April 19, 2011

HATI HATI !!

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
dalam kebosanan mencari sumber untuk assignment, akhirnya tergerak untuk update blog ni..
banyak perkara yang ingin saya kongsikan sebenarnya, tapi dek kekangan masa (kononnye), x sempat nak berkongsi, sekadar monolog dalam hati..

saya baru usai bekerjasama dengan sahabat2 dalam menguruskan majlis PCI iaitu Program Transisi Kepimpinan...
banyak perkara yang say dapat belajar..
terutamanya cara bermuamalat lebih lebih lagi dengan ikhwah...
sy telah dipertemukan dengan pelbagai jenis manusia..
dan memang sukar kadangkala untuk menerima, tapi alhamdulillah, memang ada hikmah di sebalik setiap ketentuanNya..
mungkin baru sahaja tiba masanya untuk saya bekerja dengan orang yang thiqah sepertinya..
berkopiah putih, menjaga pandangan dan langsung tak mengangkat muka..
mula2, memang bengang kerana merasakan tiada komunikasi yang berlaku..
tapi lama lama, kian dirasakan sungguh berhikmah perlakuan itu..
dan saya yang perlu menerima perubahan dan cuba berubah ke arah kebaikan :)

saya sangat percaya, bahawa SETIAP PERKARA ITU ADA HIKMAHNYA !!!
syukur kepada Allah yang tidak terhingga..
kerana menemukan kami sebuah rumah yang sangat homy..
menemukan kami dengan tuan rumah yang sangat baik hati..
rumah lebih besar dengan harga yang lebih murah...
tuan rumah yang sangat baik dan alim..
sehinggakan kami ditegur kerana berpakaian kurang sopan..
kami dipesan untuk memakan makanan berkhasiat..
tuturnya " i love nutritional advices"
disuruhnya minum greentea sehari 2 kali, kacang 1 genggam, pakai brown sugar, makan whole wheat, makan kurma, makan olive oil etc etc..
(sedangkan ibu bapa kami pn x kesah sangat)
saya percaya semua ini ada hikmahnya..
mungkin lambat atau kita yang tidak sedar.. yang pasti mesti ada hikmahnya.. :)

rumah ini, menimbulkan rasa jealous pada kawan2...
kadang-kadang, saya merasakan, kami x patut dapat rumah ni..
sebab, ada orang lain yang lebih tak mampu patut dapat rumah ni..
tapi, rezeki semuanya ketentuan Tuhan..
mungkin rezeki kami tiada pada masa lain..
ramai yang jealous rumah besar dan harga murah..
ada yang jealous dengan tuan rumah yang baik..
dia tak pakai handphone sebab dia ckp orang ramai menyalahgunakannya,(ops terasa)
dia tak pakai saksi pun masa akad sebab dia cakap "Allahu khair shahidin" (Allah sebaik2 saksi)
dia tak mintak insuran kerana percaya dekat kami ni nak jaga rumah dia elok2..

apa apa pun, saya serahkan pada Tuhan..
mungkin kali ini, rezeki kami.. lain kali, rezeki kamu pula :)
walau kdg kala risau juga dengan masalah rumah yang sukar diexpect...
semoga semuanya kheir , inshaAllah..

nikmat ini juga adalah satu dugaan..
sejauh mana kita bersyukur kepadaNya...
sejauh mana kita tak lupa padaNya..
sejauh mana kita leka daripada mengingatiNya...

kadangkala, Allah sengaja turunkan ujian untuk kita kembali padaNya..
buat sahabat yang ditimpa musibah, sila kuat!
jangan risau, kembalilah kepadaNya..
kerana Dia tempat kita kembali juga akhirnya..
jangan gusar meninggalkan dunia semata-mata untukNya
bersabar dan gembiralah kerana Allah masih sayang pada kita..
Allah tahu semua yang terbaik buat kita :)


nasihat orang memang senang
tapi bila datang ujian kat diri sendiri , memang susah nak buat..
ujian datang bila dapat result exam pula..
sedih rasanya dalam hati.. kecewa dengan diri sndiri..
tapi bila melihat result kawan2 memang patut bersyukur...
saya takut menanti zaman kejatuhan saya..
yang orang duk kata,"setiap orang pasti akan mengalami zaman kejatuhan dia walau sekali"
saya perlu bersedia untuk bangkit andai zaman kejatuhan yang dinanti nanti itu tiba..
saya perlu berusaha dan bertawakkal..

oleh itu, saya perlu segera menyiapkan assignment saya sekarang.. jzkk.. semoga memberi manfaat kepada semua..

N.B :
** Allah itu lebih dekat dengan kita daripada urat leher kita! (jzkk syafaf kerana mengingatkan )

** perlu melupakan apa yang tidak perlu diingat :)

** mari sama sama jaga hati, jangan biar ia dikotori.. lebih lebih lagi dalam proses menjaga hati, banyak sangat dugaan yang menodai..JAGA HATI, JAGA HATI , JAGA IMAN !!!

p/s: ingatkan saya andai saya lupa..

No comments: