May 9, 2010

ouch! sakitnye!!

bismillah...

sejak kebelakangan ni, jari2ku yg mulus ini sering cedera..
cewah, mulus konon.. hahaaa

sebab rajin sangat masak kan, tu yang asyik terkena frying pan yg panas itu..
sebenarnye, clumsy! n careless!
nasib baik x timbul blister aka serous inflammation.. hua3

ye, sedarlah diri ini bahawa itu baru api dunia,
belum api neraka..
ya Allah, x sanggup rasanya..

tersedar mungkin diri ini banyak melakukan dosa..
memang sakit itu penghapus dosa2 kecil..
ya Allah, x sedar pun diri ini lalai..
rupanya Allah nak bagi peringatan.. alhamdulillah..

cuba letak jari kat api kalau nak berzina..
kalau tahan boleh la teruskan..
tp siapa yg tahan? siapa?

mari baca kisah ini :)

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina (iluvislam.com)

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah
pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

dulu, ketika diri ini terlalu hampir dengan zina, pernah terasa juga tangan terkena api..
barulah takut untuk berzina lagi..
bersyukur kerana jari terkena api bunsen burner mase buat xperimen..
sakit.. memang sakit..
azab api neraka, x tahulah peritnya macam mana..

ya Allah, hindarkan kami dr azab api nerakaMu ..
jauhkan kami dari perkara yang menyebabkan kami lupa padaMU..

mari fikir2kan dosa2 kita yg akan jatuhkan kita dalam neraka..
mari ingat2 amanah kte semula yang akan tarik kte dalam neraka..
ingatlah seringan2 azab di neraka adalah bagi abu thalib..

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:”Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.”

(Muslim)

wassalam

p/s : rancak buat tutorial.. nak exam dah.. nak balek rumah

hepi mother day ntuk mak.. everyday is my mother's day ! sayang mak <3

No comments: