April 28, 2011

kata kau

assalamualaikum...

bukan sekali, malah dah beberapa kali menerima feedback yang sama..
betul kata kawan saya, selagi kita tak mampu bersabar dengan satu masalah tu, Allah akan terus menimpakan masalah tu pada kita sehinggalah kita mampu bersabar dengannya..

saya akui, saya masih belum cukup kuat untuk bersabar..
bukan saya marahkan mereka..
saya cuma sedih sebab mereka tak tahu menghargai usaha orang lain..
senang-senang je mulut mengucap "nak tu","nak ni", "taknak lah, x lawa", "taknak lah, aku dah ada yang lagi best "

kadang2 terlalu senang kita menolak usaha orang lain tanpa memikirkan pengorbanan dia...
sesedap mulut je kita kritik kerja dia..
sesedap hati je kita nak buang hasil usaha dia..

kenapa kita tak letak diri kita pada situasi dia?
tak sedih ke kalau orang tolak mentah2 usaha yang kita buat, semata2 untuk diri dia jugak?
tak sedih ke kalau kite penat2 jahitkan baju kawan kita, dia tolak mentah2 sebab dah beli baju baru ?

daa.. cuba lah fikir analogi ni..
kalau dah sampai siap baju tu dia jahit untuk kita, cuba lah hargai..
mentang2 dah ada baju baru, terus tolak je usaha dia..
duet kain mungkin dia tak kesah, tapi usaha dia tu?
cuba lah hargai...
at least dengan ucapan terima kasih, dan yang paling baik, ucapan maaf!
tak sedar ke kita dah kecewakan dia?

bukan tu aje, kita x sepatutnye meminta-minta macamlah benda yang diminta tu hak kita..
walau ada certain things yang memang hak kita, tapi janganlah minta2 macam lah orang yg memberi tu orang gaji kita..
nak itu, nak ini, tak fikir usaha orang..
susah sangat ke nak ucap terima kasih?
ingat dia tu kuli kita ke?
kalau nak , buatlah sendiri!!!

ok, saya memang kecewa sebenarnya..
atau mungkin saya pernah buat macam tu kat orang lain, terkena sendiri..
memang perlu terkena batang hidung sendri baru tahu macam mana batang hidung orang lain..
atau mungkin Allah nak saya tajdid niat dalam melakukan setiap perkara

tak patut saya sedih sebab biar Allah yang nilai usaha kita kan..
cuma saya nak cakap, saya juga ada hati dan perasaan..

rabbuna yunaggah untuk sahabat2 cairo :) kami menyusul pula selepas ni

wassalam

1 comment:

Naqıyan Anıs said...

menyusul semula? agagaga~
insyaAllah. boleh kita makan besauu lepas ni. eheh =D

xpe amie,jgn dok kecewa sgt.
sikit saja lg kesabaran yg kau perlu tunjukkan pada tuhan,kalau kau berjaya lepas ujian kali ni,insyaAllah,darjat keimanan akan bertambah.

be strong,dan sentiasa memaafkan mereka di sekeliling kita.

(senang utk berkata "memaafkan" sedangkan dalam hati terkesan,tp Allah itu Maha Pengampun,tak salah kalau kita cuba memaafkan hambanya kerana cinta kita kepada Allah)

take care,u oll pun gudluck jugak! ;D