April 23, 2010

sayang kamu ♥

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, terbuka juga hati untuk menulis blog untuk sekian lama menyepi..

Xde la lama rasanye.. tp sebab kekangan masa kerana exam dan factor intrnet yg amat tidak memuaskan serta malas yang tiba2 menyerang diri ini, post slalu ditaip separuh jalan sahaje.. tiap kali idea datang, time tu la ade perkara yg tidak mengizinkan.. betullah, kita hanya merancang tapi Allah yg menentukan J

Hari tu, ade giliran sahabat saya bagi tzkirah dalam lecture hall, dy tnye pndapat sy tntg tjuk tzkrhnye..

Oleh sebab sy belum menzahirkan idea ni, sy pun bg la dy idea tu dgn harapan semua yg saya nak ckp kat blog ni dy dah smpaikn dlu.. tp nak jugak wat post ni sbab ade lg mnde lain yg sy nak cerita..

Kali ni saya nak ulas semula kata2 sahabat saya tu.. jeng3.

Tajuk : sayang

Oleh : dr amie jalil :D

Saya sayang kawan saya yg bernama A.. saya sayang dia sangat2.. hari tu kami bertekak sebab berebut kerusi kat depan dlm lecture hall..

Amie: nak duduk sini..

X : erm.. xtaw la ade org ke x..

Amie : A, nak duk seblah kau..

A : owh, ni tmpt untuk B.

Amie : owh, fine la korg. Sume tmpt ade org duduk… aku duk sni la..(tmpt sblh X td)

A serba salah pulak.. padahal sy merajuk main2 je.. T.T

A : amie, meh la duk sini, biar B duk sebelah sane sikit..

Amie : xpe, aku duk sni je..

A : jom la!

Amie: aku ckap xpe, xpe la..

A : SINI LA!!!!!

Amie : suke hati aku la nak duduk sini !!

X smpai seminit, air mata saya mengalir dek ditengking A.. siyes sedih.. org keliling dah kecoh tgk sy menangis.. A tgk saye nangis, A pun berpaling dr saya dan menangis..

Alamak, 22 nangis pulak! Hahaaaa…

Org sume dah pelik2.. x lame kemudian sy pegi jmpe dy, duk sebelah A..

Amie: A, sori.. aku bukan sedih sebab x dpt tmpat duduk ni.. aku sedih sebab kau tengking aku td..

A : aku xde niat pun nak tengking kau.. aku tkut kau marah kat aku sbb x bg tmpt duduk..

Amie : siyes aku x marah pun x dpt tmpt duduk tu.. aku sedih kau tengking sbb aku tgh berusaha xnak bagi org sakit hati dgn aku.. tu yang aku sedih sngat bila kau tengking aku.. aku xnak kau marah kat aku.. sori..

A: aku pun mintak maaf.. aku x tgking, aku pun tkut kau marah..

p/s : A, saya sayang kamu J


ni baru kawan, belum ibu yg merajuk dengan kita.. belum pacar yang merajuk atau marah, gerenti menangis2 melutut minta maaf, mesti sanggup buat apa saja nak mendapat maaf si dia..


kalau dah sayang,

mesti x sanggup nak kecewakan si dia kan..

mesti xnak buat si dia sedih atau marah dengan kita..

mesti berusaha bersungguh2 nak menyenangkannya..

mesti rela renang lautan api walaupun mustahil.. hiperbola sungguh!


Kalau dah cinta,

Mesti dah x kisahkan dunia ni lagi..

Mesti dah x kisah ape org nak cakap..

Mesti dah x kisah nak langgar batas agama..

Yg penting hati dan perasaan si dia..


Cuba kta fikir, sejauh mana cinta dan sayang kita pd Allah?

Pernahkah kta terus bertaubat bila buat dosa?

Kadang2 xde pun sekelumit rasa bersalah atas dosa yg dibuat..

Mana pergi sayang kita pada Allah?

Mana hilang cinta kita pada Allah?


Hati sedih mengecewakan manusia, tapi mengapa tidak sedih mengecewakan Allah ?

Bermati2an memohon maaf dr kekasih, tapi mengapa sombong untuk memohon maghfirahNya?

Jiwa gusar kekasih tidak memaafkan kta, tapi mengapa tidak resah Allah x maafkan kita ?

Sebab pintu taubat masih terbuka sehingga kiamat? Begitu?

Sebab Allah maha pengampun, jadi? Boleh taubat bila2 je?

Jahilnya akal ini, sombongnye hati ini, hinanya hamba ini..

Orang kata, x sedar dek untung..


Mari muhasabah cinta kita pada Allah…

Sepantas mana bibir mengucap astaghfirullah,

Seikhlas mana diri memohon ampun,

Segundah mana hati tatkala diri melakukan dosa..

Sejauh mana pengorbanan kita demi hukum2 Allah..


Cuba fikir2kan..

Sesungguhnya Allah x pernah melupakan kita, kita aje yg lupa padaNya..

Ingatlah cinta Allah itulah segala2nya..

Dan untuk mendapatkan cintaNya, kita perlu cinta padaNya..


Bila dah susah baru tahu nak kembali padaNya..

Bila dilanda masalah baru tahu minta tolong Allah..

Even lepas breakup baru tahu ingat Allah!

“ ya Allah, sakitnya hati dikecewakan …”

“ ya Allah, smpai hati dia menduakan aku”

“ ya Allah, bantulah aku untuk melupakannya”

X sedarkah dalam kita melakukan kemungkaran, Allah x tarik pun nikmatnya termasuklah udara yng kita hirup ni..

X sedarkah betapa pengasihnya Allah?

Bongkaknya manusia, senang sungguh kita ditewaskan syaitan…


Memetik kata2 seorang senior

“ it’s easier to please Allah than to please people, which one would u choose?”

Mudah je jawapannya, memang ada orang sukakan adventure..

Tapi masing2 boleh fikir jawapan yang terbaik..

Cuma hati ni terlalu bongkak untuk mengiyakan jawapan akal yang waras..

Bak kata sahabatku,

“ kenapa hati yang selalu menang padahal terang2 akal yang patut menang?

Bukan selalu akal menang kan?”


Peringatan untuk diri sendri dan sahabat handai..

Ingatkanku tatkala aku lalai, tegurku di kala aku silap..



Ya Allah, semaikanlah cinta kami terhadapMu, suburkanlah sayang kami terhadap agamaMu..

Sesungguhnya engkau yang berkuasa memegang hati2 kami.. amin ya Rabb…

April 12, 2010

selalu ke?

bismillah...

how often do we recite alQuran?
more often than commenting on fb?


semalam dapat tazkirah letter dr akak sc..
suka sangat tajuk surat kali ni..
tentang kerajinan kita membaca alQuran..

nak buat blog ni pun kne pke cepat2...
so that minutes that i spend on blogging is less than reciting alQuran..
hahaaa..

jom muhasabah..
sejauh mana menghayatan kite pada ayat2 Allah..
sejauh mana dekatnya kita pada wahyu2 Allah..
sejauh mana cintaNya kita pada panduan hidup kita ni...

kita selalu rigid pada benda dan amalan yang baik..
kalau kerja yang x berfaedah tu la yg selalu dibuat..

facebook setiap hari..
tengok movie setiap malam..
shopping setiap minggu..

TAPI...

puasa hanya bila wajib..
baca alQuran hanya pada setiap hari jumaat..
sedekah hanya pada bulan Ramadhan..
solat jemaah pun hanya mase solat jumaat (bagi lelaki)
yang perempuan, nak jemaah pun xtau bila kan...

itulah manusia..
yang baik tinggalkan..
yang buruk x pernah lupa...

itulah manusia..
semakin disuruh, semakin ditinggalkan..
semakin dilarang, semakin dibuat..

mengapa? saya pun tertanya2...

berbalik pada kisah...
sejauh mana cintanya kita pada alQuran?
seperti kasih kepada ibu bapa?
seperti cinta pada kekasih?
seperti sayang kepada sahabat?

kenapa mesti nak tunggu masa tertentu untuk baca alQuran?
kenapa hanya nak baca selepas habis solat?

akak tanya, kalau nak tunggu teksi kan boleh baca..
nak tunggu lecturer pun boleh baca..
nak tunggu sape2 pun boleh baca...

saya x sedar pun masa ni terbuang macam tu aje..
sedih3...
kalau x, sempat je nak lepas bace 1/2 muka..
lame2 mesti dapat khatamkan..

teringat pesan seorang sahabat yang menghadiahkan senaskhah alQuran kepada saya..
" alangkah bagusnya kalau kita dapat sentiasa membawa alQuran kemana2 sahaja sebagai identiti kita seorang muslim,
sebagaimana kita sentiasa membawa kad pengenalan... "
maaf kawan, saya hampir terlupa pesanan awak tu..
terima kasih kawan...


mari kawan2 semua..
jom tambah amalan..
jom siap2 sedia untuk bertemu Allah..
jom ambil pengajaran daripada alQuran..
semoga mendapat syafaatnya kelak..

“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”

(Hadis riwayat Muslim)

jom cuci hati kasi licin dan berkilat..
sekarang selalu nmpk maksiat merata2...
xkan nak biar hitam legam kan?

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

ya Allah, semaikanlah cinta kami kepada alQuran..

April 8, 2010

kau x maafkan aku?

bismillah..

haish, mahu dilepaskan saja rasa geram di hati ini...
geram bersabar dengan orang yang pentingkan diri ni..

kamu kecik ati dengan orang tu..
kamu ingat dia x kecik hati dengan kamu?

kamu hanya pikir hati kamu je..
kamu x fikir hati orang lain?

kamu menilai ape yang orang sumbang..
pernahkah kamu nilai ape yg kamu sumbang?

kamu hanya nampak orang lain yang buruk..
kamu tu lawa sangat ke?

kamu sedar mulut orang tu jahat..
kamu ingat mulut kamu tu x jahat?

kamu duk kutuk2 orang tu..
ingat diri kamu tu baik sangat?

kamu cakap orang x faham kamu..
ade kamu cuba fahami dia?

kamu x suka orang tu..
bajet orang tu suka kamu?

takde orang kat dunia ni nak dibenci..
termasuklah KAMU!
tapi kalau kamu semua benci dy, nescaye dia akan terus dan sengaja buat kamu benci lagi kat dia.

memang manusia tu pelupa..
apabila menyesal, kerap kali TERbuat semula kesalahan tu..
tapi fahami orang lain sebagaimana kamu mengharap orang lain fahami kamu..

letaklah diri kamu pada situasi mereka..
selami kepayahan mereka...
hayati usaha mereka..
jangan hanya tahu menilai tapi mengerti perasaan mereka..

"cuba fahami orang tanpa mengharapkan orang faham kita"
ye, saye akui..
sangat perit..
terseksa menelan pehit jerih yang orang lontar pada kita..
takpe, kalau kita di pihak yang benar, teruskan..
jika memang benar itu silap kita, telanlah walau sepahit mana pun..
kerana terselit jua kemanisan di celah2 kepahitan tu..

memang kadang2, hanya kita yang faham orang..
orang tu x sedar pun kita dah banyak bersabar dangan dia...
tapi ingatlah, "sabar itu sebahagian daripada iman "
pupuklah sabar itu..
kerana sesungguhnya, memang payah untuk penui kehendak semua orang..
Allah kan ada untuk kita mengadu..
berdoalah agar Allah lembutkan hatinya..
doa agar Allah kuatkan hati kita..

dan....
tidak maafkan seandainya mereka sudah meminta maaf..
siapalah kita untuk sombong dan bongkak dengan diri sendiri?
sedangkan nabi juga memaafkan ummatnya, apatah lagi kita yang hina ini..

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.
sumber :www.iluvislam.com
walau sedalam mana pun hati kamu terluka..
maafkan lah...
indah jika kita memaafkannya sebelum sempat dia meminta maaf..
lebih indahnya jika kita maafkan semua orang sebelum tidur..
mungkin hari esok bukan milik kita, siapa tahu..

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)

begitu juga, jika kita sudah berjanji pada Allah..
sedangkan dgn manusia pun, kita dilarang memungkiri janji..
malah, salah satu ciri2 orang munafik..
ni kan pula janji dengan Allah..

janji dan bertaubat x ingin mengulangi kesalahan..
jika buat lagi, itu maknanya bukan taubat nasuha..
bukan taubat sebenar2 taubat..
sedarlah kita semua, janji dgn Allah jangan dibuat main2..
antara pemilik dan hamba..
hinanya kita.. tidak sedar diri hamba ...
sesuka hati melanggar janji..

peluang masih terbuka, bertaubat lah..
pohon lah maaf jika rase anda bersalah..
jangan beratkan mulut..
ikhlaskan hati..
jangan di mahsyar kelak, mula tercari2 sahabat untuk minta maaf..
sedangkan kita sudah tidak mengenali anta satu sama lain..

mohonlah taubat selagi nyawa masih di badan..
selagi kiamat belum tiba..

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

jangan di dalam kubur nanti, baru tahu merintih meminta tolong..
jangan di neraka kelak, baru mula tahu nak mohon ampun dari Allah..
tiada siapa yang dapat tolong kecuali Allah..
andai kita lupa Allah sekarang, pasti Allah akan lupakan kita nanti..

wallahu a'lam...

April 7, 2010

ikhlas ?

bismillah...



ikhlas ?
ada apa dengan ikhlas?
kadang2 hati ini sering terfikir..

ikhlas ke hati ini berubah kerana Allah?
ikhlas ke aku buat amalan ni?
ikhlas ke aku belajar?
ikhlas ke aku berdakwah?
ikhlas ke semua yang aku buat kerana Allah ?
ikhlas ke aku????????????????????????????????????????

apa tujuan aku tutup aurat ni?
apa tujuan aku tulis blog ni?
apa tujuan aku bina ukhwah?
apa tujuan aku belajar?
apa tujuan aku hidup ni??!!

ikhlas ke hati kita?
ikhlas? betul ikhlas?
betul ni x terlintas sikit pun rase riak?
xde? betul?
cuba muhasabah sikit..
x takut ke ? Allah kan tahu semua..
xyah nak tipu..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad-jasad kalilan dan tidak juga kepada rupa-rupa kalian akan tetapi Allah melihat kepada hati-hati kalian (dan amalan-amalan kalian)” (HR. Muslim)

so, macam mane?
Allah x suka orang yang riak..
buat amalan sebab orang, bukan sebab Dia..
Allah x suka orang yang berpura2..
amalan baik hanya apabila di depan orang lain..
siapa yang tntukan amalan kita diterima ke x?
Allah ke kawan2?

Biarlah buruk kat luar tp
cantik di dalam..
cantik hatinya..
cantik imannya..
ikhlas lillahi taala :)

so amie, cuba muhasabah diri tu sikit!
ikhlas ke tidak?
xkan nak biar amalan kau sia2 je?
smbhyg tonggang tonggek x dapat ape2..
nak ke?
puasa tapi cuma dapat lapar dan dahaga?
berbaloi ke?

macam mane nak ikhlas?
ikhlas tu kena pupuk..
mula2 memang terpaksa..
tp alah bisa, tegal biasa...
teringat kawan sekolah dulu..

"amie, dulu aku ingat lagi kau pakse2 suruh pkai stokin..
punye la aku benci gile..
tapi lame2 bile dah terbiase, aku rase x selesa pulak bila x pakai stokin"

alhamdulillah...
tapi...
bila aku nak rase macam tu?
risau bila solat bukan di awal waktu...
rase x senang duduk bila x pegang quran..
x sedap hati bila x solat sunat..
rase jauh bila x bangun qiam...
bila? bila amie?
nak tunggu kau dah tua ke amie?
ntah2 x sempat nak tua...

bongkaknye hamba ini..
sering lalai..
aku perlukan sahabat yang memanduku ke arah Ilahi..
hadirlah kamu semua sebagai pendorongku ke arah Allah..
jangan kau tinggalkan aku sesat..
kelak akan ku tarik kau masuk neraka sama2 aku..
sebab dulu kau x hiraukan aku...

ya Allah, ikhlaskan hati2 kami untukMu..
sesungguhnya Engkau yang memegang hati2 kami ini ...
bantulah kami..
agar mampu berpegang pada janji2ku pada Mu..
agar ikhlas beribadat keranaMu..
agar ikhlas hidup di dunia akhirat sebagai hambaMu..

“ Jangan Ya Allah.. Kau palingkan hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami. Tetapkanlah hati kami untuk terus menerus membela agamaMu. Jangan Kau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekadar sekelip mata atau kadar yang lebih cepat daripada itu…………….”

kawan, jom sama2 muhasabah dan saling mengingatkan :)
ingatkan ku andai ku lalai...
bantu aku untuk ku hampir padaNya...