bismillahirrahmanirrahim..
saya juz nak kongsi tazkirah yg disampaikan dalam lecture hall hari tu..
gile byk jugak saya membebel.. sume diam je sebab bosan kot dengar ,, hehee..
tazkirah ni sy dapat hasil dprd pngumpulan tazkirah yg saya sendri dapat dpr ustz2 n website2 ..
eg: ustz hasrizal (saifulislam), ust pahrol(genta-rasa), ust fairuz tamjis dll...
semoga dapat beri pengajaran kepada semua termasuk diri saya...
----------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu."Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah s.a.w menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (Hr Abu Dawud dan Ahmad)
· Siapa yang tak takut mati?
· Semua orang takutkan mati kan?
· Tapi kenapa kita tak beramal seperti kita akan mati?
· Kenapa? Sebab cinta kepada dunia itu lebih dan mengalahkan takutkan mati..
Allah berfirman: "Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." ( Al-Hadiid :20)
· Dunia hanya tempat untuk diuji keimanan kita.. tempat persinggahan… dunia tempat menyemai dan akhirat tempat menuai hasilnya …
· Akhirat itulah yang kekal.. tapi x ramai yang ambil pengajaran.
· Kenapa? Kerana nikmat dunia telah mematikan hati kita..
· Tujuan utama hidup kita adalah AKHIRAT!
· Kita selalu fikirkan hal dunia yang x pasti.. ( kahwin x pasti, jadi dtkr x pasti, hidup bpe lame pun x pasti)
· Jom fikirkan satu benda yang PASTI berlaku.. iaitu mati..
· Sebaik-baik penasihat ialah kematian
· Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh.
Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Orang yang sempurna akalnya ialah mereka yang selalu memperbaiki dirinya dan beramal untuk bekalan mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah mereka yang selalu menurutkan hawa nafsunya, tetapi berharap keampunan Allah tanpa amal.
· Cuba muhasabah, yg mana 1 kita? Yg sempurna akal / yg bodoh?
· Firman Allah s.w.t:
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka. Mereka yang tertipu itu tempatnya di neraka Jahannam dan mereka tidak akan mendapat tempat lain untuk lari darinya. (an-Nisa’:120-121)
· Kebalkah kita dengan api neraka?
Contoh seksaan :
(“Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.” ( kisah rasul s.a.w ketika peristiwa isra'nya)
· Nak ikut lagi ke jejak langkah syaitan?
Allah s.w.t berfirman: “ Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar” (Ali-Imran:142)
· Ubat ? : kezuhudan pada dunia. hiduplah berpada-pada..
· bekerjalah umpama kita kan hidup selama2nya & beramallah seumpama kita akan mati esok J
Allah swt dah ingatkan,
· BERTAUBATLAH! BERTAUBATLAH!
“dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung”(an-Nur:31)
· Jika Allah suruh infakkan rezeki pd jalanNya, kenapa kedekut sgt?
· Jika Allah suruh tutup aurat, tapi kenapa pakai baju ketat2?
· Jika Allah suruh berbuat baik sesama manusia, kenapa kita masih dengki even dengan roommate kita?
· Sedar ke banyak dosa yang kita dah buat?
Firman Allah “dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong” (azZumar:54)
· Kita work hard untuk exam sebab kita confirm tarikh nak exam..
· tapi mati x konfirm, sepatutnye kita perlu sentiasa bersedia.. nak tunggu tau bila tarikhnya, x mungkin..
· Kita masih punya waktu.. kita masih punya peluang.. hidup hanya sekali dan akhirat itu yang pasti!
“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri meraka sendiri” (ar-Ra’d:11)
· Mengapa keraskan hati sedangkan hidayah itu sudah nyata di depan mata? Kenapa ikutkan hati sedangkan akal yg betul?
Allah s.w.t berfirman : “Maka tidakkah mereka menghayati al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?”
· Atau adakah sebenarnya kita tergolong dalam golongan yang hanya mengingati Allah tatkala senang?
“ dan apabila manusia ditimpa suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat, kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmatNya kpada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah” (Ar-Rum:33)
· Nak ke kita jadi macam umat terdahulu? Atau kita nak ambil pengajaran dari kisah mereka?
(Fatir:37) “ dan mereka berteriak di dalam neraka itu, “ Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka, nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu.” Dikatakan kpd mereka, “bukankah kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir bagi orang yang mahu berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi ingatan? Maka, rasakanlah azab Kami, dan bagi orang2 yang zalim tidak ada seorang penolong pun”
· Perubahan itu bukannya satu pilihan tapi satu kemestian!
· Knapa nak tangguh perubahan sdgkn ia 1 kerugian?
“ kitab alQuran yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat2nya dan agar orang2 yg berakal sihat mendapat pelajaran..”(Sad:29)
· Kitalah yang berakal sihat tu?
· Tapi sejauh mana kita hayati AQ?
· Sejauh mana kita ikut hukum2 yg Allah tetapkan dalam AQ?
Pengajaran :
· Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
· sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati…
renungan : hati yang bagaimana hendak kita present pada Allah di akhirat kelak? Tepuk dada, tanyalah iman…
semoga kita terdiri dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat drpdNya…
-------------------------------------------------------------------------------
* takut sebnanye nak bg tazkirah ni sebab diri saya sendri x betul.. tp ni lah tajuk first yg memang sy nak bagi... bila dilihat pada diri sendri.. memang x layak, sebab banyak yg kurang pd diri ini..
Allah x suka orang yg cakap apa yg dia x kerjakan.. ya ALLAH, bantulah aku.. x dapat nak rasa kemanisan iman ni macam dulu.. lekanya aku... huhuuuu~
ya Allah, cenderungkanlah hatiku kepada MU....
1 comment:
thx for sharing..
Post a Comment