February 17, 2011

nikmatnya di negara sendiri!!!

bismillahirrahmanirrahim...

saya pasti, semua orang merasai apa yang saya rasakan...

pasti semua org rindu kat Egypt..
sebab apa?
sebab kat Egypt, kita x rasa jiwa kita kosong macam kat sini...

kat Egypt, kita takde sape2 untuk kite bergantung..
hanya pada Allah kite mohon pertolongan...
hanya pada Allah kita mohon perlindungan...
tapi,
kat Msia, kita ada keluarga untuk kita bergantung...
kita lupa nak mintak tolong kat Allah...
kita lupa nak ingat kat Allah...

kat Egypt, kita selalu diuji dengan musibah..
kita selalu mintak Allah beri kita kesabaran dan ketabahan..
kita selalu redha dan pasrah atas setiap ujian...
tapi,
kat Msia, kita sedang diuji dengan nikmat kesenangan..
kita lupa nak ucap syukur kat Allah...
kita lupa nak guna nikmat Allah di jalan Allah...
kita lupa langsung nak ingat kat Allah...

kat Egypt, kita selalu dapat peringatan dan tazkirah...
kita selalu rasa ingin memberi...
kita selalu rasa penuh di hati...
tapi,
di Msia, kita dah jarang2 dapat nasihat...
kita selalu rasa kita yang betul...
kita selalu rasa kosong dalam hati...

di Egypt, kite terdedah pada budaya memberi salam..
kita terdedah pada budaya bersedekah...
kita terdedah pada budaya usrah...
tapi,
di Msia...
kalau diri kita sendiri tak nak terus mengamalkan,
jelas menunjukkan tiada kesan amalan2 itu di hati...

yang paling penting...

kalau di Egypt, kita pastinya ada waktu untuk mendekatkan diri padaNya
banyak berzikir, banyak solat sunat, banyak serba serbi amalan sunatnya...
lebih-lebih lagi pada fatrah imtihan..
tapi,
di Msia, masing-masing boleh nilai sendiri sejauh mana amalan di sini jika nak dibandingkan di sana...

peringatan untuk diri sendiri dan semua !

kita sedang diuji dengan nikmat sihat dan waktu lapang..

mari muhasabah!
masa lapang dan kesihatan digunakan untuk ??
- tidur atau qiamullail?
- on9 dan facebook atau face the quran?
- beribadat atau membuat maksiat?

renungkanlah...
insaflah! insaflah! insaflah!

gunakanlah nikmat yang ada dan kesempatan yang ada untuk berbakti pada ibu bapa..
bukannya balik kampung sekadar menambah beban mereka..

astaghfirullah.... astaghfirullah... astaghfirullah...

doakan saya kuat, kerana saya juga akan disoal untuk apa yang saya katakan ini...
ayuh, kuatkan iman!! kuatkan ! kuatkan!!

wassalam

February 14, 2011

berhenti berlari!

bismillahirrahmanirrahim...

setelah mendapat penangan hebat dari along..

aku sedar..
aku tak perlu lari dari masalah...
sebab sampai bila-bila aku xkan belajar cara mengatasinya...

aku sedar..
aku tak perlu fikir benda yang tak perlu difikir...

aku sedar..
aku tak perlu nak kesah benda yang tak perlu aku ambil kesah...

aku perlu sedar diri..
sedar dan tahu membezakan mana yang perlu difikir dan disingkir...

terima kasih along sebab bukak mata amie!
hati kian lega...
walaupun sedikit menyesal sebab duk memikirkan benda yang x penting dalam hidup!
membazir masa, memenatkan otak, menyakitkan hati...
tapi benda2 ni yang mengajar erti kehidupan..

nyahlah kau, x de masa aku nak fikir pasal kau =.="


cakap tu biar serupa bikin lah amie!!!
kau cakap nak itu ini, buatlah cara macam nak itu ini!!
[bengang dgn diri sendiri pulak]

p/s: aku tak perlukan kau! aku ada Dia, sila pergi :)


February 12, 2011

kusut

bismillahirrahmanirrahim...

pelarian dari egypt unrest banyak memberi pengajaran dalam hidup ini..

erti kesabaran, erti pengorbanan, erti persahabatan dan erti kehidupan...

aku sendiri x faham dengan kehidupan ini...
kadang gembira kadang sedih
memang x dapat dinafikan, iman sentiasa berkurang dan bertambah...

aku bersyukur kerana diletakkan dalam golongan sahabat yang selalu mengingatkanku pada Tuhan...
alhamdulillah, aku berharap aku dapat menjadi seorang sahabat seperti itu nanti..

aku punya sahabat yang punya masalah sama dengan aku..
kami memang sekepala, setabiat dan sependirian...
juga menghadapi masalah yang sama ketika ini!
bezanya kami, dia tak simpan grudge kat orang lain..
aku mengaku, aku memang seorang penyimpan dendam...
dan malanglah orang yang terkena...

kita memang tak bersyukur, sebab tu kita dendam dengan orang lain
kita tak redha dengan ujian Allah, sebab tu nak dengki dengan orang..
dan macam2 lagi sebab2 yg menyebabkan kita x boleh nak terima kelebihan orang lain..

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (alBaqarah:216)

aku perlu belajar menerima kekurangan diri...
aku perlu belajar bersyukur atas nikmat Tuhan...
aku perlu belajar erti redha dengan ketentuan Tuhan...
aku perlu belajar membuang dendam kesumat dalam hati...

siapalah aku untuk tidak memaafkan saudara sendiri sedangkan Allah Maha Penerima Taubat..

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?"
(Surah an-Nur : Ayat 21)

aku dilemma :(
org ckp, people forgive but they do not forget..
boleh x kalau nak forgive and forget terus?

ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus...
ya Allah, leraikan kekusutan dalam kepala ini..
ya Allah, jauhkan hati ini dari hasad dan dengki...

p/s: aku minta maaf sebab mempunyai hati yang jahat :((

jzkk tazkirah !

February 10, 2011

res****

susah sangat ke nak hormat perasaan orang lain?
kau ingt aku xde hati dan perasaan?
kau ingt aku tunggul kayu or batu ?
kau ingt aku HEARTLESS ke ha?

kenapa kau x cuba nak letak diri kau dalam situasi aku?
kenapa kau nak terus toreh2 hati aku?
kenape?

February 4, 2011

muhasabahlah


stop denying and recheck ourselves, accept the truth, change for better!!!

sampah

bengang rasanye..

aku bukan sampah yg kau boleh buang dan kutip semula..
aku bukan nye senang2 kau nak kutip balik lepas kau campak aku...
aku bukannye BENDA yang xde perasaan..
aku bukannye boneka yg kau boleh buat main blakon2..


kau ingt aku xde perasaan?
ke kau yg xde perasaan?
tak de sense ke yang kau dah sakitkan hati orang?
pastu datang lagi nak gores luka yg dah nak heal dlm hati aku ni?

pergilah jauh2, jangan datang lagi ..
menyakitkan lagi hati yang sedia pedih..

xyah risau lah, Allah ada nak jaga aku..
aku x perlukan kau lagi..

AKU TAK PERLUKAN KAU!!!!


February 3, 2011

now in egypt

bismillahirrahmanirrahim...

hati ni sering bercelaru..
terpsycho dengan kawan2 yang berebut2 mahu pulang..
terjeles dengan kawan2 yang senang hati melancong...
tercuak dengan keadaan yang semakin teruk ni...

hati ni kalau diikutkan memang nak sangat balik malaysia..
hati ni kalau diikutkan nak je ambil tiket tour winter break ni ke jordan..
hati ni kalau diikutkan nak je suruh mak beli tiket kat malaysia...

kadang-kadang, kami saling menguatkan hati antara kami..
"takpelah, ni peluang seumur hidup nak merasa jadi pelarian"
"kalau macam ni dah takut, macam mane nak berkhidmat kat palestin?"
"x payah la susahkan parents kite kt malaysia tu, ikut je government"
"bukannye xde orang lain dah kat sini, ramai je lagi"

hati ni perlu dikuatkan
perjuangan ini perlu diteruskan

andai Allah tentukan untuk hidup, maka hiduplah..
dan andai mati, maka matilah..
Allah kan tentukan semuanya yang terbaik buat kita.. :)

p/s: sempat ambil gambar demonstrasi aman dari tingkap rumah rakoda, syatbi


N.B : doakan keselamatan kami di sini, jazakumullah khair :)