May 20, 2010

amirah, jangan marah!

bismillah..

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullahalazim..

ya Allah, aku ingin membersihkan hati ini..
jauhkan lah aku dr amarah..
jauhkan aku dr syaitan..
tanamkanlah kesabaran dalam lubuk hati ini..
semaikanlah benih2 kesyukuran atas nikmat dan musibah drMu...

hati ini memang susah untuk dikawal..
sgt mudah ditiup bisikan syaitan...
mampukah aku untuk tersenyum tatkala diri ini disalah erti?
mampukah aku bersyukur tatkala diri ini diuji?

" sudah masuk hari ke3 berperang dengan ahli beit.. walaupun maaf sudah kuhulurkan, ku masih tertanya2 apakah salah diri ini? ku akan cuba belajar untuk senyap.. akan! akan!"

"mood aku sudah dirosakkn oleh sum1.. arh, x kenal pun.. sabarlah amie, dia salah faham tu.. rase macam nak marah balik, tp nti perang besar pula.. tenanglah amie. nak bersihkan hati kan.. janganlah marah.. ya Allah, tolonglah aku memahamkan dia..

p/s: study mode! musculoskeletal marathon!

May 18, 2010

alhamdulillah atas nikmatMu !

bismillah..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

tiada kata dapat diucap selain syukur kepada allah atas nikmat yang diberi..

buat kawan2 yg kurang bernasib baik, bangkitlah.. jadikanlah result yg lepas sebagai peringatan kepada kita.. hidup ibarat roda, kadang2 di atas dan kadang2 di bawah..

peringatan untuk diri sendiri, bersyukurlah atas apa yang Allah tetapkan untuk kamu :)

" Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar" (alBaqarah: 152-153)

exam lagi 10 hari.. jangan lalai amie!

May 12, 2010

terhantuk

bismillah..

astaghfirullah..
teruknye sebab slalu tangguh solat..
teruknye sebab selalu lari dr jemaah..
teruknye sebab slalu mlas nak bace quran...

ya Allah, ape nak jadi ni?
kenapa kosong jiwaku ni?
kenape rase tenang tu dah xde lagi?

alhamdulillah, ku berysukur kerana masih diberi hidayah olehNya untuk terus menghisab diri..
ust salman suruh hisab diri sendri sebelum Allah nenghisab kita..
buat buku catatan amalan, cube kaji sejauh mana qualiti ibadat kita..

subuh awalkah?
quran hanya selepas magrib?
solat jemaah hanya pada waktu magrib?
mengumpat mengata menjadi amalan harian?
buat amalan x ikhlas?

malam td ditegur kerana lately dah jarang solat same2..
lately subuh selalu lewat..
lately dah lalai semuanya..

pagi td, dpt peringatan psal solat..
ya Allah, terhantuk di dahi sendri..
tp xpe la, terhantuk di dunia masih boleh diubat..
di akhirat kelak, Allahu a'lam...

mulai hari ini, saya akan ubah jadual saya..
azam saya:
xnak selalu on9 except asar..(asar summer panjang kot !)
xnak post fb yg merepek2 dah..
nak tdo awal sebab nak bangun awal.. doakan berjaya! heh~
nak study rajen2.. :)
xnak dah usha orang.. hahaaa ..(kantoi !)

ni yang kurancang, semoga Allah menetapkan yang terbaek buatku...

ops, dah maghrib.. wassalam

May 9, 2010

ouch! sakitnye!!

bismillah...

sejak kebelakangan ni, jari2ku yg mulus ini sering cedera..
cewah, mulus konon.. hahaaa

sebab rajin sangat masak kan, tu yang asyik terkena frying pan yg panas itu..
sebenarnye, clumsy! n careless!
nasib baik x timbul blister aka serous inflammation.. hua3

ye, sedarlah diri ini bahawa itu baru api dunia,
belum api neraka..
ya Allah, x sanggup rasanya..

tersedar mungkin diri ini banyak melakukan dosa..
memang sakit itu penghapus dosa2 kecil..
ya Allah, x sedar pun diri ini lalai..
rupanya Allah nak bagi peringatan.. alhamdulillah..

cuba letak jari kat api kalau nak berzina..
kalau tahan boleh la teruskan..
tp siapa yg tahan? siapa?

mari baca kisah ini :)

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina (iluvislam.com)

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah
pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

dulu, ketika diri ini terlalu hampir dengan zina, pernah terasa juga tangan terkena api..
barulah takut untuk berzina lagi..
bersyukur kerana jari terkena api bunsen burner mase buat xperimen..
sakit.. memang sakit..
azab api neraka, x tahulah peritnya macam mana..

ya Allah, hindarkan kami dr azab api nerakaMu ..
jauhkan kami dari perkara yang menyebabkan kami lupa padaMU..

mari fikir2kan dosa2 kita yg akan jatuhkan kita dalam neraka..
mari ingat2 amanah kte semula yang akan tarik kte dalam neraka..
ingatlah seringan2 azab di neraka adalah bagi abu thalib..

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:”Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.”

(Muslim)

wassalam

p/s : rancak buat tutorial.. nak exam dah.. nak balek rumah

hepi mother day ntuk mak.. everyday is my mother's day ! sayang mak <3

May 5, 2010

Kita bertanya..Al-Quran Sudah Menjawab..

bismillah..

post ke 100 ini ditujukan khas untuk diri saya dan sahabat2 seislam sekalian..
mari sama2 muhasabah sejauh mana, sedalam mana dan sekuat mana iman kita :)


JANGAN MENGELUH....
Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...
KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?


QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111



KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129



KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......
dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

tq to naqib atas tzkirah.. sumber : www.iluvislam.com