March 16, 2011

jangan tinggalkan aku

bismillahirahmanirrahim...

jiwa ini merindukan 'kesyukuran yang amat sangat' padaMu...
means bersyukur gila gila
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
lidah ini perlu dilatih untuk tidak menuturkan "nasib baik..."
bukan nasib baik tapi syukur alhamdulillah !!
Dia yang menetapkan segala-galanya buat kita..
bukannye nasib !

sedang dapat menghirup udara dan hidup di muka bumi ini tika ini, masih belum merasai syukur yang teramat !!!
sungguh leka hati ini dengan nikmat dunia...
aku rela diuji dengan mengingatiMu daripada lalai terhadapMu dalam kenikmatan...
jauhkan kami dari istidraj, jangan limpahkan kurniaanMu sedang kami dalam kelalaian...

kemalangan sebentar tadi sangat menusuk kalbu...
lama benar aku x merasai syukur sebegini hebat !
benar kata orang, ujian yang membuatkan kita kembali padaNya...

tersentuh jiwa tatkala mendengar nasihat dari prof dr muhaya di radio masa cuti ni..
" redha dengan ujian dan bersyukurlah atas nikmat.. jangan simpan dendam pada orang lain sebab hati sendiri yang akan sakit... cuba lihat diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain"
lembut hati yang marah bila mendengar kata kata sebegini...

memang diri ini perlu redha kerana kita sentiasa layak untuk diuji..
memang diri ini mesti bersyukur kerana ada orang lebih susah dari kita..
memang diri ini perlu membuang dendam kerana ia akan memakan diri sendiri nanti..
mesti lihat diri sendiri sebelum menuding jari pada diri orang lain...

lama rasanya tidak memuhasabah diri....


diri ini perlu dipersalahkan kerana sungguh tidak produktif !
baru ku faham kenapa kak aindah sangat sedih sebab diri tidak produktif..

sangat merindukan bermacam macam perkara..
rindunya pada sabar, syukur, redha dan macam-macam lagi..
bila agaknya kalian akan terus lekat dalam hati dan tidak akan meninggalkanku lagi..
atau adakah aku yang meninggalkan kalian ???

March 14, 2011

rindu

bismillahirrahmanirrahim...

hati ini merindu kesabaran yang pernah bersamanya ketika dahulu..
di mana kau pergi wahai sabar? kembalilah..
kerna ku tak mahu tersinggung hati-hati mereka yang tidak bersalah :(

maaf andai mulut ini terlalu lancang..
kesal sungguh kerana sangat berat untuk meluahkan maaf itu...

andai aku marah lagi, tegurlah, tanyalah..
kenapa aku marahm agar aku tersedar dari unconsciousness yg tak disengajakan itu...

ya, buatlah macam apa yang elly buat...
"kenapa awak macam marah td amie?"

gulp.. lantas ku segera hulurkan maaf...

maaf semua.. sorry mak n ayah.. sorry semua :(
aku sangat merindukan kesabaran yg menghilang..

-------

detik kian tiba..
akim mengaku padaku, "akim rasa bila akak dah xde, baru rasa sedih "
aku menjawab " tu lah, orang cakap duk menjawab"

aku sedar, ape yg akim buat tu, aku ade buat kat orang lain..
bagaimana harus ku diam andai perkara hak perlu ditegakkan?
bagaimana harus ku tutur ayat yang tak menyinggung hati mereka....

-----

maaf kawan, aku tak nak penghargaan, aku cuma nak dihargai...
maaf mengecilkan hatimu kerana kamu mengecilkan hatiku...
bersabarlah wahai amie, biar dia sedar sendiri pengorbananmu suatu hari nanti...

*dilemma :(

March 1, 2011

tinggalkan dia!

bismillahirrahmanirrahim...

lega rasa hati...
kerana dapat membuang beban dalam hati ini..
dulu, memang perit nak buang beban tu...
tapi, org tua2 dah cakap, alah bisa tegal biasa...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
diberi kekuatan olehNya untuk menghadapi semua ini...

walaupun kadang2, memori itu masih ada, tapi kesannya dalam hati makin berkurang..
terima kasih ya Allah :)

* * * * *

hati manusia memang busuk...
hanya melihat keburukan orang lain tanpa memikirkan kelemahan diri sendiri..
rasa diri dah cukup baik untuk berubah?
tidak memikirkan kelemahan diri untuk diperbaiki..

remember, what we give, we'll get it back..
kalau kite rasa kita disakiti, mungkin kita ade menyakiti hati orang lain..
kalau kita rasa kita dikhianati, mungkin kita ade mengkhianati orang lain..

the point is, cubalah letak diri kita di tempat mereka dan fahamilah mereka...
jangan menghukum org, biar Allah yg balas semuanya di akhirat kelak :)

* * * * *

ramai yang mengadu bosan duduk kat rumah...
ye ke bosan?
buat lah sumthing yg memberi manfaat pada semua...
agar x membazir duet kerajaan atau biasiswa sendiri yg membawa kepulangan kita ke msia..

masa itu, jika tidak diisi dengan perkara yg mendatangkan hasil, memang membosankan...
sy mengaku, kalau saya dah start tgk cerita korea, memang dah x ingat dunia dah..
duduk je dlm bilik, mengadap laptop,, haish, lagha betul..
hak2 orang rumah hampir terabai..
nasib baik dah habis dah =.="

cakap perlulah serupa bikin !
kalau dulu konon nak buat itu dan ini, pastikan kite buat bila dah tiba waktunya !
jangan jadi macam saya..
dulu konon nak berkhidmat untuk orang rumah, nak masak ini dan itu, nak belajar masak asam pedas la..
tp cuti dan dekat 20 hari, xde progress pun !
setiap waktu itu berharga!
maka, hargailah ia !!

* * * * *

saya ada seorang kenalan...
lelaki yg berusia lingkungan 30-an...
sedang mencari calon isteri...

pernah disuarakannya untuk berkahwin dengan orang asli, sebab boleh dapat tanah..
"huh? apekah?"

saya nak suruh dia betulkan niat kenapa ingin berkahwin...
kerana jika niat itu tak tercapai, maka gagallah institusi prkahwinan itu nanti...

jika diniatkan kerana harta, kecantikan dan ape2 keistimewaan duniawi, maka nantikanlah kehancuran rumah tangga itu kerana ia tidak kekal...
sedarlah, matlamat perkahwinan itu untuk mendekatkan diri pada Allah..
sahamnya ini kekal hingga ke akhirat :)

semoga Allah memberi hidayah kepada kenalan saya..

* * * * *

saya rindu kawan saya..
kawan yang selalu mengingatkan saya kepadaNya...
setiap perbincangan, dia akan pastikan tidak sia-sia.. mesti disusuli dengan jalan penyelesaiannya...
saya harap awak x pergi, sebab saya masih perlukan awak di sana...
untuk menasihati saya, di kala saya buntu..
untuk menjadi perantara saya dengan Dia..

walaupun saya dikenali dengan seorang yang kuat membantah,
tapi, bila saya berkata-kata dengannya, saya x boleh nak bantah mcm mana sy bantah orang lain..
sebab apa yg dinasihatinya, bersumberkan alQuran dan hadith...
membuatkan saya terpaksa menerima kekurangan diri ini...

semoga Allah menguatkan ukhuwwah antara kami :)

p/s : sy teringin untuk bertemu ibunya.. sebab asuhan ibunya, menghasilkan anak yg sebegini rupa :)

ibunya berpesan, kalau nak anak macam salehuddin al-ayubi, jadilah ibu seperti ibu salehuddin.. setiap hari membisikkan kata-kata semangat di telinga salehuddin, " suatu hari nanti, kau akan menawan kota constantinople "
turut memberi semangat kepada saya untuk menjadi seorang ibu yang baik, ingin melahirkan zuriat yang akan berbakti untuk Islam... dan menyedarkan saya untuk meninggalkan mana-mana lelaki yang tidak layak untuk menjadi bapa kepada anak yang saya inginkan.." maaf, anda tidak layak untuk menjadi bapa kepada anak-anak saya!"

dan mungkin saya juga tak layak untuk menjadi ibu kepada anak-anak awak, serahkanlah semuanya pada Dia :) kerana dia tahu semuanya yang terbaik buat kita...

* * * * *

tidak dinafikan, saya kecewa melihat beberapa orang sahabat, yg kononnye bercinta berlandaskan Islam?
oh tolonglah , jangan hidup dalam kejahilan! keluarlah dari kepompong hasutan syaitan yang memutar belit hakikat Islam itu!

"(syaitan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka, padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka. mereka yang tertipu itu tempatnya di neraka Jahannam dan mereka tidak akan mendapat tempat (lain untuk) lari darinya " [4: 120-121]

lelakinya baik, perempuannya bertudung labuh lagi !!
bila ditanye, tidak mengaku..
tapi satu dunia boleh tahu dan nampak lah kebenarannya dengan panca indera sendiri..
bukannye menuduh, tapi terang tang-tang perlakuan sendiri menidakkan pengakuan lidah!

bff? no such word in Islam ! walau macam mana pun kamu menidakkan hubungan, sedarlah syaitan itu sentiasa ada untuk memesongkan hati kamu yang kononnye nak sama-sama berubah untuk membina keluarga diredhai Allah? what a nonsense ! =.="

xnak mengaku pun xpe, kawen je la daripada terus memburukkan imej muslimah bertudung labuh ni..

kalau x bertudung labuh pun, it doesnt mean awak tu boleh keluar dengan lelaki macam tu aje.. bukannye dah x wujud perempuan untuk mendengar luahan hati awak..
yg penting, Allah kan ada nak dengar luahan hati kita!
kenape mesti nak diluahkan isi hati pada insan bergelar lelaki? kenapa?
sedangkan akan wujud bibit bibit heart feeling dalam hati awak tu..
yang akhirnya akan mengecewakan diri sendiri!
tgk lah nanti ! konon bff !

x perlulah lelaki lelaki ajnabi untuk mendengar isi hati kita wahai akhawati...
x perlu! adulah pada Allah, adukan! Dia sentiasa ada untuk kita!!

maaf terkasar bahasa.. lelaki ajnabi x mampu menyelamatkan kita di akhirat nanti, bahkan menarik kita ke dalam neraka!

Allah ada! ingt! DIA ADA UNTUK KITA!! kite je yg x ingt kat dia..

cuba fikir logik lah.. kalau kita luahkan pd lelaki, dosa dapat n masalah pun belum tentu selesai sebab bukan dia ada kuasa nak ubah segalanya.. but, kalau kita adukan pada Allah, pahala dapat, ketengan jiwa yg dijanjikan dalam AQ pun dapat, dan inshaAllah, Allah akan tetapkan semuanya yg terbaik buat kite!

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" [13:28]

p/s: maaf untuk kata-kata yang kasar! sekadar peringatan untuk diri sendiri yang jga bakal disoal di akhirat untuk setiap kata-kata yg dilontarkan! ingatkan saya, ingatkan saya!

"Wahai orang orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yg tidak kamu kerjakan" [61:2-3]

ayuh, tinggalkanlah tinggalkanlah tinggalkanlah ia agar Allah menggantikan yg lebih baik buatmu..

"dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadaMu, kemudian kamu tidak dapat ditolong" [39:54]