January 25, 2015

PCI Di Hatiku.

Bismillah.

Ku mulakan kalam selepas hampir 2 tahun meninggalkan blog sejak 22 Januari 2013.

Begitu banyak perkara yang ingin ku nukilkan.

Post pertama tahun ini, ingin aku kongsikan apa dia target aku di tahun akhir ni, sebagai ahli tegar PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

*     *     *

Ramai sangat orang complained,

"amie ni dah 6th year, x reti nak turun jawatan ke?"

"bagi la chance kat orang lain"

"SPI dia lagi ajk. overly attached! dah tua sgt untuk seminar"

"PROF dia juga.. AMT pun dia juga"


Sebenarnya even aku dah tua, semua chances yang datang ni bukannya aku buat benda yang sama.
Even dah 5 tahun dlm seminar, semua portfolio yang aku buat berbeza2 dan aku diperlukan untuk sama2 guide adik2 untuk jalankan seminar. Bukannya aku x tolak tapi bila diperlukan, kalau tolak rasa selfish pulak.

Untuk PROF, tahun lepas jadi AJK, Tahun ni jadi Fasi je pun.

Untuk AMT, terpilih maybe sebab masa tu x ramai yang datang interview.
Dan salah satu sebab aku masuk AMT is aku nak buat kelas yang terbuka pada ahli lain bukannya ahli AMT je,

Akhir sekali, aku dipilih Allah untuk jadi SU batch. walaupun ada yang anti-amie, tp benda ni datang dengan izin Allah. Yang aku perlu ambil berat ialah untuk melaksanakan tugasan dengan sebaiknya.

*     *     *

Semua perkara yang aku tulis kat atas, ada satu sebab.
Ada satu passion dalam diri aku.

"Aku suka tengok orang dapat develop diri. Walaupun xde la tolong develop pun, tp bila dapat lihat perkembangan dalam diri adik-adik mahupun orang sekeliling tu, bahagia sangat rasanya"

Ya. Bahagia.

*     *     *

Dan misi tahun akhir ni:


"Semoga tahun terakhir ini, endingnya cukup indah untuk kita tinggalkan PERUBATAN pada adik-adik"- kata MTP Aisyah kepada bekas PA-nya.

*sebak*