April 20, 2012

mukallaf

aku seorang mukallaf ; orang yang mendapat taklifan..

semoga ketentuan ini yang terbaik dariNya





اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ 


فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini  lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

April 3, 2012

oh suami...

aku terfikir sejenak..
bagaimana nasib suami kau nanti?

aku termenung memikirkan..
cuba bayangkan, suami kau yang berpenat lelah bekerja seharian..
membanting tulang dan kudrat nak teruskan kehidupan..
pulang ke rumah dengan harapan, rumah tangga menjadi tempat penghilang letih dan penat..

tapi bila sampai rumah,
tengok kau asyik tengok TV,
x masak pun sebab malas,
rumah bersepah isteri duk goyang kaki,
anak-anak sibuk bergaduh sesama sendiri..

rasanya bila suami kau pulang ke rumah, tercapai ke harapannya itu?
balik rumah stress! pergi kerja pun stress!

rumah bukan lagi sebuah rumah
rumahku bukan lagi syurgaku

aduh, bagaimana nasib rumah tangga kau nanti?
bagaimana kalau kau sibuk bekerja dan dia juga sibuk bekerja..
kurang komunikasi antara korang, korang masing-masing penat..
masing-masing mengharapkan pasangan akan memahami diri korang,
sedangkan korang tak terfikir pun perasaan dan situasi pasangan korang tu..
anak pun dah ntah kemana..

*  *  *

kalau ikutkan hati aku, aku pun boleh je nak pentingkan diri sendiri...
tak payah fikir orang sekeliling, biar lantak kau lah..
kau nak makan ke tak, buat ibadat ke tak, nak buat maksiat ke..
mati pun kubur lain lain..
pandai-pandai la mahu hidup!

entry ni aku tulis sebab
aku cuma mengharapkan, ketika aku stress nak fikir masalah ummat,
orang yang terdekat akan datang membantu dan support aku..
untuk selesaikan masalah2 mudah..
bukannya menambah masalah yang sepatutnya tak wujud pun!

aku cuba nak penuhi hak semua orang termasuklah kau..
aku cuba berlapang dada, rajin-rajin buat kerja bila free, taknak berkira soal duit2 ni..
cuba tengok balik diri kau tu?
banyak mana kau sumbang untuk ummat?
banyak mana kau sumbang untuk masyarakat?
banyak mana kau sumbang untuk sekurang-kurangnya orang terdekat?

cuba fikir sekarang, supaya kau tak menyesal..
bila rumah tangga kau musnah akibat sikap penting diri kau tu nanti..

kalau tak mampu nak sumbang untuk ummat, sekurang-kurangnya
jadilah orang kuat di sebalik orang yang menyumbang pada ummat itu..
jadilah ibu dan isteri yang mendukung si suami dan anak yang berjuang untuk ummat!

p/s: maaf!





March 28, 2012

untung genius!

bismillah..
alhamdulillah, result sem 5 dah keluar..
serius syukur sangat sebab expect lg teruk drpd yg dapat..

time practical GU tu, sangat blank!
lg2 jar patho tu, hok mano male, hok mano female pun x dpt beza..
byk careless mistakes..
balik2 practical dah sedoih2 -"worst practical exam ever!"
nak dijadikan cerita, sy ingt genital n urinary gabung markah.
so sy pulun hbis urinary sbb genital terabai..
alik2 markah asing2, tahu cuak!
risau sangat genital yg memang tibai habis!
sbb tu urinary punya makah lg bagus dr genital..
pdhl org lain genital lg hebat..
hahaha.. syukur sgt lulus genital system!!!!

okay, orang cakap, "untunglah genius, tak baca sangat pun boleh dpat markah lebih dr org yg baca sangat2"

mungkin itu kurniaan dan kelebihan yang Allah beri pada saya..
mungkin saya jenis yang baca sekali terus absorb..
ok xpun sebenarnya, sebab ramai lagi yg sekali baca terus absorb..
even ponteng kelas seminggu lebih pun still excell..
sy pulak,
sy kena baca i simplified form, baru mudah nak absorb..
tu sebabnya saya buat nota ye :P

orang kata saya rajin, tp sebenarnya saya pemalas..
sebab saya x baca pun lecture bila dah habis kelas..
dah sebab saya malas, saya kena la overcome malas tu..
orang nampak saya buat nota..
saya buat je nota tu, tp x study pun..
just reorganize dan akan bukak balik malam exam tu..

orang nampak saya asyik duduk depan laptop je..
orang cakap saya ni FBphilic gila.
everytime online fb..
okay saya xde smartphones boleh on9 kat mana2 je..
sekali duduk depan fb memang 2,3 jam baru nak berhenti..
orang x nmpk pun sy study tp result still ok..
ehem, siapa kata saya  x study? siapa kata?
hahahhahaa

bila orang kata rajin , salah
bila orang kata pemalas pun salah jugak..
saya ni jenis study last minute..
mungkin bukan jenis yang akan study dan buat nota everynight and revise lecture hari tu, malam tu jugak
tak tdo selagi x habis baca lecture hari tu..

saya nak ckp sy pemalas, confirm orang xnak percaya ! ahaha
saya percaya, kalau saya rajin lebih banyak, mesti sy boleh excell
tp sbb saya dah set mind "lulus pun ok.... kalau kne repeat, repeat je la.. buku banyak tu xkan sempat nak khatam punya"
so sy xde usaha kuat pun nak buat yg terbaik..
sedangkan time spm, bukan main kuat gila study..
bila masuk med school, makin rilex pulak..

baru saya tahu, kurang saya pada disiplin tu..
masa selalu terlajak buat itu ini..
buat kerja persatuan smpi lupa study..
silap saya smpai menjadi fitnah pada persatuan..

saya sekali2 tidak akan menyalahkan berpesatuan..
yang salah adalah saya..
jeles dgn AJKT yg result masih gempak!
kemahiran hidup dapat, ilmu pun mantap...

segala puji hanya pada Allah, segalanya datang drpd Dia..
semoga aku tak termasuk dalam golongan terkena istidraj..

p/s: doakan saya jadi seorang yg berdisiplin!

March 5, 2012

benci tengok muka kau!

benci lah bila tengok muka dia..

benci benci benci...
 ok, set minda sekarang, xnak dah tengok muka dia!!!!

tapi dia masih tersenyum mesra dengan muka bercahaya... aku tak boleh tengok muka itu..
kenapa?
sebab mata ini allergic sangat! 
aku penat! penat nak bermujahadah :'( penat nak melawan perasaan ni...
dia bukan senyum kat aku pun..
tp muka orang baik camtu, memang tenang dan berbunga hati melihat...
dan akhirnya, aku juga yang kecewa.. bila dah jatuh hati tapi penat sebab syok sendiri...
dan akhirnya terpaksa mengalah sebab tak cukup baik nak dibanding dengan dia...sob3
dan yang penting, sebab Allah dah aturkan jodoh yang terbaik, aku taknak simpan perasaan pada dia sebab kesian dekat bakal suami aku nanti..

 itu sebabnya Allah dan pesan, jaga pandangan tu kan! sebab apa?
sebab DARI MATA, MEMANG AKAN JATUH KE HATI

“Dan katakanlan kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya:Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesunggunya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita beriman : “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya”
(An-Nur: 24:30-31)
semakin kita mengenali dan banyak ilmu tentang sesuatu, semakin bertambahlah kecintaan kepadanya ..
begitu juga jika kita semakin mengenali Allah, para rasul & nabi serta dinul Islam seluruhnya, semakin bertambah-tambahlah kecintaan kita terhadapnya.. :)

 kalau stalk fb orang smpi 20 kali sehari, mana lah tak jatuh cinta pada si dia..
malangnya sebab stalk fb lebih kerap drpd mencari Sang pencipta di dalam solat serta bacaan kalamNya :( 

kalau duk tercari-cari time kuliah/majlis, manalah tak terpaut hati tu!
 argh, jangan dilayan sangat syaitan dan nafsu tu!
mujahadah kuat sikit! Allah janji ganjaran besar and lagi best drpd dia.. hehe
 

 p/s: saya harap Allah tunjukkan kat saya keburukan awak...sob3, sebab sy asyik nampak yg baik2 je pasal awak.. sedih tahu tak bila simpan perasaan tp awak tak tahu pun.haha, *pathetic!*
ok dah, hentikan semua ini, byk benda nak kne fikir!

nah, baca ni!
http://muharikah.com/archives/3083/

February 9, 2012

syadid ikhtilat

banyak yang ingin ku ungkapkan, kesuntukan masa membataskan ...


Photobucket Photobucket

February 6, 2012

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin....

January 29, 2012