bismillahirrahmanirrahim
sedar x sedar..
dah masuk 2011..
duet sewa rumah pun dah kena bayar (mcm selama ni x bayar pulak)
azam tahun hijrah hari tu, masih dalam proses
alhamdulillah, dibantu Allah
semoga dapat dicapai
azam tahun baru masihi pulak : fokus !
ye, saya kena belajar untuk fokus
kalau tgh solat, jgn ingat selain Allah
kalau tgh beribadat, jangan difikir dunia
kalau tgh study jangan fikir benda lain
tapi kalau sedang berurusan dgn hal dunia, semestinya fikir tntg akhirat jugak
sebab ape2 yg kita buat kne berlandaskan syarak
kalau x, bukan ke kita dah menzalimi diri sendiri?
pengajaran untuk tahun 2010..
saya mungkin terlupa
bukan seorang dua tapi ramai yang dah cakap
ye, saya sedar sy cakap lepas dan bermulut pedas..
banyak hati dah terluka dek kata2 yang kadang2 tak terniat nak menyakiti
banyak hati dah terguris dek nasihat yang mungkin salah cara penyampaiannya
banyak juga air mata yang tumpah dek kelaseran mulut ni
sedihnya.. dah x tahu nak buat mcam mana
saya sedang cuba untuk diam dan mengasingkan diri
bimbang2 ada hati yang terluka lagi
ya Allah, memang payah nak menjaga mulut ni...
kadang2, mahu nasihat sebab tak mahu ditarik sama masuk neraka
tak mahu hanya membenci dengan hati
tak mahu sekadar tengok dan biarkan
kadang2, mahu dilepaskan saje kegeraman di hati
walaupun selalu saja dilepaskan
rasa mahu saja bergaduh mengungkit segala karenah yg disabar2kan
tapi terfikir jugak diri ni pun banyak karenah
bersabar ye wahai hati :)
saya mesti cuba..
hanya bercakap bila perlu..
dan diam je lah kalau nak marah..
ya Allah, tanamkanlah kesabaran dalam diri ini
ya Allah, bantulah aku dalam berdakwah
ya Allah, ikhlaskanlah hati ini..
p/s: boleh tak saya nak jadi orang yang kurang common sense jugak?
*sedang belajar menjadi professional, ya Allah, permudahkanlah :)
No comments:
Post a Comment