February 12, 2011

kusut

bismillahirrahmanirrahim...

pelarian dari egypt unrest banyak memberi pengajaran dalam hidup ini..

erti kesabaran, erti pengorbanan, erti persahabatan dan erti kehidupan...

aku sendiri x faham dengan kehidupan ini...
kadang gembira kadang sedih
memang x dapat dinafikan, iman sentiasa berkurang dan bertambah...

aku bersyukur kerana diletakkan dalam golongan sahabat yang selalu mengingatkanku pada Tuhan...
alhamdulillah, aku berharap aku dapat menjadi seorang sahabat seperti itu nanti..

aku punya sahabat yang punya masalah sama dengan aku..
kami memang sekepala, setabiat dan sependirian...
juga menghadapi masalah yang sama ketika ini!
bezanya kami, dia tak simpan grudge kat orang lain..
aku mengaku, aku memang seorang penyimpan dendam...
dan malanglah orang yang terkena...

kita memang tak bersyukur, sebab tu kita dendam dengan orang lain
kita tak redha dengan ujian Allah, sebab tu nak dengki dengan orang..
dan macam2 lagi sebab2 yg menyebabkan kita x boleh nak terima kelebihan orang lain..

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (alBaqarah:216)

aku perlu belajar menerima kekurangan diri...
aku perlu belajar bersyukur atas nikmat Tuhan...
aku perlu belajar erti redha dengan ketentuan Tuhan...
aku perlu belajar membuang dendam kesumat dalam hati...

siapalah aku untuk tidak memaafkan saudara sendiri sedangkan Allah Maha Penerima Taubat..

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?"
(Surah an-Nur : Ayat 21)

aku dilemma :(
org ckp, people forgive but they do not forget..
boleh x kalau nak forgive and forget terus?

ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus...
ya Allah, leraikan kekusutan dalam kepala ini..
ya Allah, jauhkan hati ini dari hasad dan dengki...

p/s: aku minta maaf sebab mempunyai hati yang jahat :((

jzkk tazkirah !

2 comments:

Izyan Hamizi said...

no worries amie. semua dugaan cabaran yang terjadi mengajar kita menjadi lebih dewasa. nanti insyaAllah pada masa depan bila kita pandang ke belakang, kita akan bersyukur pernah melalui semua ni. bersyukur kita tak pernah lupakan semua perkara tersebut. ^^

syanabel said...

Best nya kalau dapat forgive and forget. Tapi kita insan biasa je. Cakap boleh forgive, hakikatnya susah nak memaafkan apatah lagi melupakan terus :-(