahkan setiap urusannya.. bantulah mak.. tempatkan dia dalam syurgaMu...amin

p/s: luahan hati mak spirit booster paling kuat, terima kasih ya Allah :)

no one anymore

bismillahirrahmanirrahim...

kali ini, saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara yang sebenarnya normal ataupun "3adi" dalam bahasa ammiyah dalam kehidupan kita... bile melihat status kawan di facebook, dan mendengar luahan hati sahabat di skype, serta mengalami sendiri situasi ini, seriously memang takkan dapat nak lari dari keadaan ni.. sapa2 pun akan alami..

suatu benda yang pasti akan terjadi ialah, bila seorang wanita tu dah bernikah, orang yang paling perlu ditaatinya adalah suaminya..

ya, saya tak nafikan kenyataan ni.. syurga wanita di telapak kaki suaminya..

tapi yang sedihnya, syurga tu bukan di kaki pakwemu, neraka adalah!

dia tak tahu yang kawan dia dah berkorban macam macam untuk dia, yang dia tahu dia gembira pakwe dia ada bersama dia..
saya sendiri pernah melaluinya.. serius kecik hati dengan kawan yang tak tahu menghargai penat lelah kita.. untuk dia jugak tu!
kita sanggup gadai masa, gadai wang, gadai tenaga untuk dia..
tapi bila pakwe dia datang, dia pandang sebelah mata je dengan kita...

ingat tu, pakwe awak tu bukan suami awak..
ingat tu, sekali awak buat macam tu kat kawan awak, sampai bile2 pun berbekas dalam hati kawan awak tu..
ingat tu, jangan sampai hubungan dgn pakwe yg baru setahun jagung merosakkan hubungan dengan kawan baik awak yang dah bertahun2 tu...

pesan saya, jangan sampai kawan awak tu takde di sisi awak pada masa pakwe awak tinggalkan awak! baru padan muka awak! memang puas saya gelakkan awak..hahahahhaaaa~

p/s: saya tahu saya pasti akan kehilangan awak juga, lebih2 lagi bila awak dah mendirikan rumah tangga..kerana saya juga pasti berbuat begitu... selamat tinggal !

July 6, 2011

apa sudahnya?

bismillahirrahmanirrahim..

sebelum sibuk diri dihimpit silibus yang belambak, ku selitkan juga kesempatan waktu ini untuk menyatakan sedikit pendapatku...
mengenai masalah, atau pun kekeliruan yang membelenggu kebanyakkan sahabat2ku..

musim ini, tahun ini, sangat banyak berita gembira ku terima..
ramai yang mula dirisik, ramai yang mula ditanya tanya statusnya
ramai yang sudah berani menyatakan hasrat di hati
dan semakin banyak hati hati yang sudah mula terpaut...
dalam pada itu, semakin ramai yang buntu
patutkah ya, atau patutkah tidak?
patutkah terima atau patutkah tolak?
patutkah itu dan ini?

bila kita dirisik, lebih lebih lagi dengan orang yang kita agak pasti..
agak pasti memenuhi ciri2 peneman hidup yang mithali
agak pasti mampu mencorak anak2 untuk menjadi penyambung dakwah
agak pasti mampu memudi satu keluarga ke arah syurgaNya..
pasti tak sanggup untuk meluahkan kata tidak..
lagi lagi bila si dia tak mengucapkan kata yang pasti
yang hanya diungkap hint hint yang tak semestinya jadi..

ramai juga yang bertanya pendapat diriku yang tidak seberapa ini,
cuma sedikit pesanan dari akal yang cetek..

bila dirasakan tak dapat nak penuhi hajat dalam waktu terdekat ini,
lebih baik dirahsiakan sahaja rahsia hati
kelak bila dihebahkan, bakal memakan diri..
nikah tak dapat, yang bertambah maksiat hati....

mudah saja, bukan kita tak boleh berusaha..
yang penting, istikharah dulu..
jawapan Allah itulah jawapan yang pasti..
walaupun hati tertarik dan pasti, kalau Allah kata tidak, maka tidaklah ia..
Dia dah aturkan hidup kita dengan sungguh cantik sekali
Dia dah tetapkan yang paling sesuai untuk kita
mungkin bukan hari ini, mana tahu esok hari?
mengapa masih ada keraguan dalam diri?

fikir-fikirlah kebenaran ibu bapa dan penaja..
jika kita dah tahu orang itu dan ini tak benarkan kita nikah di tahun 2
mengapa mesti diikutkan sangat naluri yang muda
sedangkan mereka yang lebih tua itu, jauh lebih mengerti

jika tidak diizinkan oleh Sang Pencipta mahupun orang tua dan penaja,
berehatlah sebentar, bukan bermakna langkahmu terhenti
cuma perlu sabar menanti waktu yang bukan masa ini..
simpanlah perasaan itu hingga akalmu benar2 mampu memilih mana yang baik dan buruk

sungguh, jika akalmu kini mampu berfikir
takkan kau sanggup menanggung masalah sebelum kau temui penyelesaiannya..

memang kadang2, tertariknya dan cintanya kita pada dia, rasa nak diluah2kan sahaja
tapi, jika ibu bapa dan penaja tak izinkan,
buat apa diluah semua itu sebelum tiba waktunya yang sesuai?
konon nak cop? alahai, kalau dah jodoh tak ke mana lah =.="

bila diluahkan isi hati, menyampaikan perasaan suka pada si dia,
tapi tak dapat pun keizinan nak kahwin pada tahun ini,
bukankah kita menjerumuskan diri dalam masalah yang sebenarnya kita boleh elak?
mengapa sengaja mencampak diri dalam maksiat yang sebenarnya, jika kita sabar sedikit, boleh diselesaikan dengan pernikahan?

sabarlah wahai hati hati sekalian..
jangan terlalu pantas mengucap kata..
bimbang hati itu dan hati ini, terus terpaut walaupun masih belum punya ikatan yang sah..
bimbang dalam waktu kamu menanti hari2 bahagia, dalam saat itu terselit perkara2 yang dimurkaiNya..

apa apa pun, saya cuma meluahkan pendapat
bersabarlah, hujung tahun depan inshaAllah dah boleh mulakan langkah..
jangan tarik sahabat2 ku ke dalam masalah iman..
nak kata tidak, sebenarnya mereka pun berat
dah orang nak, xkan nak tolak kan :D
ku bimbang sahabat2ku lalai lalu terheret dalam kisah ciptaan kamu..

fikirkanlah wahai sahabat yang mempunyai masalah seperti ini..
bersabarlah, jangan tergopoh gapah,
lantas melontar diri sendiri ke dalam masalah yang belum pasti apa sudahnya..

KALAU BELUM PASTI, JANGAN NAK BERANI BERANI

-kuatkan fikir, tingkatkan zikir :)

note penting : ini bukan cerita diri saya, terima kasih :D