April 8, 2010

kau x maafkan aku?

bismillah..

haish, mahu dilepaskan saja rasa geram di hati ini...
geram bersabar dengan orang yang pentingkan diri ni..

kamu kecik ati dengan orang tu..
kamu ingat dia x kecik hati dengan kamu?

kamu hanya pikir hati kamu je..
kamu x fikir hati orang lain?

kamu menilai ape yang orang sumbang..
pernahkah kamu nilai ape yg kamu sumbang?

kamu hanya nampak orang lain yang buruk..
kamu tu lawa sangat ke?

kamu sedar mulut orang tu jahat..
kamu ingat mulut kamu tu x jahat?

kamu duk kutuk2 orang tu..
ingat diri kamu tu baik sangat?

kamu cakap orang x faham kamu..
ade kamu cuba fahami dia?

kamu x suka orang tu..
bajet orang tu suka kamu?

takde orang kat dunia ni nak dibenci..
termasuklah KAMU!
tapi kalau kamu semua benci dy, nescaye dia akan terus dan sengaja buat kamu benci lagi kat dia.

memang manusia tu pelupa..
apabila menyesal, kerap kali TERbuat semula kesalahan tu..
tapi fahami orang lain sebagaimana kamu mengharap orang lain fahami kamu..

letaklah diri kamu pada situasi mereka..
selami kepayahan mereka...
hayati usaha mereka..
jangan hanya tahu menilai tapi mengerti perasaan mereka..

"cuba fahami orang tanpa mengharapkan orang faham kita"
ye, saye akui..
sangat perit..
terseksa menelan pehit jerih yang orang lontar pada kita..
takpe, kalau kita di pihak yang benar, teruskan..
jika memang benar itu silap kita, telanlah walau sepahit mana pun..
kerana terselit jua kemanisan di celah2 kepahitan tu..

memang kadang2, hanya kita yang faham orang..
orang tu x sedar pun kita dah banyak bersabar dangan dia...
tapi ingatlah, "sabar itu sebahagian daripada iman "
pupuklah sabar itu..
kerana sesungguhnya, memang payah untuk penui kehendak semua orang..
Allah kan ada untuk kita mengadu..
berdoalah agar Allah lembutkan hatinya..
doa agar Allah kuatkan hati kita..

dan....
tidak maafkan seandainya mereka sudah meminta maaf..
siapalah kita untuk sombong dan bongkak dengan diri sendiri?
sedangkan nabi juga memaafkan ummatnya, apatah lagi kita yang hina ini..

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.
sumber :www.iluvislam.com
walau sedalam mana pun hati kamu terluka..
maafkan lah...
indah jika kita memaafkannya sebelum sempat dia meminta maaf..
lebih indahnya jika kita maafkan semua orang sebelum tidur..
mungkin hari esok bukan milik kita, siapa tahu..

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)

begitu juga, jika kita sudah berjanji pada Allah..
sedangkan dgn manusia pun, kita dilarang memungkiri janji..
malah, salah satu ciri2 orang munafik..
ni kan pula janji dengan Allah..

janji dan bertaubat x ingin mengulangi kesalahan..
jika buat lagi, itu maknanya bukan taubat nasuha..
bukan taubat sebenar2 taubat..
sedarlah kita semua, janji dgn Allah jangan dibuat main2..
antara pemilik dan hamba..
hinanya kita.. tidak sedar diri hamba ...
sesuka hati melanggar janji..

peluang masih terbuka, bertaubat lah..
pohon lah maaf jika rase anda bersalah..
jangan beratkan mulut..
ikhlaskan hati..
jangan di mahsyar kelak, mula tercari2 sahabat untuk minta maaf..
sedangkan kita sudah tidak mengenali anta satu sama lain..

mohonlah taubat selagi nyawa masih di badan..
selagi kiamat belum tiba..

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

jangan di dalam kubur nanti, baru tahu merintih meminta tolong..
jangan di neraka kelak, baru mula tahu nak mohon ampun dari Allah..
tiada siapa yang dapat tolong kecuali Allah..
andai kita lupa Allah sekarang, pasti Allah akan lupakan kita nanti..

wallahu a'lam...

No comments: