tika saya menaip post ni, saya baru shja mndapat berita ..
berita satu lagi pemergian sahabat kami dari universiti tanta..
Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar Malaysia Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan telah meninggal dunia selepas jatuh daripada tingkat 4 sebuah apartmen di Iskandariah tengah malam tadi. Mangsa berasal daripada Sabak Bernam Selangor. Pelajar berkenaan merupakan pelajar Tahun Satu, Perubatan Tanta. Jenazah Ahmad Sarhan telah dibawa ke hospital dan menunggu untuk dibedah siasat pagi esok. Puan Nor Zakiah, Atase Pendidikan JPMK Iskandariah dan Tn. Hj. Idris Mastor, pegawai MARA di Iskandariah berada di hospital untuk membuat pengecaman ke atas jenazah mangsa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.
sumber~jpmk
sumber~jpmk
serius, saye sangat terkejut..
kerana berita itu mampu mencelikkan mata saye sendriri yang sedang lelap tido..
satu rumah digegarkan dengan berita kematian pljar tahun 1 uni tanta di iskandariah !
semua pelik macam mana boleh di Alex? kenapa ini dan kenapa itu?
wallahu a'lam..
kelmarin, ketika saye study di library uni alex,
dapat berita prof embryology kami meninggal dunia..
kemudian, seorang sahabat mendapat sms tntg pemergian syeikh uni al-azhar..
mlm tu kami bace yassian untuk 4 org saudara seislam kami termasuklah arwah nenek n atuk saudara sahabat2 kami..
seorg sahabat mengingatkan kami,
" para ulama' tidak mengharapkan pun kta bace yassin untuk dia, tapi dia harap2kan kita sambung perjuangannya.. "
semua mengangguk2 je tanda faham.. terdiam sebab terfikir mampukah nak smbung perjuangan para ulama' dlam erti kata yg sebenar..
saya amat terkesan dengan berita2 ni.. sebab mndpt berita pemergian prof n sheikh slpas mnghntr post T.U.A tu.. n mndpt berita pmrgian shbat tanta slpas hntar post lagu " menanti di barzakh" di facebook..
amie,amie..
Allah dah tunjuk hidayah terang benderang depan mata..
sesiapa pun boleh mati..
bersedia x bersedia tu pandai2 lah pikir sendiri..
malam tadi, kelas tafaqquh bincgkan pasal patung..
Diriwayatkan daripada Abu Thalhah Radiallahuanhu menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang maksudnya:
"Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya gambar (patung atau lukisan bernyawa).’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
ustaz buat lawak..
"kalau letak patung byk2 dalam rumah, malaikat maut xkan masuk dalam rumah.. terlepas la dari mati.."
kami semua tergelak besar..
" sesungguhnya malaikat yang x masuk tu, malaikat rahmat.. malaikat maut akan datang x kira la di mana2 dan bila2 masa.. "
sudahlah rase post untuk kali ni, jam dah 9.30 pagi.. tulat ade paper mcq n essay for final sem..
kena bersungguh2 takut x dapat jawab soalan essay.. mcq boleh tembak2 je kan..
yang lagi penting, ber sungguh2 bersiap2 nak jawab soalan dr malaikat munkar dan nakir kat dalam kubur nanti..
xde pilih dan jawapan, essay semuanya.. kalau fail, dah x boleh repeat!
hanya analogy sahaja untuk mengingatkan diri sendri dan sahabat2..
saya mndapat macam2 pesanan supaya menjaga diri..
"hati2, tremco arab ni bukan boleh percaya sangat "
"jage diri baik2 "
huuu, jage diri baik2? jage sebaik mane pun kalau dah ajal, x dpt lari jugak..
yang penting kena jage amalan baek2 :)
n cepat2 taubat sebelum terlambat...
ok2, kena stop.. semoga kta same2 mengambil iktibar..
semoga Allah menempatkan arwah2 di kalangan orang2 yang beriman.. amin..
nota kaki : rajin2 lah bace surah al-mulk tiap malam macam zaman asrama dulu :) semoga dibantu di alam barzakh nanti..insya Allah
No comments:
Post a Comment