May 27, 2011

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
baru pulang dari Majlis Rapat Ukhuwwah / SC Gabungan...
saya akui, saya sangat terkesan dengan program ni..
sebab apa...
saya rasa sangat lama tak meluahkan masalah pada orang...
lama tak menadah telinga mendengar nasihat face to face...
lama dah tak refleks diri sendiri..
lagi2 bila musim exam...

kali ni, banyak perkongsian mengenai syukur dan ukhuwwah...

saya mengaku, saya memang salah seorang hamba Allah yang sangat kurang bersyukur..
melainkan bila kita betul2 dapat nikmat yang besar seperti result exam yang bagus..
jarang sangat mulut menutur alhamdulillah tiap kali perkara baik dan nikmat kita terima..
apatah lagi bila bangun dari tidur, masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat sebelum ajal menjemput..
sedangkan doa bangun tidur pun tak ingt nak baca..
nikmat yang kita tak sedar , tiap kali bangun tidur, tiap kali tarik nafas..
Allah beri lagi peluang kehidupan untuk kembali padaNya
sedangkan Allah mampu untuk menarik nikmat itu dalam sekelip mata sahaja..



Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (36:82))

itu lah manusia..
bila tiada baru tahu hendak menyesal ...
memang manusia, memang pelupa..
untuk mengingati Nya dalam senang mahupun susah...

ALLAH TIDAK AKAN MENGHILANGKAN (BUKTI) IMAN KAMU. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah 2:143)

sesungguhnya, Allah tak pernah menyia-nyiakan kesyukuran kita padanya..

betapa sombongnya kita bile tak mahu bersyukur padaNya :(

sudah disebut dalam surah ar-Rahman ayat mengenai nikmat yang Allah turunkan sebanyak 31 kali ! apa lagi yang hendak kita dustakan?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan:13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

kadangkala , nikmat yang Allah bagi, kita guna untuk perkara yang menjauhkan diri drpdNya..

bila Allah biarkan kita terus lupa dalam nikmat hidup ini, ingatlah bahawa kita sedang dalam istidraj..

minta dijauhkan dari istidraj bila mana Allah dah tak bagi ujian atau hidayah untuk tarik kita kembali padaNya...

bila mana Allah biar kita leka dalam nikmat yang sementara ini..

dan bila mana Allah dah tak turunkan musibah , terimalah bahawa kita semakin kehilangan kasih sayang Allah...

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)

betapa kurangnya kita bersyukur :(

walaupun Allah dah pesan, jangan kufur akan nikmatNya..

oleh itu, fungsi kalian semua adalah untuk saling memperingati ..

p/s : ayuh muhasabah diri bersama.. ingatkanku andai ku lupa..

May 26, 2011

Bitter SWEET: stress??

Bitter SWEET: stress??

1st time reblog blog orang, n org yang bertuah ialah ainaa :D hik2

lapuk



bismillahirrahmanirrahim...

boleh kata dah lapuk juga cerita saya ni..
nak cerita pasal splendiferous night...
yang kononnye splendid sangat tu..
(sengaja letak konon :P)
haha, tahniah untuk ajk2..
semoga malam itu diterima sebagai satu amalan kebajikan di sisiNya..
semoga tidak menjadi fitnah di dunia dan akhirat kelak..

dah dijangka bila dibuat di hotel besar dan mahal, mesti tetamu2nya nak berpakaian mewah juga
dah dijangka, dah agak...
tahniah sekali lagi untuk ajk yang sudah menetapkan guideline berpakaian..
tapi siapalah kita kan, nak mengarah orang membuat itu dan ini..
semoga Allah memandang usaha kalian sebagai amar makruf nahi mungkar..
bimbang sahabat2 yang membuat kemungkaran ni akan menarik kita sama ke dalam neraka..
nauzubillah..

memang pada malam ni semua orang nak pakai havoc2..
biasalah, lumrah dan fitrah manusia..
kekadang memang cemburu melihat kawan-kawan yang cantik2 belaka..
tapi ada sahabat yang memang biasa saja, untuk memastikan diri tidak menjadi perhatian lelaki..
tahniah untuk sahabat yang berjaya melepasi ujian dunia pada malam itu..
tahniah kerana berjaya untuk bersifat qanaah, bersederhana saja..
tak perlu berhias lebih lebih, berjalan lebih lebih, bercakap lebih lebih..
bukan apa, bimbang sangat andai menarik perhatian yang ajnabi..
tapi kalau memang itu niatnya, apa kuasa kita kan..

walau apa pun, saya cuma nak mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang membaca..
ingatlah wahai wanita..
sesungguhnya sebaik-baik wanita itu yang tidak dikenali orang..
peliharalah diri kita..
jangan duk tayang diri yang tak perlu ditayang...
nanti kat akhirat akan ditayang semua kelakuan kita di dunia ini..
Allah kan Maha Mengetahui, siap ada 2 malaikat nak catat baik buruk kita..
ingatkan saya andai saya lupa dan lalai...
jangan sampai saya tarik kamu masuk neraka sebab kamu tak menjalankan tgjwb sebagai seorang sahabat...

p/s: Allah sayang saya, saya bersyukur sangat :)

:: kek yang dicuri ::
:: section 5 :) "L untuk love love love, lagu CN Blue :P ::
:: akhawat I Mumtaz tersayang ::

sharing :

lepas dinner tu, saya rasa sangat marah dengan beberapa orang ni.. marah, memang marah.. rasa menyampah pun ada.. jazakillah khair untuk sahabat yang sangat memahami, selalu mengingatkan saya padaNya.. sayang nisa :)))
hidayah dari Allah yang dikongsi oleh nisa :

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; [ ali-Imraan : 133-134]

bila baca ayat ni, terus hilang amarah tu, syukur sangat :)

jazakillah kheir katheera nisa' <3


May 24, 2011

rejected!

bismillahirrahmanirrahim...

rejected..
teruk sangat ke word tu?
maaf, kamu direject..

sungguh, berat juga nak reject orang kan?
bukan semua orang suka kita..
dan bila dah ada orang suka, boleh pulak kita reject?
tak bersyukur kah itu?

maaf..
saya cemburu dengan kawan saya..
cemburu dengan dia yang dirisik dengan cara yang amat baik..
si dia menyelidik latar belakang dalam diam..
merisik dengan diam, menggunakan orang tengah..
tidak memaksa, dan berfikir banyak kali..


sedangkan saya?

senang-senang saje ke nak ajak kahwin?
senang-senang saje ke nak masuk dalam hidup saya mcm tu?
senang-senang semudah ABC?

jika nak dibandingkan kawan dengan saya...
pastinya saya jauh ketinggalan beribu malah berjuta batu di belakangnya..
akhlaknya jauh lebih baik dr saya..
ilmu dan amalnya, belum terjangkau oleh saya..
untuk mendapat risikan yang baik sepertinya, saya harus islah diri untuk menjadi sepertinya..

saya tak mahu memulakan fasa hidup baru dengan permulaan yang tidak baik..
bimbang pengakhirannya juga tidak baik..
bimbang keredhaanNya tak sampai pada usrah saya nanti..
bimbang nasib di akhirat kelak nanti.. :(

mungkin kamu dah cukup baik jika nak dibandingkan dengan saya yang tidak seberapa...
cuma, kamu benar benar tersilap langkah
mungkin kerana saya jugak tersilap melangkah...
semoga Allah pertemukan kita dengan sebaik-baik jodoh :)

kawan saya cakap
"taknaklah amie kawen dengan orang macam tu"
bukan sorang, bahkan lebih dari itu
kawan yang baik pasti inginkan yang terbaik buat kawannya jugak..
terima kasih kawan kerana mengingatkan..
terima kasih kerana menguatkan langkah ini..
dalam mencari redhaNya..

pesan seorang sahabat :
kurangkan komunikasi dengan ikhwah, mana2 yang tak syar'ie, kecuali dalam perkara yg tiada ikhwah yang dpat membantu...
sedang berusaha ke arah itu...
semoga sahabat terutamanya kawan2 lama, diberi pemahaman dariNya

kuatkan aku ya Allah, memang susah..
tapi kata kawan yang lain, kalau kita MAHU, mesti boleh!

p/s: saya yakin saya boleh dapat yang lebih baik dari dia yang dulu jika saya jadi jauh lebih baik dari saya yang dulu :)

*sibuk study (kononnye)

May 10, 2011

mungkin ...
mungkin sebab nak exam..
hati ni cepat sangat terasa..

kadang kadang rasa xnak dah call org malaysia.
sebab orang mcm dah x hargai pun bile amie call rumah...
bukannye kerap sgt, sekali seminggu je..
nti dikata x ingt pun nak telefon msia...

sedihnyaaaaaaaaaaaaaa :( seriously kecik hati,,
kalau ikutkan hati, amie nak biar je..
tapi amie punya akal, kena pandai pilih baik dan buruk...

salah ke amie selalu call rumah? :'(