March 27, 2010

b.e.n.c.i !!!

aku benci dia.. aku tak suka tengok & layan dia..
anak manja! ingat semua orang nak ikut cakap dia?
sikit-sikit merajuk.. bajet orang kesah la?

dah la satu dorm ngan aku..
penat la aku nak layan kepala kau..

aku memang x suka nurul..
sinisku tersenyum tatkala terkenang peristiwa aku mengenakannya..
teringat aku pernah menyorokkan kunci lockernya..
gembira aku melihatnya menangis..
padan muka kau.. sape suruh manja sangat..
kunci hilang pun nak nangis..
....................................................................................................................................................................

malam tu, ketika nurul ke tandas, aku dan ika mencuri jam dan kuncinya..
sengaja kami kenakannya..
bukan mencuri, sebab kami pulangkan semula..
cuma bukan pada tempat asalnya..
sengaja kami letak jamnya di dalam lipatan telekungnya di surau...
supaya dia tau ade orang kenakannya..
atau mungkin nak buat dia tercari2 kuncinya pula..
kunci locker nurul kami sorokkan dalam beg dia.
dekat compartment ntuk letak botol air tu..

setelah habis prep, di dorm..
aku lihat dia menceritakan alkisah dia kehilangan kunci locker..
means nurul tiade baju ntuk dipakai esok ke kelas...
setelah lites off, seorang warden datang..
"siti, tolong pinjamkan baju sekolah awk dekat nurul.. kesian dia kunci hilang"
warden minta senior meminjamkan baju kepadanya..
aku pula di satu sudut, mendengar dengan puas..

"hahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, rasakan! "

aku lena saja tidur ketika dia sedang sedih kehilangan kunci..

esok pagi, ketika nurul sedang bertugas menyapu dorm, aku mndekatinya...
"kau x jumpa lagi ke kunci kau?"
"belum"
"kau dah cari kat semua tempat?" aku berlagak prihatin..
"dah tapi x jumpa.."
"meh aku tolong cari kan" timbul rase simpati dalam diri aku..

aku sengaja terbalikkan beg sekolahnya.. " kcing..."
ni ha, ade je dalam beg kau ni.. dah jumpa dah kunci kau..
kau x cek betul2 kot..
nurul berterima kasih pada aku.. padahal aku yang sorokkan, mesti lah aku tau..

*****
sewaktu dah nak cuti raya..
nurul , aku mintak maaf, sebenarnya aku yang sorokkan kunci kau dulu
dulu aku x suka kau, sekarang aku dah suka kawan ngan kau..
nurul geram tapi terpaksa la maafkan aku..
terima kasih nurul :)

...................................................................................................................................................................

aku itu adalah saya semasa form 1..
ye, saya memang jahat..
jangan la nak cari pasal ngan saya..
jangan sampai saya buat something yang zalim.. kih2..

kini saya dan nurul berkawan rapat..
dan dia rindukan saya..
mungkin sebab saya rajin melayannya..
saya tahu abang2 dan parents nye jarang bawa nurul ke tmpat yg sy bawa.. haha
sama2 makan piza, sama2 on9 kat cc, sama2 beraya.. :)

maaf kawan, saya bukan kawan yang baik untuk awak..
saya harap awk betul2 boleh belajar hidup independant macam saya..
saya terima awak sebagai awak, tapi kalau berubah ke arah lebih baik, bukankah itu lebih bagus?
maybe kita berbeza, takpe..
mungkin kehadiran saya memang untuk melengkapkan hidup awk dalam ukhwah ini..

kalau dipanjangkan umur, kita hang out sama2 lg ok :)

kini saya menghadapi benda yang sama.
* susah nak menerima orang*

saya perlu terima ciptaan Allah ni..
Allah jadikan makhlukNya dengan adil..
masing2 dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri..
tidak menerimanya bukankah kita menolak ciptaan Allah?
alhamdulillah, perangai manusia yang macam2 ini cuba saya telan..
menegur dengan harapan mereka berubah...

kawan : amie, aku susah lah nak terima dia lagi..
amie : tak baik, aku pernah rasa macam mana orang x suka kat kita, ape kita cakap dibuat x layan je..muka kita pun dia xnak pandang. xtaw la mane silapnye.. cuba kau letak diri kau kt tempat dy.. mesti sedih jugak..
kawan : ye la, nanti aku try..

hati ini perlu dipujuk untuk menerima dia..
dan perlu menegur dia supaya berubah..
kerana mungkin sikapnya juga mnjengkelkan orang lain..
tegurlah, atas dasar sayangkan sahabat :)
terima lah, agar kita dapat tarik dia sama2 ke arah yang lebih baik..

terfikir juga,
kita x suka orang, macamlah orang suka kita..

kenapa susah sangat nak terima kelemahan orang lain?
maksumkah kita? perfectionist?

biarlah amie, biar orang x suka pun, husnuzzon itulah yang terbaek :)

p/s: it's easier to please the Almighty than to please the people.. so, which one would u choose? (ayat abg akmal)
ada akal, fikir2kan lah :)

March 23, 2010

s.a.y.a.n.g

bismillahirrahmanirrahim..

hati ini sayu..
sedih rasanya..
malam tadi menitik air mataku mengenangkan diri ini..
lalu, terus lena 7 jam...

sedihnya...
sedih bila mengenangkan orang yang terluka..
terluka akibat kata2 dan perlakuanku yang tajam ni..
terasa hati dengan ucapanku yang direct..

bukan niatku nak tegur direct tapi itulah caraku...
bukan niatku nak menyindirmu tapi itulah gurauanku..
maaf kawan...
aku akan cuba nak tutup mulut ni...
akan cuba nak cakap ape yang perlu je...
akan cuba untuk tidak mengambil kesah akan sekelilingku lagi...
akanku cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti kamu lagi...

maaf sahabat..
mungkin aku bukan sahabat yang baik untuk kamu..
tapi sedarlah aku juga punyai hati...
maaf kawan...

maaf semua...
andai mulut ini terlampau lancang,
andai diri ini terlampau jahat..
andai diri ini menyakiti kamu...

maaf seikhlas hati dari amie..
inginku temui seorang2 dari kamu untuk meluahkan rasa salah diri ini..
tapi ku tau, semua x sejahat itu ntuk melepaskan kembali kepadaku...
sekian kalinya, amie mintak maaf!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
seriously sorry for everything went wrong for u..

------------------------------------RENUNGAN------------------------------------------------

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)

Dari Mu’az bin Jabal radhiallahuanhu dia berkata : Saya berkata : Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam surga dan menjauhkan saya dari neraka, beliau bersabda: Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala, : Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji. Kemudian beliau (Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam) bersabda: Maukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu surga ?; Puasa adalah benteng, Sodaqoh akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang artinya) : “ Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”. Kemudian beliau bersabda: Maukah kalian aku beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya ?, aku menjawab : Mau ya Nabi Allah. Pokok perkara adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah Jihad. Kemudian beliau bersabda : Maukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu ?, saya berkata : Mau ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lisannya lalu bersabda: Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk). Saya berkata: Ya Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan ?, beliau bersabda: Ah kamu ini, adakah yang menyebabkan seseorang terjungkel wajahnya di neraka –atau sabda beliau : diatas hidungnya- selain buah dari yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka .

(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Haditsnya hasan shahih)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*** sayang amie...
tak sangka still ade yang sayang aku...
gembiranye kalau semua orang sayang kite...
indahnye kalau semua orang selesa ngan kite...

tapi aku ?
takpe lah kalau kamu x sayang saya...
saye dah sedar diri ni...
betullah cakap suha,
"bukanlah kawan baik kalau xnak terima keburukan kita untuk dapat yang terbaik dari kita"

saya akan cuba sayang semua..
oleh itu, saya akan cuba untuk tidak menyakiti orang yang saya sayang...
so, saya akan cuba untuk diam dan senyum..
amie, berubahlah...
jangan sampai ade hati yang terluka lagi dek lidahmu yang tajam tu...
yaAllah, bantulah amie...

orang cakap saya garang.. ye saye memang garang..
sebenarnye saye serius, so automatically jdik garang..
mintak maaf la kpade sesiapa yang terasa hati ...

p/s: semua x suke lecture hall baru.. saye pun x suke.. tp kena la bersyukur..
but we have our own rights.. hmm, camne ek.. kne la dtg awal nak rebut ilmu yg lbih bkualiti..

March 17, 2010

tido sleep naum :)

alhamdulillah, dah selesai sem 1..
padahal muhafazah2 laen semua dah lame dah habis sem 1..
nampaknye, kitorang lah semakin lambat..
cuti summer pun lambat..

exam tadi sangatlah senang..
ye senang smpai dah blank.. haha
tawakal2.. x boleh balek xpe la..
tp x sanggup nak ulang metabolism itu semue..

semakin lame, semakin diri ini blaja camne nak jadik medical student yg sepatutnye..
semoga modul 4 akan diurus dengan lebih baek..
nak belajar dgn lebih rajen.. hik3..
pastikan tu bukan satu angan2 saje amie!

masuk sem 2 ni, dah kena ready nak carik rumah..
nak carik ahli beit pun satu hal..
nak pindah u kat muwasah lagi..
oh ade karnival sukan pci lg..
ceh bajet tere sukan plak kan.. hahaha
smpai ade orang cakap saye ni kene kuruskan badan..
haha, ade orang lain tegur dah makin slim..
tapi rasenye semakin exam, semakin kuat makan, semakin x control makan..
sebab penat guna otak kan..
spm pun x sesusah ni, x setensyen ni..
haha, mak cakap "xpe x skor asalkan lulus "
mak pun tau blaja medic memang susa..
tp x mustahil pun kan nak skor :)

esok bermulanye cuti 3 hari b4 start sem 2..
nak rehat cukup2, nak kemas rumah, nak basuh beg kasut..
haaa, pastikan tercapai ye amie!

misi : tidur, sleep dan naum :)
tiade keinginan pun nak tgk movie!

March 12, 2010

get ourself prepared before it's too late!

bismillahirrahmanirrahim..

tika saya menaip post ni, saya baru shja mndapat berita ..
berita satu lagi pemergian sahabat kami dari universiti tanta..

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang pelajar Malaysia Ahmad Sarhan bin Ahmad Khan telah meninggal dunia selepas jatuh daripada tingkat 4 sebuah apartmen di Iskandariah tengah malam tadi. Mangsa berasal daripada Sabak Bernam Selangor. Pelajar berkenaan merupakan pelajar Tahun Satu, Perubatan Tanta. Jenazah Ahmad Sarhan telah dibawa ke hospital dan menunggu untuk dibedah siasat pagi esok. Puan Nor Zakiah, Atase Pendidikan JPMK Iskandariah dan Tn. Hj. Idris Mastor, pegawai MARA di Iskandariah berada di hospital untuk membuat pengecaman ke atas jenazah mangsa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.

sumber~jpmk

serius, saye sangat terkejut..
kerana berita itu mampu mencelikkan mata saye sendriri yang sedang lelap tido..
satu rumah digegarkan dengan berita kematian pljar tahun 1 uni tanta di iskandariah !
semua pelik macam mana boleh di Alex? kenapa ini dan kenapa itu?
wallahu a'lam..

kelmarin, ketika saye study di library uni alex,


dapat berita prof embryology kami meninggal dunia..
kemudian, seorang sahabat mendapat sms tntg pemergian syeikh uni al-azhar..
mlm tu kami bace yassian untuk 4 org saudara seislam kami termasuklah arwah nenek n atuk saudara sahabat2 kami..
seorg sahabat mengingatkan kami,

" para ulama' tidak mengharapkan pun kta bace yassin untuk dia, tapi dia harap2kan kita sambung perjuangannya.. "

semua mengangguk2 je tanda faham.. terdiam sebab terfikir mampukah nak smbung perjuangan para ulama' dlam erti kata yg sebenar..

saya amat terkesan dengan berita2 ni.. sebab mndpt berita pemergian prof n sheikh slpas mnghntr post T.U.A tu.. n mndpt berita pmrgian shbat tanta slpas hntar post lagu " menanti di barzakh" di facebook..

amie,amie..
Allah dah tunjuk hidayah terang benderang depan mata..
sesiapa pun boleh mati..
bersedia x bersedia tu pandai2 lah pikir sendiri..

malam tadi, kelas tafaqquh bincgkan pasal patung..

Diriwayatkan daripada Abu Thalhah Radiallahuanhu menceritakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang maksudnya:

"Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya gambar (patung atau lukisan bernyawa).’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

ustaz buat lawak..
"kalau letak patung byk2 dalam rumah, malaikat maut xkan masuk dalam rumah.. terlepas la dari mati.."
kami semua tergelak besar..
" sesungguhnya malaikat yang x masuk tu, malaikat rahmat.. malaikat maut akan datang x kira la di mana2 dan bila2 masa.. "


sudahlah rase post untuk kali ni, jam dah 9.30 pagi.. tulat ade paper mcq n essay for final sem..
kena bersungguh2 takut x dapat jawab soalan essay.. mcq boleh tembak2 je kan..
yang lagi penting, ber sungguh2 bersiap2 nak jawab soalan dr malaikat munkar dan nakir kat dalam kubur nanti..
xde pilih dan jawapan, essay semuanya.. kalau fail, dah x boleh repeat!

hanya analogy sahaja untuk mengingatkan diri sendri dan sahabat2..
saya mndapat macam2 pesanan supaya menjaga diri..
"hati2, tremco arab ni bukan boleh percaya sangat "
"jage diri baik2 "
huuu, jage diri baik2? jage sebaik mane pun kalau dah ajal, x dpt lari jugak..
yang penting kena jage amalan baek2 :)
n cepat2 taubat sebelum terlambat...

ok2, kena stop.. semoga kta same2 mengambil iktibar..

semoga Allah menempatkan arwah2 di kalangan orang2 yang beriman.. amin..

nota kaki : rajin2 lah bace surah al-mulk tiap malam macam zaman asrama dulu :) semoga dibantu di alam barzakh nanti..insya Allah

March 7, 2010

t.u.a

bismillah..

hari ini bukan hari lahir saya untuk saya cakap saya dah tua..
bukan mase birthday je kene ingt dah tua..
mase sedang berjalan.. berfaedahkah masa2 yang sudah berlalu itu?

tika ini,
tika ku melihat gambar2 juniorku,
tika menonton millionaire's first love,
terasa diri ini semakin tua,
tersedar kembali mati itu tidak mengenal usia..

zaman muda2 dlu

alhamdulillah,
hidayah datang tika hatiku baru sahaja dihasut syaitan membuat benda x elok..
nauzubillah~
hatiku belum cukup kuat..
belum cukup kuat untuk melupakan kisah2 silamku..
belum cukup kuat untuk istiqamah..
belum cukup kuat untuk menutup mulut kerana diam itu lebih baik..
masih lemah tiap kali ade senggang..
lemah lagi...

kenapa aku sering lalai?
sering lupa walaupun cakap nak taubat..
kenapa aku selalu ingat benda x elok?
kenapa?????????????????????????

amie, amie..
kawallah hati kamu tu, jangan diikutkan nafsu..
ikutkan akal yang satu tu..
ujian itu jugalah yang mendekatkan diri kte padaNya..

"Sekuat mana pun godaan yg kita hadapi, sebanyak mana pun cubaan yg harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yg kita rasai, sejenuh mana pun hari2 yg kita lalui, jgn pernah berhenti berharap pd Ilahi, jgn pernah berhenti berdoa kpd Rabbi krn hrpn adalah masa depan, krn hrpn adalah sumber kekuatan, krn DOA adalah pintu kebaikan dan krn DOAlah senjata bagi seorang pejuang yg beriman..”

tika ini,
adikku sudah form 5,
aku pula da 19 tahun..
aku sudah tua, tp nak mati belum sedia..

terdetik..
bagaimana kalau Allah tarik nyawa tanpa kita bersedia?
untungnya kalau kita tahu bila kita akan mati..
tapi sanggupkah kita untuk mengetahui yg kita ade pnyakit yg sah2 bwk maut?

bagaimana pula kalau orang2 yang kita sayang sedang menghabiskan sisa2 nyawanya...
pasti x sanggup rasanya melepaskan mereka pergi..
ye, kita kene ready untuk kematian kita dan kematian mereka..

" setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.
- al Anbiya' : 35"

jom ingat mati, mesti dah xnak buat maksiat lagi...
jom bekerja seolah-olah kita akan hidup selamanya,
jom beramal seolah-olah kita akan mati esok.."

semoga kata2 ini juga dapat mendidik hati aku yang sangat degil !!!!!!!!!!!!!!!!!!
maafkan segala kekhilafan diri ini..
maaf untuk mulut, tangan, kaki dan akal yang jahat ini..
maaf untuk semuanya..

* final sem next week :) aja2 fighting!!