aku terfikir sejenak..
bagaimana nasib suami kau nanti?
aku termenung memikirkan..
cuba bayangkan, suami kau yang berpenat lelah bekerja seharian..
membanting tulang dan kudrat nak teruskan kehidupan..
pulang ke rumah dengan harapan, rumah tangga menjadi tempat penghilang letih dan penat..
tapi bila sampai rumah,
tengok kau asyik tengok TV,
x masak pun sebab malas,
rumah bersepah isteri duk goyang kaki,
anak-anak sibuk bergaduh sesama sendiri..
rasanya bila suami kau pulang ke rumah, tercapai ke harapannya itu?
balik rumah stress! pergi kerja pun stress!
rumah bukan lagi sebuah rumah
rumahku bukan lagi syurgaku
aduh, bagaimana nasib rumah tangga kau nanti?
bagaimana kalau kau sibuk bekerja dan dia juga sibuk bekerja..
kurang komunikasi antara korang, korang masing-masing penat..
masing-masing mengharapkan pasangan akan memahami diri korang,
sedangkan korang tak terfikir pun perasaan dan situasi pasangan korang tu..
anak pun dah ntah kemana..
* * *
kalau ikutkan hati aku, aku pun boleh je nak pentingkan diri sendiri...
tak payah fikir orang sekeliling, biar lantak kau lah..
kau nak makan ke tak, buat ibadat ke tak, nak buat maksiat ke..
mati pun kubur lain lain..
pandai-pandai la mahu hidup!
entry ni aku tulis sebab
aku cuma mengharapkan, ketika aku stress nak fikir masalah ummat,
orang yang terdekat akan datang membantu dan support aku..
untuk selesaikan masalah2 mudah..
bukannya menambah masalah yang sepatutnya tak wujud pun!
aku cuba nak penuhi hak semua orang termasuklah kau..
aku cuba berlapang dada, rajin-rajin buat kerja bila free, taknak berkira soal duit2 ni..
cuba tengok balik diri kau tu?
banyak mana kau sumbang untuk ummat?
banyak mana kau sumbang untuk masyarakat?
banyak mana kau sumbang untuk sekurang-kurangnya orang terdekat?
cuba fikir sekarang, supaya kau tak menyesal..
bila rumah tangga kau musnah akibat sikap penting diri kau tu nanti..
kalau tak mampu nak sumbang untuk ummat, sekurang-kurangnya
jadilah orang kuat di sebalik orang yang menyumbang pada ummat itu..
jadilah ibu dan isteri yang mendukung si suami dan anak yang berjuang untuk ummat!
p/s: maaf!
No comments:
Post a Comment